Sumber Rujukan Globalisasi Anda

MyBayar Saman: Portal Semakan & Bayaran Saman PDRM Secara Online

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai MyBayar Saman, iaitu sebuah portal secara online untuk proses menyemak dan membayar saman dengan mudah dan cepat.

Isi Kandungan

Portal MyBayar PDRM

Portal MyBayar PDRM telah dibangunkan oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasa Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memudahkan orang ramai untuk membayar kompaun saman trafik berbanding dengan kaedah bayaran yang sedia ada.

MyBayar Saman: Portal Semakan & Bayaran Saman PDRM Secara Online 1

Antara fungsi-fungsi yang terdapat pada Portal MyBayar Saman adalah seperti berikut:

Daftar– Persendirian
– Syarikat
– Agensi
Semakan– Saman Trafik
– Dokumen Kemalangan
Pembelian– Laporan Kemalangan
– Gambar Kemalangan
– Rajah Kasar Kemalangan
– Keputusan Kes Kemalangan
Bayaran Saman– Melalui Perbankan Internet
– Melalui Debit
– Melalui Kredit
MyBayar Saman
MyBayar Saman: Portal Semakan & Bayaran Saman PDRM Secara Online 2

Syarat Menggunakan Portal MyBayar Saman

Individu Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap Malaysia (PTM) berumur 18 tahun ke atas dibenarkan mendaftar dan menggunakan portal MyBayar.

Individu yang memenuhi syarat mesti mempunyai rekod atau transaksi dalam sistem MyBayar.

Pengguna baru boleh mengakses butang daftar dan akan terus ke halaman pendaftaran pengguna untuk mengisi semua butiran yang diperlukan.

Tujuan nombor kad pengenalan pengguna diperlukan semasa mendaftar di portal MyBayar adalah merupakan satu inisiatif ke arah menjalankan urusan dalam talian dengan jaminan pengesahan identiti dan keselamatan data pengguna.

Cara Daftar, Semak & Bayar Saman Menggunakan Portal MyBayar PDRM

Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran, semakan dan pembayaran secara online di aplikasi atau Portal MyBayar Saman.

Langkah 1: Pendaftaran1. Layari Portal MyBayar Saman atau muat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Playstore atau iOS Store.
2. Tekan butang daftar pengguna baharu.
3. Isi maklumat peribadi.
4. Isi pengesahan OTP.
5. Log masuk setelah selesai mendaftar.
Langkah 2: Semakan1. Tekan butang ‘Semakan Saman’ terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar pada menu utama.
2. Butiran Semakan Saman akan dipaparkan.
Langkah 3: Pembayaran1. Tekan butang ‘Bayaran Saman’ pada menu utama.
2. Pilih saman yang hendak dibayar.
3. Pilih mod bayaran.
4. Butiran transaksi pembayaran akan dipaparkan.
5. Semak sejarah transaksi di paparan aktiviti.
MyBayar Saman
MyBayar Saman: Portal Semakan & Bayaran Saman PDRM Secara Online 3

Soalan Lazim (FAQ) Umum

Berikut adalah antara FAQ umum mengenai semakan dan bayaran saman, antaranya adalah:

  • Apakah yang perlu dilakukan jika rekod saman kesalahan lalu lintas dengan nombor pendaftaran kenderaan sama tetapi bukan kenderaan milik saya?

Pesalah perlu pergi ke cawangan trafik yang mengeluarkan saman dan seterusnya membuat aduan di bahagian trafik untuk penafian.

Pesalah perlu memberi maklumat jenis kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran sama.

Setelah aduan selesai, pesalah dinasihatkan memeriksa mana-mana cawangan trafik atau portal MyBayar sama ada saman telah dibatalkan atau tidak.

  • Apakah kesan sekiranya membiarkan saman tertunggak?

Kesan daripada meninggalkan saman yang belum dijelaskan boleh mengakibatkan pesalah disenarai hitam dan dikeluarkan waran tangkap sehingga mengakibatkan pengguna tidak dibenarkan memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.

Pengguna hanya akan dikeluarkan dari senarai setelah menyelesaikan semua saman tertunggak.

  • Setelah membuat pembayaran di Portal MyBayar Saman, berapa jangka masa yang diambil oleh sistem untuk mengemaskini rekod pengguna?

Rekod saman akan terus dikemas kini sejurus pengguna membuat pembayaran. Resit akan dihantar melalui e-mel yang telah berdaftar dalam tempoh 48 jam.

  • Bagaimana jika pembayaran yang dilakukan melalui Portal MyBayar Saman tidak berjaya?

Jika pembayaran yang dilakukan di Portal MyBayar Saman tidak berjaya, pengguna perlu membuat aduan dengan menghantar e-mel kepada [email protected] dengan kadar yang segera.

  • Apakah kelebihan menggunakan khidmat Portal MyBayar Saman selain daripada saluran pembayaran lagi bagi saman PDRM?

Pengguna yang mendaftar dan melakukan pembayaran di Portal MyBayar Saman tidak akan dikenakan sebarang bayaran tambahan selain daripada saman kesalahan lalu lintas.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan pembayaran kompaun saman dengan PDRM, anda boleh menghantar pertanyaan berkenaan kepada alamat e-mel [email protected], Pusat Panggilan Setempat (Call Centre) 603 – 2266 3346 / 47 dan melalui surat yang dialamatkan kepada

Pusat Panggilan Setempat, Cawangan Pengurusan Saman, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman 50560 Kuala Lumpur.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More