Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Laungan Azan Di Jerman Dan Belanda Lebih 100 Masjid!

Isi Kandungan

Sebelum Ini Halang. Demi Untuk Naikkan Semangat Hadapi COVID-19, Jerman Dan Belanda Benarkan Laungan Azan

Di Jerman dan Belanda, kira-kira 100 masjid dibenarkan untuk melaungkan laungan azan sebagai tanda solidariti bagi menyuntik semangat umat Islam di tengah-tengah serangan wabak COVID-19.

Berita ini sebenarnyanya agak mengejutkan, kerana sebelum ini azan menggunakan pembesar suara adalah dilarang di Jerman dan Belanda.

Namun menerusi laporan ISLAM21C, sejak Jumaat lalu kerajaan di negara itu sudah mula membenarkan azan dilaungkan untuk umat Islam menjalani ibadah solat berkumandang di masjid yang dimilik oleh DITIB Merkez Mosque.

Azan Di Jerman Dan Belanda

Lebih kurang 100 masjid di Jerman dan Belanda melaungkan laungan azan bagi meningkatkan semangat umat Islam di tengah-tengah serangan wabak COVID-19. Sebelum ini, azan menggunakan pembesar suara adalah dilarang di Jerman dan Belanda.
Melalui laporan yang dikeluarkan oleh ISLAM21C, laungan azan yang jarang berlaku ini bermula pada Jumaat lalu, ketika kedua-dua negara Eropah mengenakan penguncian bagi menghentikan penyebaran wabak COVID-19.
 
Azan atau seruan untuk umat Islam menjalani ibadah solat berkumandang di masjid yang dimilik oleh DITIB Merkez Mosque – kelompok Muslim-Turki – di kota Duisburg barat dan Islamic National View (IGMG).
“Seruan untuk umat Islam sembahyang boleh didengar di 50 masjid. Azan yang disiarkan melalui pembesar suara biasanya tidak dibenarkan di Jerman kecuali untuk acara-acara khas,” kata Fahrettin Alptekin, wakil DITIB di Essen, Jerman.
Laungan Azan Di Jerman Dan Belanda Lebih 100 Masjid! 1
“Gereja di sekitar kawasan kejiranan kami juga bertanya sama ada kami ingin mengambil bahagian sebagai tanda solidariti,” kata Hülya Ceylan, ketua persatuan dan sukarelawan DITIB di masjid Duisburg.
 
“Kami berkata, kita dapat mengukuhkan semangat masyarat Islam secara rohani melalui panggilan untuk solat.”
 
Di Belanda, panggilan untuk solat yang disiarkan melalui pembesar suara dibuat secara meluas bagi menggalakkan perpaduan dikalangan masyarakat tempatan bagi menghadapi COVID-19.
 
Selepas Itali dan Sepanyol, Jerman adalah negara yang paling teruk dilanda COVID-19. Data menunjukkan Jerman mempunyai lebih 100,000 pesakit COVID-19 dengan 2,000 kematian. Manakala Belanda mempunyai lebih 19,000 kes dengan 2,000 kematian telah dicatatkan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More