Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Makruh Nama Jibril? Ada 3 lagi Nama Malaikat Lain Yang Makruh

Nama Jibril bukan asing lagi terutama hari ini ramai ibu ayah yang menamakan anak dengan nama Malaikat seperti Jibril kan? Tapi thaukah kita ada ulama yang meletakkan hukum makruh kepada nama tersebut? Apakah memang hukumnya makruh menamakan anak dengan nama malaikat? Mari kita bincangkan.

nama jibril

Isi Kandungan

Hukum namakan anak dengan nama Malaikat

Menurut Pejabat Mufti wilayah Persekutuan, melalui tulisan Hukum Menamakan Anak Dengan Nama Malaikat menyebut menurut Imam al-Nawawi, mazhab Syafi’e dan jumhur ulama mengharuskan memberi nama anak dengan nama-nama para anbiya’ dan malaikat, dan tiada larangan yang tsabit daripada Nabi SAW berkenaan perkara ini. (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 8/417) Imam al-Buhuti daripada mazhab Hanbali juga sependapat dengan mazhab Syafi’e yang menafikan kemakruhan menamakan anak dengan nama malaikat. (Rujuk Kasyaf al-Qina’ 3/27)

Makruh namakan dengan nama Jibril?

Namun terdapat juga para ulama yang memakruhkannya, antaranya ialah Imam Malik yang memakruhkan penggunaan nama Jibril. Imam Ibn al-Qayyim pula memakruhkan penggunaan semua nama malaikat bukan nama Jibril sahaja, dengan berdalilkan hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Jarrad R.A:

nama jibril

MaksudnyaSeorang lelaki dari Mazinah bersamaku, dan Nabi SAW datang sedang aku bersama rakanku itu, lalu dia bertanya kepada Rasulullah SAW “apakah sebaik-baik nama?” Nabi SAW menjawab “sebaik-baik nama bagi kalian ialah al-Harith dan Hammam, dan dan seelok-elok nama ialah Abdullah dan Abdurrahman. Namakanlah anak-anak dengan nama para anbiyaa’, dan jangan namakan mereka dengan nama para malaikat. Kawanku bertanya lagi “bolehkah kami menggunakan nama kamu (wahai Rasulullah)? Nabi SAW menjawab “ya, kalian boleh menggunakan namaku, namun jangan kamu menggunakan kuniyah aku.”

Riwayat Imam al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir (5/35) dan Imam al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (8268). Menurut Imam al-Bukhari dan Imam al-Baihaqi, terdapat sedikit perbincangan pada isnadnya. Syeikh al-Albani mengkategorikannya sebagai hadith yang teramat lemah (dha’if jiddan). (Rujuk Tuhfah al-Maulud, hlm. 119-120)

Imam al-Munawi turut menggunakan hadith ini dalam menyokong pandangan yang memakruhkan penamaan anak dengan nama malaikat. (Rujuk Faidh al-Qadir Syarh al-Jami’ al-Saghir 4/113)

Menurut pandangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga, mengambil kira larangan bersifat makruh oleh sebahagian ulama daripada menggunakan nama-nama khusus bagi malaikat seperti nama Jibril dan Mikail, maka kami juga berpandangan bahawa nama-nama tersebut adalah khusus bagi malaikat dan makruh untuk kita menggunakannya. Lebih-lebih lagi kita dapati tiada dalam kalangan para sahabat R.Anhum yang menggunakan nama tersebut.

Adapun bagi nama-nama seperti Malik, hukumnya adalah jelas akan keharusannya, dan kerana itu kita dapati sekian ramai para ulama yang menggunakan nama tersebut seperti Imam Malik bin Anas dan sebagainya.

nama jibril

3 Nama Malaikat lain yang Makruh

Tuntasnya, menamakan anak dengan nama para malaikat hukumnya adalah harus, kecuali nama-nama yang sinonim dengan nama Malaikat, iaitu Jibril, Mikail, Izra’il dan Israfil.

Adapun nama-nama lain bagi malaikat yang turut biasa digunakan oleh orang ramai seperti Malik dan Ridhwan, maka tiada kemakruhan padanya.

Penutup

Justeru, sebagai ibu bapa, pastikan kita berhati-hati dalam pemilihan nama anak. Dan pastikan juga daftaran anak kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai tanda anak Malaysia.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More