Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Marshmallow Nougat Homemade, Kuih Raya Moden Viral

Berikut admin ingin kongsikan satu resepi biskut raya yang bakal viral pada Hari Raya ini dan akan menjadi kegemaran ramai, iaitu marshmallow nougat.

Isi Kandungan [show]

Apa Itu Marshmallow Nougat?

Marshmallow nougat ialah konfeksi lembut dan kenyal yang dibuat dengan menggabungkan marshmallow dengan mentega dan coklat putih, bersama perasa dan campuran, menghasilkan tekstur yang lebih lembut daripada nougat tradisional tetapi lebih pejal daripada marshmallow sahaja.

Marshmallow nougat adalah kuih raya moden yang sangat senang untuk dibuat sendiri dirumah. Teksturnya adalah chewy dan sangat sedap!

Resepi Marshmallow Nougat

Nougat ini sangat mudah untuk dibuat kerana bahan-bahannya sangat simple dan resepi ini adalah perkongsian daripada Khairulaming.

Resepi Marshmallow Nougat Homemade, Kuih Raya Moden Viral 1
Marshmallow Nougat

Khairulaming adalah seorang pencipta kandungan digital (content creator), personaliti media sosial dan ahli perniagaan Malaysia yang sangat terkenal di Malaysia dengan tagline “Hey, what’s up guys?” pada permulaan setiap videonya.

Follow akaun TikTok dan Instagram Khairulaming untuk dapatkan resepi terkini, menarik dan viral yang dikongsikan olehnya.

Bahan-Bahan

Bahan-bahan untuk membuat marshmallow nougat ini sangatlah mudah seperti berikut:

  • 3 Sudu Butter
  • 500g Marshmallow
  • ½ Cawan Susu Tepung
  • ½ Sudu Kecil Garam
  • Topping (Biskut Marie / Kacang Gajus / Kacang Badam / Kismis / Kurma / Cranberry Kering)

Cara Penyediaan

Cara-cara untuk membuat marshmallow nougat adalah seperti langkah-langkah berikut:

  1. Cairkan butter.
  2. Kemudian, masukkan marshmallow. Wajib guna kuali non-stick supaya tidak melekat dan guna api yang paling kecil.
  3. Kacau perlahan sehingga marshmallow cair.
  4. Kemudian, masukkan susu tepung dan garam.
  5. Kacau lagi sehingga larut.
  6. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit topping supaya marshmallow tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
  7. Kemudian, masukkan nougat itu ke dalam tray yang telah ditabur dengan sedikit susu tepung.
  8. Kemudian, lenyek dan tekan sehingga nougat menjadi padat.
  9. Biarkan nougat rehat beberapa jam sehingga ia betul-betul solid dan mengeras.
  10. Sebelum potong, boleh taburkan sedikit susu tepung di atas dan di bawah nougat supaya tidak melekat apabila potong.
  11. Boleh potong mengikut saiz dan citarasa masing-masing.
  12. Sedia untuk dihidang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba!

Artikel Berkaitan: Resepi Biskut Almond LondonResepi Biskut SemperitResepi Biskut Coklat ChipResepi Biskut NestumResepi Biskut MakmurResepi Cornflakes Madu, Resepi Biskut Kelapa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More