Sumber Rujukan Globalisasi Anda

MyDigital ID: Tujuan, 8 Kelebihan Utama & Proses Pendaftaran

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai MyDigital ID, iaitu sebuah identiti digital secara online dengan mudah, cepat dan selamat.

Isi Kandungan

Apa Itu MyDigital ID?

MyDigital ID ialah satu inisiatif Kerajaan bagi pengesahan identiti yang selamat dan sah untuk pengguna dalam talian.

MyDigital ID adalah wadah pengesahan pengenalan diri secara digital yang diwujudkan untuk keselamatan dan kecekapan urusan dalam talian.

Tujuannya adalah untuk:

  • Meningkatkan keselamatan, kecekapan, dan keselesaan perkhidmatan dalam talian dan transaksi digital.
  • Memperkukuhkan keyakinan dalam landskap digital di Malaysia.
  • Memperkasa Kerajaan digital pintar berteraskan data.
  • Mendukung pertumbuhan ekonomi digital Malaysia ke arah menjadi negara maju berpendapatan tinggi.
MyDigital ID: Tujuan, 8 Kelebihan Utama & Proses Pendaftaran 1

Kelebihan Teknologi

Terdapat 8 kelebihan teknologi MyDigital ID yang ramai tidak ketahui lagi, iaitu:

SelamatHanya mengenal pasti identiti pengguna dan tidak menyimpan sebarang data peribadi.
MudahTiada keperluan log masuk berbilang untuk pelbagai urusan dalam talian.
PantasHanya beberapa saat diperlukan untuk mengesahkan identiti individu.
PintarMengurangkan risiko penipuan dengan mengesahkan identiti tanpa melibatkan perkongsian dokumen.
TepatMemperoleh rujukan dan maklumat terkait daripada pangkalan data Kerajaan.
UtuhSistem tersulit yang dilengkapi dengan lapisan keselamatan yang teguh dan sukar digodam.
UnikSeorang individu, satu identiti digital untuk mengakses pelbagai perkhidmatan dalam talian.
DipercayaiInisiatif yang dilaksana, disokong dan diiktiraf oleh Kerajaan.
MyDigital ID: Tujuan, 8 Kelebihan Utama & Proses Pendaftaran 2

Proses Pendaftaran

Pendaftaran MyDigital ID mengambil masa tidak sampai 5 minit di kios, diikuti hanya 3 minit di telefon pintar!

Anda boleh menyemak lokasi kios / premis pilihan anda DISINI.

MyDigital ID: Tujuan, 8 Kelebihan Utama & Proses Pendaftaran 3

Langkah 1: Pengesahan Di Kios

Langkah 1 – PersediaanMuat turun dan pasangkan Aplikasi MyDigital ID di telefon pintar anda dan sediakan MyKad.
Langkah 2 – Imbasan JariMasukkan MyKad, letakkan ibu jari di pengimbas dan jangan alihkan sehingga selesai imbasan.
Langkah 3 – Sahkan MaklumatPastikan segala maklumat anda adalah tepat.
Langkah 4 – Pengesahan BerjayaKeluarkan MyKad anda.

Langkah 2: Pendaftaran Di Telefon Pintar

Langkah 1 – Imbas QR Di KiosBuka Aplikasi MyDigital ID & imbas kod QR yang terpapar di Kios.
Langkah 2 – PendaftaranTeruskan pendaftaran di telefon pintar.
Langkah 3 – Kata LaluanMasukkan kata laluan (8 aksara). Seterusnya jawab ‘Ya’ untuk menyimpan identiti digital.
Langkah 4 – SelesaiIdentiti digital anda telah disimpan.

Tahniah! Anda kini mempunyai identiti digital yang sah dan dipercayai!

MyDigital ID: Tujuan, 8 Kelebihan Utama & Proses Pendaftaran 4
MyDigital ID: Tujuan, 8 Kelebihan Utama & Proses Pendaftaran 5

Yuran Pendaftaran / Mengenai Log Masuk

Pendaftaran identiti digital ini adalah percuma kepada semua rakyat malaysia.

Identiti digital boleh digunakan sebagai kaedah log masuk untuk perkhidmatan dalam talian.

Kaedah log masuk tunggal bererti penggunaan log masuk yang boleh digunakan untuk semua perkhidmatan dalam talian tanpa memerlukan nama pengguna dan kata laluan selain identiti digital.

Tarikh Luput / Tempoh Sah

Sijil Kuasa identiti digital adalah sah digunakan selama satu (1) tahun selepas tarikh pendaftaran. Ini adalah salah satu ciri keselamatan MyDigital ID.

Selepas tarikh luput, pengguna perlu memperbaharui pendaftaran.

Buat masa ini rakyat tidak diwajibkan untuk mendaftar.

Walau bagaimanapun, rakyat disarankan untuk mendaftar dan menggunakan MyDigital ID untuk menjamin keselamatan dari ancaman siber, dan juga memudahkan akses ke aplikasi-aplikasi yang digunakan.

Paten

Sistem ini telah dibangunkan oleh MIMOS sejak 2016 dan sebanyak 32 paten telah didaftarkan dibawah projek Mydigital ID yang merangkumi pelbagai domain teknikal termasuk inovasi terkini seperti

  • pengesahan,
  • kawalan capaian,
  • penandatanganan transaksi yang selamat,
  • kawalan kunci, dan
  • pengesahan fizikal kripto.

Boleh rujuk 32 paten DISINI.

MyDigital ID: Tujuan, 8 Kelebihan Utama & Proses Pendaftaran 6

Perbezaan Antara MyDigital ID & Padu

MyDigital ID adalah sistem pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu mengakses dan melaksanakan urusan transaksi dalam talian.

Manakala, PADU adalah pangkalan data yang mengandungi profil penduduk warganegara dan pemastautin tetap yang menetap di Malaysia.

MyDigital ID: Tujuan, 8 Kelebihan Utama & Proses Pendaftaran 7

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau bantuan mengenai MyDigital ID ini, sila hubungi talian Hotline di 03 – 8687 2772 atau e-mel kepada [email protected].

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More