HRMIS 2.0 Login
Login HRMIS 2.0 : Cara Nak Login beserta sedikit maklumat berkenaan sistem online pengurusan sumber manusia dan bagaimana hendak menggunakannya.
Isi Kandungan
HRMIS 2.0
Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia atau Human Resource Management Information System (HRMIS) telah mula dipergunakan sejak 12 April 1999 lagi apabila projek HRMIS Fasa 1 dimulakan. Fasa 1 Projek HRMIS ini melibatkan pembangunan dan pelaksanaan aplikasi HRMIS di 10 agensi perintis. Ia disusuli dengan kajian penambahbaikan proses sumber manusia, diikuti dengan pembangunan aplikasi HRMIS. Fasa 1 ini ditamatkan pelaksanaannya pada 30 September 2004 sebelum Fasa 2 menggantikannya. Fasa 2 melibatkan peluasan pelaksanaan aplikasi HRMIS ke seluruh agensi sektor awam.
Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mula membuat migrasi daripada HRMIS 1.0 kepada sistem baru HRMIS 2.0 sejak HRMIS 2.0 dilancarkan pada tahun 2015. Ia meliputi penambahbaikan kepada sistem HRMIS berdasarkan empat isu utama HRMIS iaitu:
- Prestasi tidak memuaskan
- Sistem tidak mesra pengguna (perlu banyak klik)
- Teknologi lama
- Pelayar tunggal (Internet Explorer sahaja)
HRMIS 2.0 telah didatangkan dengan ciri-ciri User Interface yang lebih mesra pengguna dengan mengurangkan jumlah klik, bilangan menu dan juga jumlah page. Selain itu, ia boleh dicapai melalui pelbagai pelayar serta berupaya untuk diakses secara mobile melalui pelbagai jenis peranti.
Objektif HRMIS
HRMIS mempunyai objektif untuk:
- Membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat PSM yang lebih lengkap
- Mengautomasikan proses-proses operasi PSM
- Membangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemas kini untuk tujuan perancangan sumber manusia yang berkesan
- Memudahkan komunikasi dan integrasi secara horizontal, penyelarasan proses-proses sumber manusia dan capaian melalui single window
- Menyumbang ke arah pewujudan persekitaran paperless
- Menyediakan satu sistem maklumat sumber manusia yang terbuka dan fleksibel serta kemas kini bagi memenuhi keperluan pengurusan di pelbagai peringkat agensi
Fungsi HRMIS 2.0
Sistem HRMIS 2.0 mempunyai pelbagai fungsi untuk penjawat awam, antaranya termasuklah:
- Formulasi dan Penilaian Strategi
- Perolehan Sumber Manusia
- Pembangunan
- Pengurusan Kerjaya
- Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran
- Pengurusan Komunikasi dan Tatatertib Pekerja
- Pengurusan Prestasi
- Penilaian Kompetensi
- Pengurusan Rekod Peribadi
- Penamatan Perkhidmatan
- Data Perjawatan
- Perkhidmatan Maklumat
Login HRMIS 2.0
Sistem HRMIS 2.0 boleh diakses mudah melalui pelbagai cara, antaranya:
- Pelayar seperti Google Chrome dan sebagainya
- Aplikasi mobile HRMIS 2.0
- Pautan di laman web Jabatan Pendidikan Negeri
Cara Login HRMIS 2.0 (Google Chrome)
Berikut adalah cara-cara mengakses HRMIS 2.0 melalui pelayar seperti Google Chrome:
- Layari laman utama HRMIS 2.0
- Di bahagian Log Masuk Pengguna, anda perlu mengisi ruangan tersedia untuk login HRMIS 2.0.
- Pada ruangan ID Pengguna, masukkan ID yang telah didaftarkan.
- Bagi bukan warganegara Malaysia, tekan link Klik Sini di bawah kotak ID Pengguna tersebut.
- Masukkan kata laluan anda pada ruangan Kata Laluan dan tekan butang HANTAR untuk login.
- Sekiranya anda baru melayari portal HRMIS 2.0, anda perlu mengemas kini kata laluan anda. Hanya Login seperti biasa di atas, kemudian kemas kini kata laluan anda di dalam sistem. Setelah Kata Laluan anda dikemaskini, anda boleh mula login dan layari sistem HRMIS seperti biasa.
- Kata laluan baru perlulah menepati ciri-ciri berikut:
- Mengandungi minima 12 aksara
- Mengandungi huruf dan nombor
- Mengandungi aksara khas atau simbol seperti “@”
- Mengandungi huruf besar dan huruf kecil
HRMIS 2.0 Mobile
Selain menggunakan pelayar, HRMIS 2.0 juga kini boleh dimuat turun ke peranti / telefon bimbit anda melalui aplikasi Google Play Store, Apple App Store, Huawei App Gallery dan GAMMA.
Cara untuk mengakses HRMIS 2.0
- Cari aplikasi HRMIS 2.0 di Google Play Store/Apple App Store/Huawei App Gallery/GAMMA (ikut pada peranti anda)
- Muat turun dan install perisian tersebut ke dalam peranti anda.
- Buka aplikasi setelah ia selesai dipasang (install). Isi maklumat Kad Pengenalan anda di ruangan disediakan.
- Isi Kata Laluan yang telah anda tetapkan kemudian tekan LOG MASUK untuk login ke dalam sistem.
- Jika anda Pengguna Kali Pertama sistem HRMIS 2.0, tekan link PENGGUNA KALI PERTAMA.
- Isi maklumat yang diperlukan untuk mendaftar dan klik DAFTAR. Ikut arahan sistem seterusnya.
HRMIS 2.0 Melalui Laman Web JPN
Seperti sedia maklum, laman web Jabatan Pendidikan Negeri mempunyai pelbagai kemudahan dan akses kepada sistem online buat guru-guru seluruh Malaysia. Antara e-Kemudahan yang ada termasuklah pautan ke sistem HRMIS 2.0. Berikut adalah langkah bagaimana hendak akses HRMIS 2.0 melalui laman web JPN:
- Layari laman web JPN bagi negeri tempat anda mengajar/bertugas.
- Tekan link e-Perkhidmatan.
- Pilih HRMIS 2.0 daripada senarai e-Perkhidmatan yang tertera.
- Klik pada pautan, dan anda akan dibawa terus ke login page HRMIS 2.0. Ikuti langkah mengakses seperti diterangkan di atas.
Contoh Penggunaan Sistem HRMIS 2.0
HRMIS 2.0 seperti sedia maklum mempunyai banyak fungsi. Kami ingin kongsikan sedikit satu contoh mudah untuk menggunakan sistem HRMIS 2.0 bagi tujuan memohon cuti.
Cara Mohon Cuti Melalui HRMIS 2.0
Untuk memohon cuti, gunakan langkah-langkah berikut:
- Login ke dalam sistem HRMIS
- Sebaik anda masuk ke dalam sistem, klik ‘Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran’
- Kemudian klik ‘Pengurusan Cuti’
- Pergi ke bahagian ‘Fungsi’ -> ‘Permohonan Cuti’ -> ‘Pemohon Cuti’
- Pilih ‘Kategori Cuti’
- Pilih ‘Jenis Cuti’ (Cuti Sakit/Cuti Kuarantin/Cuti Rehat Khas/Cuti Tanpa Gaji/Cuti Kerana Perkhidmatan)
- Masukkan maklumat berkenaan cuti yang anda ingin pinta:
- Tarikh
- Alamat
- Alasan
Maklumat Tambahan
Sistem HRMIS 2.0 ini dibangunkan dan diselenggara oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) , dan dipantau sentiasa untuk penambahbaikan.
Khidmat Bantuan
Sekiranya anda mengalami sebarang masalah untuk mengakses sistem HRMIS 2.0, anda boleh klik masuk ke Sistem Pengurusan Meja Bantuan.
Selain itu, anda juga boleh hubungi Pentadbir Sistem Level 0 anda di Kementerian atau Agensi di bawahnya, serta di Setiausaha Kerajaan Negeri di mana anda sedang berkhidmat bagi mendapatkan khidmat bantuan. Berikut adalah pautan senarai nama Pentadbir Sistem Level 0:
Anda juga boleh hubungi pihak JPA di talian dan alamat berikut untuk pertanyaan umum:
Aras 3 – 6, Blok C1, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 W.P Putrajaya Malaysia
+ (603) 8321 1400
+ (603) 8324 2420
Soalan Lazim HRMIS
Berikut disediakan infografik daripada pihak JPA berkenaan soalan lazim tentang sistem HRMIS :
Dengan keadaan pandemik zaman kini, amatlah membantu apabila semua urusan terutamanya berkaitan Pengurusan Sumber Manusia boleh dilakukan secara online, seperti melalui sistem HRMIS 2.0 ini. Dengan hanya login HRMIS 2.0, anda dapat menguruskan perkara berkaitan kerja anda, terutama bagi guru-guru di luar sana yang amat terkesan dan sibuk dengan tugasan PdPR. Semoga semua pembaca TCERdotmy dalam lindungan Allah SWT, dan sentiasa sihat hendaknya. Ikuti SOP Norma Baharu, dan lindungi diri dan keluarga daripada wabak Covid 19.