Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tawaran Penajaan Program MyBrain 2.0 2025 Kini Dibuka

Berikut adalah info terkini mengenai permohonan program penajaan MyBrain 2.0 2025 yang kini sedang dibuka.

Isi Kandungan [show]

Mengenai Program MyBrain 2.0

Program MyBrain 2.0 ditawarkan kepada 

  • orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap, dan
  • pensyarah-pensyarah di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) 

untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam negara.

Program ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk membangunkan modal insan dan pemerkasaan bakat yang berkemahiran tinggi dalam bidang penyelidikan sekali gus meningkatkan hasil penyelidikan yang berimpak tinggi bagi memenuhi kehendak masyarakat, komuniti dan negara.

Penajaan ini juga bertujuan untuk menyumbang kepada kesediaan kemajuan kerjaya dan seterusnya membantu meningkatkan pendapatan serta taraf hidup graduan.

Selain itu, program MyBrain 2.0 merupakan satu cabang motivasi kepada IPTS dalam usaha menyediakan pensyarah-pensyarah berkompetensi dengan matlamat meningkatkan keupayaan IPTS secara keseluruhan.

Bidang Pengajian

Pemilihan bidang adalah terdiri daripada bidang-bidang seperti berikut:

  1. Bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM).
  2. Bidang Sains Sosial.
  3. Bidang Sastera Ikhtisas.

Elemen Tajaan

Program MyBrain 2.0 menyediakan kemudahan pembiayaan kepada pemohon yang berjaya seperti berikut:

  • Yuran Pengajian
  • Elaun Sara Hidup

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon-calon yang ingin membuat permohonan program penajaan MyBrain 2.0 2025 ini perlulah memenuhi syarat-syarat umum seperti berikut:

  • Orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap.
  • Pensyarah daripada IPTS terpilih iaitu seperti 12 IPTS milik Kerajaan Negeri seperti berikut:
  1. Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UNISHAMS)
  2. Universiti Melaka (UNIMEL)
  3. Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS)
  4. Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
  5. Universiti Teknologi Sarawak (UTS)
  6. Universiti Selangor (UNISEL)
  7. Universiti Islam Selangor (UIS)
  8. Universiti UCYP
  9. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
  10. Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)
  11. Kolej Universiti Yayasan Sabah (KUYS)
  12. Kolej Universiti TATI (TATIUC)
  • Warganegara Malaysia dengan had umur pada tahun permohonan seperti berikut:
KategoriPeringkat PengajianHad Umur
Orang Awam Tidak Bekerja / Berpendapatan TetapIjazah Sarjana28 Tahun
Orang Awam Tidak Bekerja / Berpendapatan TetapIjazah Kedoktoran (PhD)35 Tahun
Pensyarah IPTSIjazah Sarjana35 Tahun
Pensyarah IPTSIjazah Kedoktoran (PhD)45 Tahun
  • Tidak menerima sebarang bentuk tajaan pendidikan / biasiswa daripada lain-lain penaja kecuali pinjaman pelajaran / elaun pembantu penyelidik siswazah / pembiayaan tambahan lain dengan syarat ia bukanlah BIASISWA.
  • Sekiranya pelajar mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian yang sedang diikuti, pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan penajaan ini.
  • Telah menerima surat tawaran penuh / tanpa syarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa di IPT terpilih seperti berikut:
  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Sains Malaysia (USM)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  6. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  7. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  8. Universiti Sarawak Malaysia (UNIMAS)
  9. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  10. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  11. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  12. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  13. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  14. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  15. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  16. Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
  17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Bagi pelajar yang telah memulakan pengajian, baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 12 bulan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan 24 bulan bagi pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran pada Semester 1, Sesi 2025/2026.
  • Pemohon pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran perlu memastikan kertas cadangan penyelidikan (research proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia / bakal penyelia.
  • Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menghidap penyakit kronik.
  • Pemohon dan ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh Kerajaan atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak Kerajaan.

Selain itu, terdapat pelbagai lagi syarat khusus yang telah ditetapkan oleh MARA. Sila rujuk Syarat Kelayakan Khusus MyBrain 2.0 2025 sebelum membuat permohonan.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan program penajaan MyBrain 2.0 2025 ini kini dibuka bermula 9 April 2025 (Rabu), jam 3.00 petang sehingga 8 Mei 2025 (Khamis), jam 11.59 malam dan permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut:

>>>Sistem Permohonan Program MyBrain 2.0 2025<<<

Tawaran Penajaan Program MyBrain 2.0 2025 Kini Dibuka 1
MyBrain 2.0 2025

Permohonan program MyBrain 2.0 2025 ini adalah melibatkan proses seperti berikut:

  1. Permohonan – Hantar borang permohonan secara atas talian melalui Sistem Permohonan Program MyBrain 2.0 sebelum tarikh tutup iklan permohonan.
  2. Temu Duga & Ujian Psikometrik – Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga dan ujian psikometrik secara atas talian.
  3. Penawaran – Pemohon yang berjaya akan menerima surat tawaran penajaan Program MyBrain 2.0.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan program penajaan MyBrain 2.0 2025 ini, sila rujuk laman sesawang MyBrain 2.0.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More