Modul Nota dan Latihan Tatabahasa Melayu
Modul Nota dan Latihan Tatabahasa Melayu
Modul Nota dan Latihan Tatabahasa Melayu ini menyediakan nota serta latih tubi tatabahasa Melayu untuk persediaan pelajar buat peperiksaan Bahasa Melayu.
Isi Kandungan
Tatabahasa
Tatabahasa terdiri daripada asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami pengguna. Dengan itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri.
Menurut Nik Safiah Karim dan Norlidza Shamsudin (2008), tatabahasa adalah bidang yang menumpukan kepada pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Siti Hajar Hj. Abdul Aziz(1996) pula menyatakan bahawa tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Maksud lainnya, tatabahasa adalah merupakan suatu rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan mengikut kepada fungsinya.
Noam Chomsky, seorang ahli bahasa, telah menakrifkan tatabahasa sebagai suatu kumpulan sistem yang harus dipatuhi oleh pengguna bahasa sesuatu bahasa itu. Menurut beliau juga, ia turut menjadi dasar untuk melahirkan asperasi bahasa yang baik dan indah, serta menjamin kemantapan bahasa sesuatu bahasa itu. Tambahan beliau lagi, tatabahasa berfungsi dalam memisahkan bentuk-bentuk bahasa yang gramatis, daripada yang tidak gramatis. Tatabahasa berperanan untuk menghuraikan pemilihan pengguna bahasa itu untuk membina ayat-ayat yang baik. Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa ia merupakan dasar yang menjadi pedoman dan pegangan dalam menentukan betul atau salah sesuatu bentuk bahasa pertuturan atau penulisan yang dihasilkan.
Robin (1971:172) dalam penulisannya pula telah menyatakan bahawa tatabahasa merupakan suatu yang menitik beratkan struktur uturan pertuturan atau penulisan dan dengan penggolongan serta pengkelasan unsur-unsur pertuturan yang berulang-ulang berdasarkan rumus-rumusnya.
Bagi A.Koutsaudas (1969:1) pula, tatabahasa ditakrifkan sebagai suatu alat yang digunakan untuk menghasilkan ayat-ayat yang betul yang tidak terbatas jumlahnya dalam sesuatu bahasa dan tidak ada satupun yang salah.
Mengikut kepada Tatabahasa Dewan, aspek tatabahasa menyentuh kepada dua sudut, iaitu melibatkan cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan juga cara perkataan disusun menjadi ayat. Huraian di peringkat perkataan disebut morfologi, manakala huraian di peringkat ayat disebut sintaksis.
Dapat dirumuskan di sini bahawa tatabahasa moden mencakupi bidang fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik. Oleh itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan intrinsik penutur jati yang ideal. Ianya dapat dihuraikan dengan jelas tentang kebolehan bahasa disusun dan digunakan oleh penutur natif sesuatu bahasa.
Tatabahasa juga boleh dilihat sebagai teori tentang peraturan yang menghuraikan ayat-ayat dalam sesuatu bahasa dengan kaedah yang paling mudah, tepat, dan lengkap. Tinjauan dalam bidang tatabahasa dilakukan dalam dua segi iaitu dari segi cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa (morfologi) dari segi perkataan-perkataan disusun menjadi ayat (sintaksis).
*Sumber: cheguuafinur.blogspot
Modul Nota dan Latihan Tatabahasa Melayu
Bagi memahami akan tatabahasa dalam bahasa Melayu, pelajar perlu faham bentuk-bentuk kata, dan beberapa lagi peraturan berkaitan dalam membentuk ayat-ayat yang tepat dan jitu. Anda boleh dapatkan modul nota dan latih tubi tatabahasa Melayu di bawah ini. Semoga bermanfaat buat semua.
Dapatkan ” Modul Nota dan Latihan Tatabahasa ” di sini
Modul nota dan latihan tatabahasa Melayu yang dikongsikan ini menepati segala keperluan pelajar untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan bahasa Melayu terutamanya. Di sini admin nak kongsikan bahan-bahan koleksi tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam bentuk zipped folder. SIla DOWNLOAD secara PERCUMA.
- Download : Modul Nota dan Latihan Tatabahasa Melayu
Untuk lebih lagi kefahaman mengenai tatabahasa, nota-nota, serta latih tubi untuk tatabahasa Melayu, anda boleh download dokumen Modul Nota dan Latihan Tatabahasa Melayu menggunakan pautan di atas. Semoga bermanfaat.
Penutup
Akhir kata, diharap perkongsian Modul Nota dan Latihan Tatabahasa Melayu ini memberi manfaat kepada semua terutamanya bagi mereka yang memerlukan untuk membuat pelbagai persediaan menghadapi peperiksaan nanti. Dengan berbekalkan ilmu daripada perkongsian kali ini, diharap pelajar-pelajar dapat berjaya cemerlang dalam peperiksaan mereka kelak.
Nak dapatkan tips untuk belajar cemerlang? Baca tentang 7 Tips Belajar Cemerlang di pautan ini: 7 Tips Belajar Cemerlang
Untuk dapatkan lebih lagi nota-nota atau tips belajar, klik pautan berikut: t.me/tcerdotmy
Artikel berkaitan:
HIMPUNAN NOTA RINGKAS BAHASA MELAYU TAHUN 1 HINGGA 6
25 CONTOH LATIHAN KARANGAN BAHASA MELAYU UPSR