Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong Di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia 2024

Peluang Kerjaya Di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) bagi tahun 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Tahun 2024

Maklumat peluang kerjaya di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia ini adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanTaraf JawatanJumlah KekosonganLokasi PenempatanJadual GajiTarikh Tutup Permohonan
Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41Tetap2Negeri Sarawak Dan Ibu Pejabat, Johor BharuRM2,083.00 – RM9,549.0014 Jun 2024
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29Tetap2Negeri SarawakRM1,493.00 – RM5,672.0014 Jun 2024
Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E19Tetap4Negeri Sarawak Dan Ibu Pejabat, Johor BharuRM1,353.00 – RM4,005.0014 Jun 2024
Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19Tetap1Ibu Pejabat, Johor BharuRM1,352.00 – RM4,003.0014 Jun 2024
Pemandu Kenderaan Gred H11Tetap2Ibu Pejabat, Johor BharuRM1,264.00 – RM2,939.0014 Jun 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan peluang kerjaya di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Kosong Di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia 2024 1

Jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41

Calon lantikan peluang kerjaya di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,083.00); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,286.57); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,490.99); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,797.62); atau
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,797.62); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,899.83); atau
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM3,002.03); dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29

Calon lantikan peluang kerjaya di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred E29: RM1,493.00); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred E29: RM1,493.00); atau
  • Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred E29: RM1,493.00); atau
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E29: RM1,770.95); dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E19

Calon lantikan peluang kerjaya di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan ialah pada Gred E19: RM1,353.00); atau
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji Permulaan ialah pada Gred E19: RM1,353.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan ialah pada Gred E19: RM1,409.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan ialah pada Gred E19: RM1,465.80); dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19

Calon lantikan peluang kerjaya di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80); dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11

Calon lantikan peluang kerjaya di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
  • Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
  1. Lesen D: RM1,264.15
  2. Lesen E/E1/E2: RM1,310.30
  3. Lesen F/H: RM1,356.45
  4. Lesen G/I: RM1,402.60
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3 / PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Permohonan

Permohonan jawatan kosong Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia ini boleh dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman web Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 14 Jun 2024 (Jumaat).

Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada bahagian atas di sebelah kiri sampul surat.

Satu (1) borang hanya untuk satu (1) jawatan sahaja. Sila gunakan borang berasingan sekiranya memohon lebih daripada satu (1) jawatan.

Borang permohonan yang lengkap berserta salinan sijil yang telah disahkan hendaklah dikepilkan dan disusun mengikut turutan seperti berikut:

  • Salinan Sijil Kelahiran.
  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Salinan Lesen Memandu.
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah.
  • Salinan Kelayakan Akademik berserta Transkrip lengkap – Ijazah / Diploma / STPM / SPM / PMR.
  • Surat Sokongan / Surat Kebenaran (bagi permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing beserta salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini, Laporan Penilaian Prestasi tiga tahun terkini berturut-turut, slip gaji terkini serta surat kebenaran dan sokongan).
  • Sijil-sijil Penghargaan (mengikut tahun terkini).
  • Sijil-sijil Penyertaan (mengikut tahun terkini).

Semua permohonan hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

Ketua Pengarah,
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,
Wisma Nanas,
No. 5, Jalan Padi Mahsuri,
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
JOHOR DARUL TAKZIM.
(U/p : Bahagian Khidmat Pengurusan – Seksyen Pengurusan Sumber Manusia)

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Jawatan Kosong Di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia 2024 2
Mohon perhatian, iklan Peluang Kerjaya Di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Peluang Kerjaya Di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More