Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Aplikasi myCuaca: Info Cuaca Terkini Hanya Di Hujung Jari

Berikut dikongsikan mengenai aplikasi myCuaca yang telah dibangunkan oleh Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) untuk dapatkan maklumat cuaca terkini dengan mudah.

Isi Kandungan

Aplikasi myCuaca

myCuaca telah dilancarkan pada 23 Mac 2015 dan merupakan aplikasi mudah alih MET Malaysia yang berperanan sebagai platform penyampaian maklumat dan amaran kepada orang awam.

Maklumat yang boleh diperolehi dalam aplikasi ini meliputi maklumat dan amaran cuaca, ramalan cuaca harian, imej gema radar bagi cuaca semasa dan imej satelit terkini, gempa bumi dan tsunami.

Tujuan utama pembangunan aplikasi mudah alih ini adalah untuk menyebarkan maklumat kritikal meliputi

  • ramalan cuaca harian,
  • maklumat dan amaran cuaca, serta
  • kejadian gempa bumi dan tsunami.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi ini melalui Google Play dan Apps Store secara percuma.

Aplikasi myCuaca: Info Cuaca Terkini Hanya Di Hujung Jari 1

Kelebihan Aplikasi myCuaca

Antara kelebihan aplikasi ini adalah seperti berikut:

  • Ramalan cuaca bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
  • Maklumat cuaca semasa dan terkini.
  • ⁠Mempunyai pilihan Dwibahasa iaitu Bahasa Malaysia / English.
  • ⁠Ramalan cuaca bagi 7 hari ke hadapan.
  • ⁠Paparan latar belakang ramalan cuaca semasa.
  • ⁠Penetapan lokasi pilihan akan dipaparkan pada skrin hadapan aplikasi.
  • ⁠Notifikasi amaran di paparan hadapan skrin utama.
  • ⁠Paparan imej radar semasa setiap 10 minit dan ramalan cuaca bagi 3 jam ke hadapan.
  • ⁠Paparan imej satelit terkini setiap 10 minit.
  • ⁠Menyediakan maklumat berguna sekiranya berlaku bencana seperti Semasa / Selepas Gempa Bumi dan info mengenai Cuaca Ekstrem (Monsun Timur Laut, Peralihan Monsun, Monsun Barat Daya).
Aplikasi myCuaca: Info Cuaca Terkini Hanya Di Hujung Jari 2

Notifikasi Amaran Utama

Lima (5) kategori notifikasi amaran utama yang terdapat dalam aplikasi ini adalah seperti berikut:

  1. Amaran Gempa Bumi / Tsunami
  2. Amaran Ribut Petir
  3. ⁠Amaran Hujan Lebat Berterusan
  4. ⁠Amaran Angin Kencang & Laut Bergelora
  5. ⁠Amaran Siklon Tropika

Pilih notifikasi amaran yang anda mahukan pada aplikasi untuk maklumat lanjut.

Muat Turun Aplikasi myCuaca Sekarang!

Menu Utama (Home) yang terdapat pada aplikasi myCuaca adalah:

  • Tetapan
  • ⁠Lokasi
  • ⁠Lokasi Pilihan
  • ⁠Amaran
  • ⁠Maklumat
  • ⁠Satelit
  • ⁠Radar
  • ⁠Mengenai Kami

Muat turun aplikasi myCuaca sekarang untuk dapatkan maklumat cuaca yang terkini! Berikut adalah pautan untuk memuat turun (download) aplikasi myCuaca di telefon pintar anda!

Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA)
Apple App Store
Google Play Store
Aplikasi myCuaca: Info Cuaca Terkini Hanya Di Hujung Jari 3

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More