Lazada Jualan Kasih Berganda Sempena 5.5 Serta Meraikan Hari Ibu, Hari Guru Dan Sambutan Syawal
Lazada Jualan Kasih Berganda akan bermula pada 5 – 9 Mei 2023, dengan membawakan ribuan promosi menarik dan penjimatan hebat bagi membantu rakyat Malaysia untuk mendapatkan produk pada harga berbaloi yang berkualiti dan unik sebagai hadiah Hari Ibu dan Hari Guru, serta pelbagai produk idaman untuk sambutan Aidilfitri.
Di samping itu, Lazada turut meneruskan usaha untuk membantu komuniti yang memerlukan sepanjang bulan Ramadan dan Syawal menerusi kempen derma amal ‘Membeli Untuk Memberi’ yang merupakan inisiatif impak sosial positif, dengan kolaborasi bersama rakan NGO Islamic Relief Malaysia dan MyFundAction.
Van dan trak Lazada Logistics telah digerakkan ke 10 negeri di seluruh Malaysia iaitu Kelantan, Pahang, Kedah, Penang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur demi mengagihkan 4,500 set pek prihatin ‘Pakej Raya’ yang mengandungi keperluan makanan asas kepada 19,000 keluarga berpendapatan rendah, rumah jagaan orang tua dan rumah anak yatim.
“Kami ingin menzahirkan rasa penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan tersayang Lazada yang telah menyokong kempen derma amal ‘Membeli Untuk Memberi’ sepanjang bulan Ramadan. Kami akan terus berusaha untuk memupuk daya kekitaan menerusi ekosistem yang lebih inklusif, lantas memudahkan para pelanggan untuk menyumbang kepada komuniti yang memerlukan. Di samping itu, pada bulan ini, sebahagian besar daripada rakyat Malaysia sedang meriah meraikan sambutan Aidilfitri dan seronok mencari Baju Raya untuk rumah terbuka, serta hadiah untuk Hari Ibu dan Hari Guru. Justeru itu, Lazada ingin memudahkan hasrat tersebut dengan menawarkan pelbagai seleksi produk berkualiti pada harga yang berpatutan dengan Jualan Kasih Berganda,” kata Alan Chan, Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia.
Pada bulan April, Lazada juga telah mendermakan 200 set pek makanan berbuka puasa kepada anak yatim, warga emas dan para penjaga di Rumah Limpahan Kasih serta Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Puchong demi menghargai insan istimewa dari komuniti yang memerlukan.
Semasa bulan Ramadan, Lazada Malaysia turut mengadakan Majlis Berbuka Puasa khas bersama Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC) sebagai sebahagian daripada kerjasama strategik dengan SIDEC, 30 penjual cemerlang Lazada juga diperkasakan untuk menggiatkan perniagaan di Festival Usahawan Gempak di Stadium Malawati Shah Alam, 7 – 9 April 2023, dengan menjual pelbagai produk hangat seperti Baju Raya, tudung, aksesori fesyen, kuih raya, produk makanan dan pelbagai barangan permintaan ramai. Festival tersebut telah menarik ratusan usahawan dan lebih daripada 40,000 pengunjung, manakala ikon Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Usahawan Gempak.
Justeru, Lazada ingin memberikan inspirasi kepada para pengguna di seluruh Malaysia agar berkongsi kasih sayang dan menggandakan keceriaan menerusi 5.5 Lazada Jualan Kasih Berganda ini.
Sebelum Jualan 5.5 bermula secara rasmi pada 5 – 9 Mei 2023, para pelanggan digalakkan ‘add to cart’ produk idaman dan barang keperluan yang ingin dibeli pada 1 – 4 Mei 2023.
Lazada Jualan Kasih Berganda
Sempena sambutan Hari Ibu dan Hari Guru yang bakal menjelang tiba, terdapat pelbagai promosi dan ganjaran yang boleh dinikmati dan terdapat banyak produk menarik yang boleh dijadikan hadiah untuk ibu dan guru tersayang.
Nikmati harga tanpa tandingan untuk produk seperti jam tangan pintar, wangian, kerusi urut, pakaian, aksesori fesyen, bunga segar, makanan dan minuman, rawatan spa, peralatan dapur, tiket pelancongan dan banyak lagi.
Para pelanggan boleh menikmati diskaun hebat sehingga 50% dari 1 – 5 Mei 2023 dan baucar seluruh kedai bagi jenama terkemuka seperti MAC, Timberland, Getha, Samsonite, Philips, Blackmores, Logitech dan banyak lagi dengan LazMall Brand Mega Offers.
Sepanjang kempen tersebut, para pelanggan juga boleh merebut promosi istimewa bagi kategori berbeza, antaranya kelengkapan rumah (6 Mei), elektronik (7 Mei), fesyen (8 Mei), dan barangan runcit (9 Mei).
Bagi mereka yang ingin mendapatkan tawaran terbaik semasa Jualan 5.5, LazFlash bakal membawakan diskaun durian runtuh dengan potongan sehingga 90%.
Malahan, nikmati penjimatan untuk pelbagai jenama antarabangsa menerusi Everyday Cashback (Pulangan Tunai) dan Free Shipping (Penghantaran Percuma).
Bagi para pelanggan yang bijak berbelanja, mereka pastinya menantikan jualan bonanza digit berganda kerana ia merupakan peluang terbaik untuk berjimat cermat apabila berbelanja dalam talian.
Kumpul sebanyak mungkin super saving vouchers seperti LazBonus, baucar platform, baucar kedai atau penjual, LazCoins, dan Everyday Cashback (Pulangan Tunai Setiap Hari) dari para penjual yang mengambil bahagian dalam kempen tersebut, serta maksimumkan penjimatan sepanjang kempen.
Sepanjang 1 – 9 Mei 2023, kumpul LazBonus setiap hari dan nikmati potongan RM9 bagi setiap pembelian bernilai RM90.
Di samping itu, untuk menggandakan penjimatan, pilih produk yang mempunyai tanda atau lencana Everyday Cashback* untuk mendapatkan pulangan tunai 50% yang boleh digunakan untuk pembelian akan datang bagi produk yang lebih kurang sama.
Selain itu, LazCoins boleh digunakan sebagai pulangan tunai dan para pelanggan boleh mendapatkan sehingga 550 LazCoins dengan pembelian minimum RM50 untuk produk terpilih pada 5 – 9 Mei atau pulangan tunai LazCoins sehingga 50% tanpa pembelian minimum (maksimum 200 LazCoins) bagi semua produk.
Penghantaran Percuma dari 5 – 9 Mei pastinya sesuatu yang dinantikan semua. Kumpulkan baucar Free Shipping dengan klik pada ikon pada laman Utama atau Akaun dalam aplikasi Lazada.
Para pelanggan cuma perlu mengumpul baucar Penghantaran Percuma setiap hari dengan hanya klik pada ikon ‘Free Shipping’ untuk mendapatkan diskaun penghantaran RM5 dengan pembelian minimum RM30, serta diskaun penghantaran RM8 dengan pembelian minimum RM60, atau diskaun penghantaran RM15 dengan pembelian minimum RM80.
Baucar penghantaran percuma, bersama Everyday Cashback (Pulangan Tunai), LazCoins dan baucar dari kedai dan platform boleh digunakan bersama untuk penjimatan maksima.
Bagi mereka yang gemarkan pengalaman membeli belah secara langsung dan suka berinteraksi dengan hos, Crazy Livestream Sales akan berlangsung pada 5 – 9 Mei 2023, yang mana para pelanggan boleh mendapatkan tawaran memukau dan baucar diskaun untuk digunakan bagi pelbagai kategori seperti alat kelengkapan rumah, kesihatan dan kecantikan, elektronik dan banyak lagi.
Para pelanggan juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik melalui ‘giveaway’ ketika siaran langsung di dalam aplikasi Lazada.
Pada 5 Mei, jangan lupa untuk menyaksikan siaran langsung dari 10 pagi – 1 petang, 2 petang – 5 petang atau 8 malam – 10 malam untuk merebut tawaran terhebat bagi kategori Health & Beauty, Groceries, dan Home & Tech.
Untuk penjimatan berganda, tawaran istimewa juga akan dilangsungkan pada 6 Mei bagi kategori barangan umum, dan 7 Mei untuk produk elektronik.
Strim langsung pada 8 – 9 Mei juga bakal memaparkan fesyen trending, dan juga tawaran hebat untuk tiket pelancongan, makanan dan minuman, serta pelbagai baucar yang menarik.
Dapatkan Baucar Digital menarik seperti tiket taman tema, makanan & minuman, rawatan spa, dan pelbagai lagi baucar atau tiket produk gaya hidup.
Dengan tawaran serendah RM10 dan diskaun sebanyak 80%, para pelanggan boleh menikmati sesi minum petang di Hotel Le Meridien, kek kegemaran dari Secret Recipe, aiskrim dari Baskin Robbins, kopi tanpa had dari Zus, dan juga tiket masuk Zoo Negara, Sunway Lagoon, Aquaria, Genting SkyWorlds, LEGOLAND dan banyak lagi dan semuanya dari Lazada Adventures Store.
Untuk pelanggan yang ingin mencari kelainan dan kepelbagaian produk pada harga berbaloi, LazGlobal merupakan syurga membeli-belah untuk anda.
Dapatkan promosi pada harga serendah RM5.50 dan baucar diskaun sehingga 50% untuk barangan elektronik, pakaian, barangan kesihatan & kecantikan dan banyak lagi.
Dapatkan produk menarik terus dari Jepun, Korea, Hong Kong, China, Indonesia dan Thailand pada harga terendah dan diskaun tambahan sebanyak 10% menerusi LazGlobal.
Di samping itu, jangan lupa untuk mendapatkan produk unik dari Taobao x Lazada dan nikmati tawaran serendah RM5.50 dan nikmati diskaun 10% dengan Everyday Cashback (Pulangan Tunai) serta penghantaran percuma.
Mula ‘add to cart’ untuk pembelian yang lebih lancar semasa Lazada Jualan Kasih Berganda.
Muat turun aplikasi Lazada dan ikuti Lazada Malaysia di TikTok, IG, FB, Twitter dan juga Youtube untuk mendapatkan perkembangan terbaru.
Sumber: Lazada Malaysia
Semoga perkongsian tentang Lazada Jualan Kasih Berganda bermanfaat untuk anda! Anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.