Masa Diperlukan Membina Sebuah Aplikasi Telefon Pintar di Abad ke-21
Aplikasi Telefon makin moden! Anda mempunyai idea hebat yang boleh menjadikan anda seorang jutawan dan berhasrat untuk membina sebuah aplikasi bagi merealisasikan idea tersebut. Namun anda tidak mempunyai kebolehan programming untuk membangunkan aplikasi, dan risau sekiranya idea ini dikongsikan kepada orang lain, mereka akan meniru idea tersebut.
Ini adalah antara kerisauan yang menjadi penyebab anda ingin belajar sendiri cara untuk membina sesebuah aplikasi. Namun, berapa lamakah masa yang diperlukan bagi beginner seperti anda untuk membangunkan aplikasi telefon pintar?
Isi Kandungan
Berapa Masa Diperlukan Untuk Seorang Beginner Membina Sebuah Aplikasi Telefon Pintar
Soalan ini terlalu umum, jadi jawapannya juga adalah umum, ia bergantung. Tanya diri anda:
- Adakah anda mempunyai apa-apa pengalaman tentang programming? Jika ya, adakah anda biasa dengan Java? Sekiranya jawapan kepada kedua-dua soalan ini adalah ya, masa untuk membangunkan sesebuah aplikasi pastinya tidak terlalu lama. Sekiranya tidak, maka anda mungkin mahu mula belajar asas-asas programming sekarang. Belajar untuk coding di SINI.
- Adakah anda mempunyai sebarang pengetahuan tentang back-end / database? Back-end untuk sesebuah aplikasi berasaskan mesej boleh jadi agak mudah atau sangat kompleks, bergantung kepada jenis aplikasi mesej. Adakah mesej boleh dihantar kepada group, atau secara individu? Bolehkan mesej tersebut diedit, dikemas kini, mahupun didelete. Terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.
- Adakah anda mempunyai pengetahuan tentang rekaan grafik atau user experience (UX) design? Menghasilkan sesebuah aplikasi telefon pintar adalah lebih daripada sekadar tahu bagaimana cara untuk coding. Sekiranya anda ingin menghasilkan sebuah aplikasi untuk kegunaan diri anda sahaja, ciri-ciri ini mungkin tidak penting. Sekiranya aplikasi tersebut adalah untuk perniagaan anda bagi mendapatkan keuntungan, ciri-ciri ini adalah sangat penting. Terdapat lebih daripada 700,000 aplikasi di appstore buat masa ini, jadi aplikasi ciptaan anda haruslah mempunyai interface yang menarik.
Perkongsian Daripada Individu Yang Mempunyai Pengalaman Dalam Programming
Berdasarkan perkongsian pengalaman seorang pengguna Quora, iaitu Scott Lieberman, beliau cekap dalam perisian seperti Ruby on Rails, PHP dan PostgreSQL sebelum beliau membuat keputusan untuk belajar cara membuat aplikasi telefon pintar daripada scratch.
Menurut Scott, beliau memerlukan masa 2 bulan untuk memahami mobile programming, dan 6 bulan untuk menjadi seorang mobile developer yang cekap. Menurut beliau lagi, untuk menghasilkan sebuah aplikasi memerlukan masa antara 2 bulan hingga ke setahun.
Itu adalah anggaran masa yang diperlukan bagi seseorang yang mempunyai pengalaman tentang programming. Di bawah pula adalah perkongsian di laman Quora oleh Vipul Dassani, seorang beginner yang terlibat dalam pembangunan aplikasi Android.
Perkongsian Seorang Beginner Dalam Membangunkan Aplikasi Android
Saya tidak pernah mempunyai sebarang latihan rasmi dalam Java dalam apa jua bentuk sekalipun sebelum saya mula membangunkan aplikasi Android. Interaksi pertama saya dengan Java adalah kerana saya terpaksa membangunkan sebuah aplikasi Android. Selepas 2 tahun memulakan projek ini, saya boleh katakan bahawa Java tidaklah sesusah yang disangka.
Sekiranya anda pernah menggunakan C++, anda pasti biasa dengan Java. Segalanya lebih kurang sama, logiknya juga hampir sama dengan kesemua bahasa programming peringkat tinggi, perbezaan hadir dalam bentuk abstraction dan cara penggunaan framework.
Anggaran masa yang diperlukan bagi membangunkan sesebuah aplikasi bagi seseorang beginner bergantung kepada masa yang diluangkan untuk proses pembelajarannya. Katakanlah anda meluangkan masa sekitar 4 hingga 5 jam sehari dan mula membaca serta melakukan praktis sejak hari pertama lagi, dalam masa 10 hingga 14 hari, anda sudah tahu tentang asas-asas programming.
Adalah sangat penting untuk mahir dalam pengetahuan asas ini, seperti fungsi dalam Global Local variables, Static Public class, Class referencing, Hashmaps, Default classes dan lain-lain. Pengetahuan tentang asas ini mampu mengelakkan anda daripada melakukan kesalahan yang boleh menyebabkan masalah besar.
Apabila anda sudah mahir dengan asas-asas programming menggunakan Java ini, anda boleh mula menggunakan Android Studio bagi membangunkan aplikasi. Jangan tunggu lebih lama lagi untuk belajar tentang Java, Android akan ajar caranya.
Sumber Bahan Pengajian Bagi Mempelajari Android Programming
Untuk belajar cara membangunkan aplikasi, apa yang anda perlu lakukan adalah sekadar Google search ‘Learn Java‘ dan ‘Learn Android‘. Terdapat beberapa laman sesawang yang boleh menjadi guru anda seperti codecademy.com, khanacademy.org, vogella.com dan androidhive.info.
Kesimpulan
Tempoh yang diperlukan bagi seorang beginner sebenarnya bergantung kepada usaha dan masa yang diluangkan. Tidak ada tempoh tetap bagi tujuan ini. Namun, perlu ditegaskan bahawa programming bagi aplikasi Android dan iOS melibatkan platform yang berbeza. Pembangunan aplikasi bagi Android memerlukan Java dan Android Studio, manakala bagi iOS pula memerlukan Xcode dan Swift.
Mempelajari programming ibarat mempelajari suatu bahasa baharu. Semuanya kelihatan asing ketika di awal pembelajaran, namun apabila anda sudah biasa, segalanya menjadi mudah.
Sumber: