LPPSA Login- Pengurusan Pembelian Rumah Yang Lebih Mudah
LPPSA Login ini merupakan antara salah satu laman web elektronik yang diwujudkan bagi membantu kemudahan penjawat awam rakyat Malaysia dalam pengurusan rumah. Moga-moga artikel ini bermanfaat buat anda. Untuk maklumat lanjut, sila baca artikel ini.
Isi Kandungan
LPPSA
Ramai orang tidak mengetahui istilah atau singkatan LPPSA ini. Secara ringkasannya, LPPSA merupakan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam yang merupakan badan berkanun. Tugas mereka yang paling utama adalah menguruskan perihal pinjaman dan pembiayaan kepada penjawat awam dalam hal-hal pembelian rumah mereka.
Umumnya, setiap keluarga akan berkehendak untuk memiliki rumah yang berstatus rumah hak milik sendiri. Namun, agak sukar untuk dicapai gara-gara nilai rumah dan tanah yang agak tinggi pada masa kini. Oleh itu, berita baik kepada penjawat awam kerana anda boleh membuat pinjaman daripada LPPSA ini. Untuk ketahui lanjut, anda boleh teruskan membaca artikel ini.
Pinjaman Perumahan Penjawat Awam LPPSA
Sebelum ini, LPPSA juga turut dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan(BPP) yang ditubuhkan sejak tahun 2016 yang. Mengikut kiraan kasar, sejumlah RM9 Bilion hingga RM10 Bilion telah dipinjamkan kepada penjawat awam dengan kelulusan seramai 40 000 orang. Pinjaman LPPSA ini jelas membantu mereka.
Kepada mereka yang bukan penjawat awam, anda jangan risau. Terdapat beberapa kemudahan yang boleh anda gunakan dalam pembelian rumah anda. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh membaca artikel berkaitan Permohonan Program Perumahan Rakyat 2021 dan Skim Rumah Pertamaku: Cara Mohon Pinjaman Tanpa Deposit. Moga-moga dapat membantu anda dalam pembelian rumah kekal.
Kategori Pinjaman LPPSA Login
Bagi memudahkan pengurusan pinjaman dan pembiayaan, maka LPPSA memecahkan kepada 7 jenis atau kategori pinjaman, iaitu:
- KATEGORI 1
JENIS PINJAMAN |
Pembelian rumah yang telah siap. |
- KATEGORI 2
JENIS PINJAMAN |
Pembinaan rumah atas tanah hak milik. |
- KATEGORI 3
JENIS PINJAMAN |
Pembelian rumah yang masih dalam tempoh pembinaan. |
- KATEGORI 4
JENIS PINJAMAN |
Pembelian tanah(Tujuan pembinaan rumah) |
- KATEGORI 5
JENIS |
Melangsaikan tunggakan hutang pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan. |
- KATEGORI 6
JENIS PINJAMAN |
Pembinaan rumah atas tanah yang dibeli melaui pinjaman daripada pihak LPPSA/BPP |
- KATEGORI 7
JENIS PINJAMAN |
Pinjaman untuk ubah suai rumah sedia ada. |
Syarat Peminjam
Terdapat beberapa syarat yang dikenakan kepada sesiapa yang ingin membuat pinjaman LPPSA ini, iaitu:
- Merupakan warganegara Malaysia yang sah,
- Menjawat salah satu jawatan awam yang tetap dan menerima surat pengesahan jawatan. Antara jawatan awam yang dimaksudakan adalah:
- Hakim, ATAU
- Pihak Berkuasa Tempata(PBT), ATAU
- Ahli Parlimen, ATAU
- Anggota Polis, ATAU
- Anggota Perkhidmatan Awam, ATAU
- Mana-mana penjawat awam yang berkaitan di Malaysia.
- Penjawat awam ini mestilah berkhidmat sekurang-kurangnya selama tempoh 1 Tahun atau lebih.
- Penjawat awam yang memohon hendaklah membuat permohonan setahun sebelum bersara atau tamat perkhidmatan.
- Kepada mereka yang sudah bersara, pinjaman ini sudah tidak layak untuk anda.
Manfaat Pinjaman LPPSA
Kenapa dan apa kelebihan untuk membuat pinjaman melalui LPPSA ini? Mari saya kongsikan dengan anda, kebaikan yang bakal penjawat awam peroleh sekiranya mereka membuat pengurusan pembelian rumah dengan pinjaman daripada pihak LPPSA.
- Proses permohonan pinjaman rumah anda akan menjadi lebih mudah berbanding pekerja di swasta atau di bawah mana-mana kontrak.
- Anda akan dapat membuat pinjaman dalam jangka masa yang panjang dan yang paling bagus adalah pinjaman secara penuh.
- Kadar faedah yang dikenakan kepada peminjam bawah LPPSA tidak akan berubah meskipun sehingga tempoh 90 Tahun.
- Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 4% dan tiada faedah terapung mengikut kepada BLR.
Akaun LPPSA Login
Jadi, kita akan teruskan kepada topik utama kita iatu cara mendaftar atau mendapatkan akaun melalui LPPSA Login ini. Langkahnya amatlah mudah. Dengan hanya mengikuti langkah yang akan saya kongsikan, saya jamin akaun anda akan sah digunakan dalam tempoh beberapa minit sahaja.
LANGKAH PERTAMA:Anda perlu pergi ke laman utaman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam atau menekan link Pendaftaran Akaun LPPSA Login.
LANGKAH KEDUA:Kepada mereka yang sudah mempunyai akaun sebelum ini, anda boleh log masuk dengan mudah. Kepada pendaftar baharu, anda perlu menekan “Daftar Di Sini” untuk permohonan kali pertama.
LANGKAH KETIGA:Anda akan tiba ke paparan yang meminta anda memasukkan butiran peribadi anda. Pastikan anda tidak meninggalkan sebarang maklumat bagi memudahkan proses pinjaman di kemudian hari.
- NAMA PENUH
- NO. KAD PENGENALAN BAHARU
- TARIKH LAHIR
- NOMBOR POLIS/TENTERA(Jika Ada)
- NOMBOR TELEFON BIMBIT
- NOMBOR TELEFON PEJABAT
- E-MAIL PERIBADI
- E-MAIL PEJABAT
- KATA LALUAN & PENGESAHAN KATA LALUAN
LANGKAH KEEMPAT:Setelah masukkan segala maklumat yang diminta, anda perlu tandakan kotak untuk bersetuju denfan Terma & Syarat yang dinyatakan. Tekan “Daftar”.
LANGKAH KELIMA:Anda perlu mengesahkan akaun telah telah anda daftarkan sebentar tadi dengan menggunakan e-mel dan SMS. Bagi penggunaan e-mail, buka peti mesej di e-mail yang telah anda daftarkan sebentar tadi.
LANGKAH KEENAM:Klik pada pautan pengesahan yang tertera dalam e-mail anda untuk proses pengaktifan akaun.
LANGKAH KETUJUH:Setelah pengesahan sudah dibuat, anda akan dibawa ke laman OTP(One-Time Password) yang akan dihantar ke telefon pintar yang anda daftarkan sebentar tadi. Masukkan kod yang telah diberikan ke dalam kotak yang tersedia.
LANGKAH KELAPAN:Apabila pengesahan dan pendaftaran akaun anda telah berjaya, anda akan dibawa ke lama untuk kemas kini segala maklumat butiran anda. Pendaftaran akaun LPPSA Login anda sudah berjaya.
Manual Pengguna LPPSA Login
Setelah anda berjaya membuat pendafatarn, anda boleh membaca manual pengguna LPPSA Login ini bagi menjelaskan kepada anda, ciri-ciri yang ada pada laman web tersebut. Anda boleh muat turun di sini.
Program LPPSA Login
Baru-baru ini, LPPSA telah memperkenalkan satu program baik buat pengguna akaun LPPSA yang masih berstatus aktif. Program ini dinamakan Program LPPSA i-Prihatin, dan merupakan kerjasama dengan panel insurans atau Takaful Am LPPSA. Dalam program ini, pengguna yang layak akan:
- diberikan pilihan untuk mendapatkan perlindungan tambahan selain daripada Insurans ATAU Takaful Mortgage Reducing Term Assurance ATAU Takaful
- Layak memohon Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok (GPA)
- Pemohon akan diberikan bayaran premium sehingga jumlah RM100 setahun
- Pemohon bakal menikmati perlindungan kewangan untuk kematian atau kecacatan anggota badan sama ada secara kekal penuh atau separa kekal yang disebabkan oleh kemalangan(RM100,000.)
LPPSA Login- Video Tatacara Pembiayaan Permohonan
Kepada mereka yang masih belum jelas, anda boleh toton video Panduan Pendaftaran Sistem Pengurusan Pembiayaan(LMS) di bawah ini.
Soalan Lazim Berkaitan LPPSA Login
Adakah semua penjawat awam boleh membuat pinjaman LPPSA ini?
- Ya, semua penjawat awam Malaysia dibolehkan dan digalakkan untuk membuat permohonan pinjaman LPPSA ini. Kecuali, kepada penjawat awam yang sudah pencen atau bersara.
Sekiranya saya mempunyai masalah berkaitan pinjaman, apa yang boleh saya lakukan?
- Anda boleh menghubungi Hotline LPPSA di talian 03 – 8880 1600. Pastikan anda menyediakan segala maklumat berkaitan pinjaman anda.
Bilakah LPPSA ini beroperasi?
- LPPSA beroperasi seperti kebiasaanya iaitu pada setiap hari, kecuali pada hari Ahad dan Sabtu serta cuti umum.
Manakah yang lebih baik, antara pinjaman melalui LPPSA atau pinjaman daripada agensi-agensi kewangan yang lain?
- Anda amatlah digalakkan untuk membuat pinjaman melalui LPPSA kerana mereka akan membantu anda dan tawaran ini hanya untuk penjawat awam berdaftar sahaja.
Saya sudah menjadi penjawat awam selama 2 tahun dan ingin membeli mengubah suai rumah yang lama. Bolehkah saya ingin membuat pinjaman LPPSA ini?
- Ya, anda dibolehkan untuk membuat pinjaman kerana anda menepati syarat dan kriteria yang ditetapka. Syarat peminjam hendaklah terdiri daripada penjawat awam yang berkhidmat melebihi tempoh 1 tahun dan kategori pinjaman adalah pengubahsuaian rumah sedia ada.
Penjawat Awam Boleh Menguruskan Pembelian Rumah Dengan LPPSA Login
Moga-moga, dengan perkongsian artikel LPPSA Login ini mampu membantu mana-mana penjawat awam di Malaysia bagi mendapatkan rumah hak milik mereka. Janganlah mencari institusi atau agen pinjaman wang yang berisiko dan tidak diketahui ramai. Melalui LPPSA, pinjaman anda akan dijamin terjaga.
Buatlah pilihan yang baik dalam perancangan pembelian rumah anda. Keputusan di tangan anda.