Menteri, timbalan menteri tak ambil gaji 3 bulan
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa semua menteri dan timbalan menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun ini.
Katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri berkenaan bantuan PKP 3.0, Pemerkasa+, yang disiarkan tadi, ia sebagai tanda sokongan dan gaji berkenaan akan dimasukkan ke Akaun Amanah Bencana.
“Sebagai penutup kepada inisiatif Pemerkasa+ ini, sepertimana yang telah diamalkan semasa PKP pertama tahun lalu, saya ingin memaklumkan tanda sokongan barisan menteri dan timbalan menteri dengan tidak mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun 2021.
“Gaji yang tidak diambil ini akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19,” katanya.
Sumber Malaysiakini
Artikel lain: PEMERKASA Plus Bantuan Sehingga RM1500