Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Maulidur Rasul 2024 (Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW)

Berikut adalah info mengenai Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW / Maulidur Rasul 2024 untuk semua makluman umat Islam di luar sana.

Isi Kandungan

Maulidur Rasul Merupakan Salah Satu Tarikh Penting Dalam Takwim Hijrah

Menurut Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, berikut merupakan tarikh-tarikh penting dalam islam bagi perayaan atau hari kebesaran Islam untuk tahun 2024:

Tarikh Hijrah (H)Tarikh Masihi (M)Hari Perayaan / Kebesaran Islam
27 Rejab 14458 Februari 2024Israk Dan Mikraj
1 Ramadan 144512 Mac 2024Awal Ramadan / Berpuasa
17 Ramadan 144528 Mac 2024Nuzul Al-Quran
1 Syawal 144510 April 2024Hari Raya Puasa / Aidilfitri
1 Zulhijjah 14458 Jun 2024Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah 144517 Jun 2024Hari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharam 14467 Julai 2024Awal Muharram / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 144616 September 2024Maulidur Rasul
Tarikh-tarikh ini telah diisytiharkan oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja, Malaysia.

Asal Usul Maulidur Rasul

Maulidur Rasul atau Maulud Nabi Muhammad SAW merupakan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW, iaitu Nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT dalam Islam.

Hari tersebut adalah jatuh pada hari ke-12 pada bulan Rabiulawal (iaitu bulan ketiga dalam takwim Hijrah) atau pada hari Isnin, 20 April 571 Masihi (dalam takwim Masihi).

Tapak Keputeraan Baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Sejarah Maulidur Rasul bermula sejak zaman awal Islam lagi, iaitu ketika sebilangan tabi’in mula mengadakan penganjuran nyanyian syair dan lagu terhadap Rasulullah SAW.

Justeru, setiap tahun pada hari tersebut, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis atau sambutan memperingati Keputeraan Baginda Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa aktiviti seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.

Secara ringkasnya, sambutan tersebut memiliki beberapa tujuan untuk dicapai oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia, seperti

  • menghayati ajaran dan teladan Baginda Nabi Muhammad SAW dalam beragama seperti aspek ibadah, akhlak, dakwah, cinta dan kasih sayang terhadap sahabat dan umatnya; dan
  • bagi memantapkan keyakinan dan kecintaan kita akan Baginda Nabi Muhammad SAW.

Maulidur Rasul 2024

Hari Maulidur Rasul 2024 adalah jatuh pada hari Isnin, 16 September 2024 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1446H dan ia merupakan Hari Kelepasan Am Persekutuan bagi semua negeri di Malaysia, iaitu

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  • Johor.
  • Kedah.
  • Kelantan.
  • Melaka.
  • Negeri Sembilan.
  • Pahang.
  • Perak.
  • Perlis.
  • Pulau Pinang.
  • Sabah.
  • Sarawak.
  • Selangor.
  • Terengganu.
Maulidur Rasul 2024 (Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW) 1
Sumber Rasmi Maulidur Rasul 2024: Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri

Tiada Cuti Ganti Pada 17 September 2024 Kerana Pertindihan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) & Hari Malaysia

Untuk makluman, pada 16 September 2024 bukan sahaja merupakan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul 2024), tetapi pada hari tersebut ia juga merupakan Hari Malaysia.

Menurut Kenyataan Media pada 1 Ogos 2024 yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Kementerian Sumber Manusia,

16 September 2024 (Isnin) telah diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am sempena Hari Malaysia dan juga Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW.

Hari Malaysia merupakan hari cuti umum yang wajib diberikan kepada pekerja dan tidak boleh diganti dengan tarikh lain.

Manakala, Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW merupakan hari cuti umum pilihan.

Mana-mana majikan sektor swasta yang memilih cuti Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW sebagai Hari Kelepasan Am syarikat hendaklah menggantikan cuti tersebut pada hari Selasa, 17 September 2024 sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 60D(1) Akta Kerja 1955.

Walau bagaimanapun, majikan boleh dengan persetujuan pekerja untuk menggantikan cuti Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW tersebut pada hari lain (selain 17 September) sebagaimana peruntukan seksyen 60D(1A) Akta Kerja 1955.

Maulidur Rasul 2024 (Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW) 2

Semoga perkongsian info tentang Maulidur Rasul 2024 di atas bermanfaat untuk anda semua rakyat Malaysia di luar sana.

Maulidur Rasul 2024 (Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW) 3

Selamat Memperingati Maulid Nabi Muhammad SAW!

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More