Resepi Mee Kari Kuahnya Pekat Melikat & Konfirm Laku Keras!

Berikut admin ingin kongsikan pula resepi mee kari yang biasa disediakan tidak kira masa dan biasanya dihidangkan ketika majlis keramaian seperti open house Hari Raya, potluck, jamuan dan sebagainya.
Mee kari ialah mi sup pedas Asia Tenggara Maritim yang dihiasi dengan pelbagai topping dan ia antara makanan yang menggunakan “mee” yang agak popular di Malaysia.
Di Johor dan Singapura, kadangkala ia dipanggil laksa kari.
Isi Kandungan [show]
Resepi Mee Kari
Resepi mee kari yang admin ingin kongsikan ini sangat mudah untuk dibuat dan resepi ini adalah perkongsian daripada Khairulaming.

Khairulaming adalah seorang pencipta kandungan digital (content creator), personaliti media sosial dan ahli perniagaan Malaysia yang sangat terkenal di Malaysia dengan tagline “Hey, what’s up guys?” pada permulaan setiap videonya.
Follow akaun TikTok dan Instagram Khairulaming untuk dapatkan resepi terkini, menarik dan viral yang dikongsikan olehnya.
Bahan-Bahan
Bahan-bahan untuk membuat mee kari ini adalah seperti berikut:
- 6 Batang Serai
- 2 Biji Bawang Merah Besar
- 6 Ulas Bawang Putih
- Halia Sebesar Ibu Jari
- 5 Sudu Udang Kering – Basuh & Goreng Sekejap
- 1 – 2 Sudu Cili Kisar
- 4 Sudu Rempah Kari
- 1 Sudu Serbuk Cili
- Ayam
- 2 Kotak Kecil Santan
- Air
- Garam
- Gula
- Serbuk Perasa
- Tauhu Goreng
- Fishball
- Fishcake
- Mee Kuning
- Taugeh, Sawi, Limau Kasturi, Cili, Kacang Panjang, Bawang Goreng
- Telur
- Sambal Tumis (Optional)
Cara Penyediaan
Langkah-langkah untuk membuat mee kari adalah seperti berikut:
- Masukkan serai, bawang besar, bawang putih, halia, udang kering yang telah digoreng sekejap ke dalam pengisar dan masukkan sedikit air. Kisar semua bahan sehingga lumat.
- Panaskan minyak dan masukkan semua bahan kisar tadi.
- Kemudian, masukkan cili kisar.
- Apabila sudah pecah minyak, masukkan rempah kari dan serbuk cili.
- Kemudian, masukkan ayam yang telah dipotong kecil-kecil.
- Masukkan santan dan tambahkan air secukupnya.
- Kemudian, masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
- Apabila kuah kelihatan sedikit pekat dan pecah minyak, boleh masukkan tauhu goreng, fishball dan fishcake.
- Apabila kuah sudah kelihatan pekat cantik dan semua bahan masak dengan sempurna, boleh hidang bersama mee kuning yang telah dicelur.
- Boleh tambahkan taugeh, sawi, limau kasturi, cili, kacang panjang, bawang goreng dan telur rebus. Lagi sedap jika ditambah bersama dengan sambal tumis.
Selain itu, nasi tomato ayam masak merah juga sesuai dihidangkan bersama sebagai menu wajib pada majlis keramaian anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba!