Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Lembutkan Daging Korban Dengan 6 Cara Paling Mudah Ni!

Lembutkan daging korban macam mustahil? Eh sabar kejap! sebenarnya banyak cara nak lembutkan daging tau tanpa bubuh segala mak nenek sudu, garfu, senduk bagai. Daging korban banyak lagi kan? Jadi jom kita tengok 6 cara lembutkan daging korban dengan cara paling mudah dan simple. Guna bahan-bahan kat rumah je ya.

LEMBUTKAN DAGING KORBAN

Isi Kandungan

Petua lembutkan daging korban

Berikut dikongsi petua atau cara lembutkan daging dari pelbagai sumber. Ada 6 cara yang boleh dibuat dengan gunakan barang atau bahan di rumah sahaja. 6 cara lembutkan daging korban adalah seperti berikut:

  • CUKA

Gunakan sedikit cuka makan ke dalam rebusan atau perap bersama daging beberapa jam sebelum dimasak. Sumber asid dikatakan dapat melembutkan struktur daging dengan cepat.

  • BAKING SODA

Selain itu, anda juga boleh menggunakan baking soda untuk melembutkan daging dengan cepat. Caranya, perapkan daging dengan baking soda selama sekurang-kurangnya 15 minit. Kemudian, bilas bersih-bersih sebelum dimasak.

  • KURMA

Bukan sahaja isinya, biji kurma juga merupakan antara bahan yang dapat membantu untuk melembutkan daging. Ambil anggaran 3-5 biji kurma dan masukkan ke dalam daging yang sedang dimasak atau direbus. Hasilnya, daging cepat lembut selain ia menjadi pemanis lauk pauk semula jadi. Jika anda tidak gemar rasa manisan kurma dalam masakan, anda juga boleh gunakan bijinya sahaja.

LEMBUTKAN DAGING KORBAN
  • GULA BATU

Satu lagi cara yang didapati berkesan untuk melembutkan daging adalah dengan menggunakan gula batu. Masukkan beberapa ketul gula batu ke dalam rebusan daging, ia menjimatkan masa untuk lembutkan daging.

  • TUMBUK ATAU KETUK-KETUK SIKIT DAGING

Menumbuk daging dengan menggunakan penukul khas adalah cara yang sangat berkesan untuk melembutkannya. Namun, jika ia ditumbuk dengan terlalu kuat atau lama, daging boleh menjadi terlalu hancur dan lembik.

Boleh juga gunakan penukul khas yang mempunyai berpuluh-puluh jarum tajam atau mata yang menusuk daging dengan cara yang lebih lembut. Ini boleh membantu mengurangkan kerosakan pada serat daging.

  • CARA POTONG MELAWAN URAT

Tip ini juga sering digunakan oleh kita dan ia sememangnya sangat berkesan. Jangan sesekali memotong daging mengikut arah urat atau serat daging. Potong daging berlawanan daripada arah urat daging dan sebaiknya ia dipotong dengan ketebalan yang agak nipis. Cara ini boleh membantu daging untuk dimasak dengan lebih cepat.

Penutup

Walaupun stok daging korban masih banyak di rumah, namun jangan kita makan secara berlebihan. Ini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kolesterol menjadi tinggi hingga mengakibatkan risiko pelbagai penyakit berbahaya seperti darah tinggi, jantung dan stroke.



This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More