Modul Pengurusan Aktiviti Kelab Dan Persatuan 2021
Modul Pengurusan Aktiviti Kelab Dan Persatuan ini disediakan bagi memberi kemudahan serta panduan kepada para guru untuk merancang dan melakukan aktiviti kokurikulum sekolah dengan lebih tersusun dan lancar.
Setiap Rabu kebiasaannya murid akan mengikut pelbagai aktiviti kokurikulum sama ada aktiviti unit beruniform, sukan permainan ataupun kelab persatuan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Isi Kandungan
Modul Pengurusan Aktiviti Kelab Dan Persatuan
Aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ini biasanya telah dirangka dan dirancang oleh pengurusan sesuatu badan kokurikulum pada awal tahun hasil daripada perbincangan di antara guru penasihat dan pentadbir sekolah dengan berlandaskan keupayaan sekolah dan murid.
Berikut merupakan matlamat penubuhan kelab dan persatuan iaitu untuk membentuk perancangan yang rapi berkaitan sistem pengurusan aktiviti persatuan dan kelab agar dapat mewujudkan masyarakat pelajar yang terlatih, cergas dan bersatu padu agar dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi dan pengekalan kecemerlangan murid dan sekolah.
Matlamat lain juga adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berketrampilan yang mampu mewakili sekolah dalam peringkat pertandingan- zon,negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Selain menawarkan saluran rekreasi yang sihat kepada semua pelajar serta meyediakan peluang dan ruang untuk pelajar bergerak secara aktif dalam ruang lingkup yang munasabah dan terkawal. Ini juga selari dengan matlamat pendidikan dalam melahirkan pemimpin dalam kalangan masyarakat pelajar untuk menjadi galang ganti kepimpinan pada masa hadapan.
Objektif kelab dan persatuan adalah untuk melatih para pelajar menjadi lebih aktif dan dinamik sesuai dengan arus pembangunan negara, memupuk semangat berkerjasama berpasukan dan perpaduan dalam kalangan pelajar, membolehkan para pelajar meyalurkan semangat cintakan sekolah dan tanahair melalui program-program terancang kokurikulum merentasi kurikulum dan memberi latihan kepada para pelajar melalui pendedahan yang pelbagai.
Undang-undang atau peraturan kokurikulum
Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah.” Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai “Kegiatan Kumpulan”. Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrif Ko-kurikulum iaitu :
Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:
- Penyertaan dalam sukan dan permainan
- Penyertaan dalam persatuan dan kelab
- Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam
- Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan
Melaksanakan kokurikulum di sekolah adalah WAJIB. Kegagalan atau Keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan yang jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau pun kedua-duanya sekali di bawah penalti am.
Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550 ): Penalti Am.
“(1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”
“(2) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.”
Oleh yang demikian, kami ingin berkongsi bahan buat para guru dalam membantu menyediakan aktiviti Kokurikulum sekolah. Berikut merupakan Modul dan Buku Aktiviti untuk Kelab dan Persatuan KPM sebagai rujukan .Semoga ianya berguna kepada rakan guru. Guru hanya perlu klik sahaja link yang diberikan dibawah untuk muat turun bahan ini.
SUBJEK |
LINK DOWNLOAD |
Modul dan Buku Aktiviti untuk Kelab dan Persatuan KPM |
Modul Pengurusan Aktiviti Kelab Dan Persatuan
Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Modul Pengurusan Aktiviti Kelab Dan Persatuan memberi manfaat kepada anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih
Jangan lupa share kepada kawan-kawan ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Menarik untuk dibaca: Permohonan ke Program Matrikulasi, PISMP, PCC kini dibuka mula 15 Mac