Sumber Rujukan Globalisasi Anda

COVID-19: Mayat Ditemui Positive

KOTA KINABALU: Covid-19 mayat lelaki tanpa identiti dipercayai warga asing yang ditemui tergantung di pokok di kawasan Kampung Pondo, Pulau Gaya, di sini, 6 April lalu didapati positif COVID-19.
 
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata semua anggota polis yang bertugas mengendalikan mayat berkenaan iaitu seramai 12 anggota sudah diarahkan menjalani saringan kesihatan.
 
Katanya, keputusan saringan akan diperolehi dalam tempoh terdekat dan semua yang terbabit sudah diarahkan untuk kuarantin diri di rumah masing-masing.
covid-19
 
“Semua anggota yang terdedah sudah menjalani saringan kesihatan dan mereka juga diarah mengasingkan diri di rumah masing-masing sementara menunggu laporan kesihatan daripada hospital.
 
“Keputusan ujian itu dijangka akan siap hari ini, kita mendoakan semua anggota terbabit selamat daripada jangkitan virus berkenaan,” katanya dalam sidang media di IPD Kota Kinabalu, hari ini.
 
Habibi berkata, semua anggota yang bertugas ketika itu mengenakan langkah-langkah pemakaian selamat termasuk memakai topeng muka dan sarung tangan.
 

Covid-19 Kembali Mengganas

“Mayat lelaki yang dipercayai warga asing itu masih belum dituntut oleh sesiapa dan setakat ini, kes masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
 
“Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ketua Balai Polis Pulau Gaya Asisten Superintendan (ASP) Mohd Zulfikar Abd Salam di talian 0198009455,” katanya.
 
Sehubungan itu, Habibi berkata, penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pulau Gaya berjalan lancar dan kerjasama daripada warga pulau berkenaan juga amat baik.
 
“Perkhidmatan pengangkutan biasa tidak dibenarkan ketika ini, namun hanya dua bot setiap kampung dibenarkan beroperasi membabitkan urusan penting.
 
“Oleh itu, penduduk di sekitar Pulau Gaya diminta supaya mengikuti arahan PKP sepenuhnya bagi mengelak penularan wabak COVID-19 ini,” katanya.

kredit :  jesseltonsabah

Menarik untuk anda baca: Elak 7 perkara ketika bersahur

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More