LPPSA: Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
LPPSA atau Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam adalah satu badan berkanun yang ditubuhkan untuk menguruskan kemudahan pembiayaan perumahan bagi sektor awam. Sebelum ini badan berkanun ini dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Kementerian Kewangan Malaysia yang mana badan ini telah ditubuhkan dan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2016.
LPPSA telah membelanjakan lebih kurang 9-10 billion setahun dan meluluskan hampir 40,000 permohonan setahun bagi menyediakan kemudahan pinjaman perumahan kepada semua penjawat awam yang layak.
Jumlah pembiayaan bagi hartanah yang anda ingin beli adalah sehingga 100% daripada nilai pasaran hartanah yang telah dinilai oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) tetapi ia TERTAKLUK kepada kelayakan pinjaman berdasarkan tangga gaji anda (yang mana lebih rendah).
Isi Kandungan
LPPSA-Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
Penubuhan LPPSA telah berjaya membantu ramai penjawat awam bagi mendapatkan pembiayaan pinjaman perumahan untuk membolehkan mereka mendapatkan rumah/kediaman sendiri yang lebih selesa.
LPPSA ada menyediakan pelbagai perkhidmatan secara atas talian bagi memudahkan pelanggan untuk berurusan. Antara perkhidmatan atas talian yang ditawarkan adalah
- Permohonan pembiayaan
- Portal lelong
- Pertanyaan dan aduan
- e-Biz (Kegunaan Agensi)
- e-Vendor
- Portal integriti
- Portal semakan bayaran
- Pendaftaran dokumen
- Janji temu kaunter pusat
- Portal GPA
Sistem Pembiayaan LPPSA
Sistem pembiayaan LPPSA ini adalah sistem yang digunapakai oleh semua penjawat awam untuk menjalankan sebarang urusan berkaitan pembiayaan pinjaman perumahan. Sistem ini menrangkumi beberapa pautan utama seperti:
- LPPSA log in
- Daftar masuk & pendaftaran baru
- LPPSA kalkulator
- Penyata tahunan
- Status baki pembiayaan
- status bayaran balik (potongan gaji)
- Status bayaran pembiayaan
- Borang atas talian
- Video tatacara permohonan pembiayaan
- Manual panduan permohonan pembiayaan
- Manual pembayaran secara online.
Semua pautan diatas boleh diakses oleh pengguna yang mempunyai akaun dengan LPPSA sahaja.
LPPSA Login
Untuk melakukan sebarang urusan di Portal Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), pengguna perlu mendatar akaun terlebih dahulu bagi mendapat akses ke pembiayaan LPPSA. Cara-cara untuk mendaftar LPPSA Login adalah seperti dibawah:
- Semua pengguna baru portal LPPSA perlu mendaftarkan ID Pengguna masing-masing
- Untuk akses ke portal LPPSA, sila pastikan menggunakan pelayar web Google Chrome versi terkini.
- Tekan pada butang ‘Daftar di sini’.
- Isi semua maklumat yang mempunyai tanda *
- Pastikan anda mengisi Maklumat Pendaftaran ID Baru.
- Untuk pergi ke step seterusnya, klik pada kotak Terma & Syarat.
- Selepas mengisi semua butiran yang diperlukan, pengguna perlu mengesahkan akaun yang baru dibuat menggunakan e-mel dan SMS. E-mel akan dihantar ke e-mel peribadi yang dimasukkan semasa pendaftaran.
- Untuk melengkapkan pengesahan, Sila tekan pada pautan pengesahan yang dihantar dalam e-mel anda yang didaftarkan.
- Selepas pengesahan email dibuat, sila mohon OTP number dengan menekan pada butang Permintaan OTP untuk meneruskan pengesahan OTP.
- 6 digit pin akan dihantar ke nombor telefon yag didaftarkan melalui pesanan SMS. Masukkan 6 digit pin yang diterima melalui SMS pada laman pengesahan SMS dan klik pada butang teruskan.
- Setelah pengesahan SMS dibuat, pengguna akan dibawa ke laman Kemaskini butiran.
- Bagi pinjaman bersama, kedua-dua pengguna (atau lebih) perlu membuat pendaftaran ID pengguna secara berasingan.
LPPSA Kalkulator
- Kelayakan pinjaman perumahan bagi setiap penjawat awam adalah berbeza mengikut tangga gaji dan beberapa kelayakan lain.
- Untuk membuat pengiraan kelayakan pembiayaan perumahan, LPPSA telah menyediakan satu platform yang dipanggil LPPSA kalkulator.
- LPPSA kalkulator ini akan membantu semua penjawat awam membuat pengiraan berdasarkan tangga gaji, elaun, komitmen dan lain-lain serta kadar anggaran harga SPA boleh dimasukkan sekali untuk melihat kelayakan masin-masing.
- Untuk menggunakan LPPSA kalkulator ini, pengguna portal LPPSA perlu mendaftar akaun terlebih dahulu seperti dinyatakan di atas.
- Untuk mencuba LPPSA kalkulator sila klik KALKULATOR LPPSA
Jenis-jenis pembiayaan
1. Membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap
- Bagi hartanah yang telah digadai kepada bank/institusi kewangan, baki hutang hutang penjual mestilah dalam had kelayakan pemohon untuk tempoh enam bulan ke hadapan
- Pembelian hartanah daripada penjual yang belum mempunyai hakmilikindividu/strata dibenarkan tertakluk kepada syarta pembelian hartanah di pasaran sekunder
- Pembelian hartanah di atas tanah berstatus pertanian adalah dibenarkan dan tertakluk kepada syarat yang berkuat kuasa
- Pembelian sebahagian pemilikan harta bagi pembiayaan bersama adalah tertaklul kepada syarta pemohon mempunyai hubungan kekeluargaan dengan penjual
- Pembelian hartanah mestilah di atas satu lot tanah hak miliki individu sahaja.
2. Membina rumah di atas tanah sendiri
- Tiada sebarang binaan/bangunan kediaman di atas lot tanah tersebut
- Pelan bangunan yang diluluskan mestilah dalam tempoh kelulusan yang masih berkuat kuasa
- Bagi pembiayaan bersama, sekiranya nama salah seorang pemohon tiada dalam hakmilik tanah, pindahmilik perlu dibuat sebahagian pemilikan kepada pemohon dengan mengemukakan salinan borang 14A(semenanjung)/MOT (Sabah/Sarawak) yang telah lengkap
- Pembinaan rumah hanya boleh dimulakan setelah pembiayaan diluluskan
- Pembinaan mestilah di atas satu lot tanah hak milik individu, mengikut pelan semasa kelulusan pembiayaan dan bebas daripada sebarang bebanan
- Pemohon adalah pemilik hartanah sepenuhnya atau pemilik bersama antara suami -isteri/ibu-anak/bapa-anak
- Skop pembiayaan meliputi kos binaan yang dinyatakan dalam jadual ketiga perjanjian jual beli.
3. Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan
- Pembelian daripada kontraktor dan mempunyai hak milik individu dan dibina diatas 1 lot tanah
- Pembelian daripada pemaju: mempunyai hakmilik induk/individu, lesen pemaju & permit jualan dicatatkan dalam bangunan.
- Harga hartanah dalam SPA dalam linkungan harga yang didaftarkan oleh pemaju semasa permohonan mendapatkan lesen pemaju & permit jualan.
- pembelian lot parkir tambahan tidak dibenarkan kecuali jika tiada kemudahan lot parkir dan terhad kepada 1 lot parkir sahaja.
4. Membeli tanah dengan tujuan membina rumah
- Mempunyai hakmilik individu, sedia untuk pembinaan rumah dan tiada sebarang binaan/bangunan kediaman di atas tanah tersebut
- Amaun kelayakan tidak melebihi 50% daripada kelayakan maksimun semasa
- Bagi hartanah yang telah digadai kepada institusi kewangan, penyata baki hutang penjual mestilah dalam had amaun kelayakan pemohon.
- Harga hartanah dalam perjanjian jual beli mestilah sama atau lebih daripada baki hutang penjual dalam penyata baki hutang yang masih berkuat kuasa.
- Tanah kategori pertanian tertakluk kepada undang-undang yang berkuat kuasa.
5. Lain-lain jenis pembiayaan
-
Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada bank/institusi kewangan
-
Membina rumah di atas tanah yang dibeli melalui pinjaman BPP/LPPSA
-
Membuat kerja ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman
Proses Pembiayaan
Syarat Kelayakan
Untuk memastikan anda layak membuat pinjaman pembiayaan perumahan LPPSA , anda perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti dibawah.
1. Warganegara
2. Kakitangan dalam sektor awam yang berjawatan tetap
- Anggota pentadbiran persekutuan
- Ahli parlimen
- Hakim
- Badan-badanberkanun
- Pihak berkuasa tempatan (PBT)
- Kerajaannegeri
- Anggota pentadbiran negeri
- Ahli dewan undangan negeri
- Anggotaperkhidmatan awam
- Anggotapolis
- Anggota tentera
3. Sudah menerima surat pengesahan jawatan
4. Berkhidmat sekurang-kurangnya setahun.
5. Borang permohonan dikemukakan setahun sebelum bersara/tamat perkhidmatan
6. Perjanjian Jual Beli (S&P) atau Perjanjian Pembinaan Rumah perlukan penyaksian peguam
7. Bukan seorang yang:
- Bankrap
- Terlalu banyak berhutang
- Pemakan gaji tidak berkemampuan
- Dalam proses dikenakan tindakan tatatertib
- Masih bekerja secara kontrak
Pusat khidmat Pelanggan
Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan urusan pembiayaan perumahan, anda boleh hubungi pusat panggilan utama di talian 03-08801600 atau terus pergi ke pejabat urusan LPPSA seperti dibawah:
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
Kompleks Kementerian Kewangan,
No.9, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya
Soala lazim berkaitan LPPSA
Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan perumahan untuk membeli rumah kedai?
Permohonan pembiayaan untuk membeli rumah kedai dibenarkan dengan syarat rumah kedai tersebut mempunyai ciri-ciri rumah kediaman iaitu mempunyai fungsi dan struktur ruang tamu, bilik tidur, bilik air dan dapur secara kekal.
Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan untuk membeli apartment termasuk lot parkir?
Permohonan pembiayaan untuk membeli apartment termasuk lot parkir dibenarkan dengan syarat pemohon menyertakan 2 perjanjian yang berasingan bagi pembelian apartment yang mempunyai lot parkir secara berasingan. Sekiranya pembelian apartment yang mempunyai lot parkir di bangunan yang sama, maka 2 perjanjian tersebut tidak diperlukan.
Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan untuk membeli hartanah di atas tanah berstatus pertanian?
Permohonan pembiayaan (individu) untuk membeli hartanah di atas tanah berstatus pertanian dibenarkan. Bagi permohonan pembiayaan bersama, syarat keluasan tertakluk kepada Kanun Tanah Negara 1965/ Ordinan Tanah Sabah (Sabah Cap 68)/ Kanun Tanah Sarawak 1958 dan syarat/ peraturan Pejabat Tanah dan Galian peringkat Negeri.
Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan perumahan untuk membeli hartanah antara adik beradik?
Ya, permohonan pembiayaan untuk membeli hartanah antara adik beradik adalah dibenarkan.
Bilakah tarikh akhir untuk seseorang pemohon mengemukakan permohonan pembiayaan perumahan sebelum bersara atau tamat perkhidmatan?
Setiap orang yang layak mesti mengemukakan permohonan menggunakan borang yang disediakan dan diterima oleh LPPSA sebelum tarikh akhir bersara atau tamat perkhidmatan
Adakah pemohon yang berkhidmat secara kontrak layak untuk memohon pembiayaan perumahan sektor awam?
Tidak layak.
Untuk mendapat banyak lagi soalan-soalan yang berkaitan LPPSA, anda boleh pergi ke pautan soalan lazim LPPSA