Modul Latihan Sukan Badminton – Khas untuk Guru Penasihat
Modul Latihan Sukan Badminton – Khas untuk Guru Penasihat diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk meningkatkan penyertaan dan menyuburkan semangat kesukanan dalam kalangan murid.
Kokurikulum adalah satu cabang aktiviti sekolah yang perlu dilalukan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Dan menjadi satu tanggungjawab bagi setiap guru penasihat untuk memastikan anak muridnya dapat menjalankan aktiviti selari dengan modul yang ditetapkan.
Modul ini adalah hasil usaha bersama Bahagian Pendidikan Guru dan Bahagian Sukan dalam memastikan guru-guru di sekolah khususnya guru penasihat kelab sukan boleh menjadikan modul ini sebagai panduan dalam menjalankan aktiviti kelab sukan di sekolah sepanjang tahun.
Isi Kandungan
Dapatkan “Modul Latihan Sukan Badminton” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’. Ianya terdiri daripada Sekolah Rendah dan juga Sekolah Menengan.
Table (jika diperlukan)
SUBJEK |
SEKOLAH |
MODUL LATIHAN SUKAN BADMINTON |
Dipersilakan share dah semoga bermanfaat.
DASAR PERLAKSANAAN KEGIATAN KOKURIKULUM
Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah.”
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai “Kegiatan Kumpulan”.
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrif Kokurikulum iaitu :
Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:
1. Penyertaan dalam sukan dan permainan
2. Penyertaan dalam persatuan dan kelab
3. Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam
4. Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan
Sumber : KPM
Penutup
Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Modul Latihan Sukan Badminton ini membantu anda.
Anda juga mungkin berminat dengan :
Dokumen Penjajaran Kurikulum Versi 2.0
Himpunan Buku Panduan Pengurusan Unit Beruniform Di Sekolah