Menu Rahmah RM5 2023 Paling Basic
Menu Rahmah RM5 telah diperkenalkan oleh KPDN dengan kerjasama syarikat Mydin untuk membantu miskin tegar di negara ini. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini melancarkan Program Menu Rahmah di MYDIN USJ, Subang Jaya, Selangor.
Hadir melancarkan program ini, Menteri PDN YB Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub serta Timbalan Menteri, YB Senator Puan Hajah Fuziah Binti Salleh.
MYDIN juga turut memperkenal Menu Rahmah pada harga istimewa serendah RM4.90 bagi set makanan dan RM2.50 bagi pilihan sarapan di 28 cawangan pasar raya besar MYDIN termasuk pengendali restoran dan medan selera kami.
Komitmen membantu golongan memerlukan ini juga diteruskan menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat MYDIN Prihatin dengan menyalurkan 5,000 Pek Makanan Menu Rahmah kepada 5,000 pelajar-pelajar golongan B40 Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Semoga kerjasama di antara kerajaan dan pemain industri dapat memberi solusi kepada peningkatan kos sara hidup yang kian mencabar untuk semua.
Isi Kandungan
Senarai Menu mengikut hari yang disedikan oleh pihak Mydin
Menu Ahad
Menu Isnin
Menu Selasa
Menu Rabu
Menu Khamis
Menu Jumaat
Menu Sabtu
Sumber : FB rasmi MYDIN
LOKASI MENU RAHMAH
- MYDIN
- Kedai Makan atau Restoran yang mempunyai pelekat atau simbol Menu Rahmah RM5
- 12,500 Kedai Mamak yang bersedia menyediakan Menu ini
- sekitar 4,000 restoran di bawah Koperasi Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS)
Untuk makluman semua senarai penuh lokasi Menu Rm5 ini akan dimaklumkan oleh KPDN dalam masa terdekat.
Sumber : Youtube Laporan berita dari buletin TV3
Menurut laporan Buletin Utama T V3 lebih 12,500 restoran mamak di seluruh negara sedia menyahut gesaan kerajaan untuk menyediakan Menu , bernilai RM5 ke bawah bagi golongan miskin tegar. Difahamkan, sekitar 4,000 restoran di bawah Koperasi Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) turut terlibat.
Kini dengan rm4.90 anda boleh berjimat untuk makanan tenghari dan malam di Mydin pada setiap hari ekslusif di Menu Rahmah. Hal ini menunjukkan keprihatinan pihak kerajaan kepada rakyat di negara ini untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.