Sumber Rujukan Globalisasi Anda

MOGOK JEPUN VS MOGOK MALAYSIA | MENTALITI KELAS PERTAMA

Mogok dengan pihak pengurusan. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan video penularan staff-staff sebuah syarikat kurier yang mencampakkan barang-barang pelanggan secara kasar ekoran protes dengan pihak pengurusan. Kejadian ini dikatakan berlaku disebabkan oleh penangguhan gaji pekerja mereka bagi bulan Februari 2021.

Isi Kandungan

 MOGOK JEPUN VS MOGOK MALAYSIA

Menerusi laman perkongsian facebook milik Hafez Fakhry , beliau tampil menceritakan kisah bagaimana sebuah protes yang berlaku di negara Jepun.

“2018 dulu di Bandar Okayama di Jepun, driver-driver sebuah syarikat bas ni tak setuju dengan polisi syarikat. Jadi mereka pun bertekad nak buat protes. Driver-driver tu tetap bawa bas macam biasa, tapi tak ambil bayaran dari penumpang. Free ride. Itu cara diorang protes kat syarikat”.

“Bila ditanya kenapa tak buat protes macam mogok tak datang kerja ke, driver-driver tu jawab “kalau kami mogok tak bawa bas, penumpang akan lewat pergi kerja. Rutin harian pengguna bas akan terjejas. Ini antara kami dan syarikat, takkan orang awam pula kena tanggung”.

“Itu cara masyarakat negara maju, mentaliti kelas pertama berfikir. Protes kepada syarikat tanpa menyusahkan pelanggan. Bukan sebab marahkan syarikat, kau campak rosakkan barang-barang pelanggan.”

Perkongsian beliau telah mendapat perhatian daripada netizen yang rata-rata bersetuju dengan penulisan beliau lantaran kekecewaan mereka dengan syarikat kurier terbabit.

Justeru itu, tidak hairanlah mengapa bekas Perdana Menter, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahwa Malaysia akan berjaya seperti Jepun sekiranya rakyat Malaysia meniru rakyat Jepun. Menurutnya, rakyat Jepun memiliki etika kerja, pemikiran dan sistem nilai serta mempunyai perasaan malu jika mereka gagal melaksanakan tanggungjawab dan melakukan dengan baik apa jua tugas yang dihadapi.

MOGOK JEPUN VS MOGOK MALAYSIA | MENTALITI KELAS PERTAMA 1

SISTEM PENDIDIKAN JEPUN BERTERASKAN NILAI MURNI, BUKAN PEPERIKSAAN

Rakyat Jepun cukup sinonim dengan budaya taat, berdisiplin, menepati masa dan hormat peraturan. Namun, ini bukan hasil daripada sistem pendidikan yang berteraskan peperiksaan atau menghafal buku teks.

Murid-murid di Jepun tidak perlu menduduki peperiksaan besar sehingga mereka memasuki tahap sekolah menengah. Kanak-kanak diajar untuk menghayati alam semula jadi, menjaga disiplin masa ,menyayangi diri sendiri dan menghormati orang tua.

CARA HIDUP ORANG JEPUN

Membaca komik atau majalah sambil berdiri berjam-jam di kedai serbaneka atau kedai buku adalah pemandangan biasa di Jepun. Adakalanya pekerja kedai akan meminta pelanggan pulang dengan cara yang amat sopan untuk menangani kegiatan ini, tetapi kebanyakan pelanggan tidak ambil peduli.

Di sesetengah kedai, mereka menggalakkan pelanggan untuk membaca dengan lama untuk memberi impak bahawa kedai mereka meriah. Kegiatan membaca sambil berdiri di kedai-kedai ini dipanggil “TachiYomi” yang menjadi hobi rata-rata masyarakat Jepun.

Teknik memohon maaf (syazai). Orang Jepun lebih memilih untuk memohon maaf (syazai) berbanding mencari alasan diatas kesalahan mereka walaupun atas sebab yang tidak diduga atau tidak sengaja. Bagi mereka, memberi alasan akan membuatkan orang meluat atau benci kepada anda.

Kedudukan tempat duduk di dalam majlis minum bisnes (Bijines-Nomikai). Semasa majlis minum berkaitan kerja, terdapat kebiasaan susunan tempat duduk yang ditetapkan dari beratus tahun dahulu. Walaupun di zaman sekarang tidak diikuti dengan sepenuhnya, untuk menunjukkan tanda hormat kepada ketua atau senior, sususan tempat duduk yang tetap sering kali dapat dilihat.

Umumnya, susunan tempat duduk adalah seperti berikut:
・Seseorang yang berpangkat paling tinggi atau pun ketua mestilah duduk paling dalam/jauh dari pintu keluar.
・Orang yang berpangkat tinggi yang lain akan duduk paling hampir dengan ketua dan seterusnya.
・Pekerja-pekerja lain atau masih baru akan duduk paling hampir dengan pintu.

Walaupun berkaitan kerja, formaliti tidaklah penting di dalam Nomikai. Stail Nomikai kerja di Jepun bagi bersuka-ria untuk menghilangkan letih dan rungsing tanpa mengira pangkat dan umur antara pekerja. Perilaku ini dinamakan “Bureiko” iaitu “tidak perlu menahan diri”.

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan mentaliti kelas pertama | Jepun vs Malaysia ini akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan, jawatan kosong dan info-info semasa anda boleh layari website www.tcer.com. Terima Kasih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More