MySalam 2022 : Permohonan dan Tuntutan Kuarantin Covid-19
MySalam 2022 merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah MySalam.
Ketika MySalam diperkenalkan pada Januari 2019, penerima yang layak adalah terdiri daripada isi rumah kumpulan pendapatan bulanan 40% terendah (B40) yang juga penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSHR).
Terkini pada tahun 2022, perluasan Skop MySalam Dalam Bajet 2022 kini turut melibatkan penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Selain itu, anda juga boleh membaca berkenaan dengan Permohonan Bantuan Ibu Tunggal B40 2022 (KISS).
Isi Kandungan
APAKAH MySALAM 2022?
MySalam 2022 merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah MySalam. Penerima MySalam 2022 adalah terdiri daripada penerima Bantuan Sara Hidup 2019 dan Bantuan Keluarga Malaysia 2022.
Di bawah skim MySalam, pemohon yang layak akan mendapat bantuan RM50 sehari kepada B40 dan M40 yang dimasukkan ke hospital, termasuklah jika dikuarantin akibat COVID-19.
Dalam Bajet 2022, turut diumumkan manfaat tuntutan kos peranti perubatan juga akan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima MySalam yang layak.
APAKAH TUJUAN MySALAM?
Antara tujuan MySalam adalah :
- Menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.
- Membantu dan memudahkan kumpulan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat dari penyakit yang dihidapi.
APAKAH KELAYAKAN DAN MANFAAT MySALAM?
Berikut kami kongsikan kelayakan beserta manfaat untuk setiap kategori MySalam:
1) Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Keluarga Malaysia (BKM);
- KELAYAKAN :
- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
- Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
- Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
- MANFAAT :
- Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.
2) Bukan Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH);
- KELAYAKAN :
- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan sehingga RM100,000 setahun;
- MANFAAT :
- Penyakit kritikal RM4,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.
BAGAIMANAKAH CARA MENYEMAK/PENDAFTARAN MySALAM 2022?
Untuk menyemak kelayakan atau mendaftar di bawah Skim Perlindungan MySalam 2022 ini, anda boleh mengisi maklumat diri dalam borang secara online di halaman pendaftaran laman web rasmi MySalam.
BAGAIMANAKAH CARA MEMBUAT TUNTUTAN?
Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.
1)Tuntutan Sakit Kritikal:
- Layari Portal MySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan);
- Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’ (berdasarkan jenis penyakit kritikal);
- Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’;
- Kemudian, klik ikon ‘Tuntutan’, diikuti ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’;
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format pdf atau jpeg;
- Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor;
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang);
- Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
2)Tuntutan Hospitalisasi:
- Layari Portal MySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan);
- Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’;
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format pdf atau jpeg;
- Salinan Nota Discaj;
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang);
- Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
TUNTUTAN MySALAM COVID-19
Mereka yang dimasukkan ke wad disebabkan virus COVID-19 boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setahun.
Komplikasi yang berpunca daripada virus COVID-19 yang mengakibatkan salah satu daripada 14 jenis Penyakit Kritikal tersenarai boleh membuat tuntutan di bawah manfaat penyakit kritikal.
BERAPA LAMAKAH TUNTUTAN AKAN DIPROSES?
Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.
Tetapi, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan.
Mereka yang membuat tuntutan akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak. Boleh juga semak kelulusan di Portal MySalam.
APAKAH SENARAI 45 PENYAKIT YANG DILINDUNGI?
- Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
- Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
- Meningitis Bakteria – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Tumor Otak Benign – Keterukan Tertentu
- Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Pembedahan Otak
- Kanser – Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
- Kardiomiopati – Keterukan Tertentu
- Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
- Koma – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
- Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
- Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Kegagalan Hati Tahap Akhir
- Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
- AIDS Dengan Gejala Penuh
- Hepatitis Viral Fulminan
- Serangan Jantung – Keterukan Tertentu
- Pembedahan Injap Jantung
- Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
- Kegagalan Buah Pinggang – Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
- Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
- Hilang Keupayaan Bertutur
- Trauma Kepala Major (Teruk) – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
- Penyakit Neuron Motor – Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
- Sklerosis Multipel
- Distrofi Otot
- Kelumpuhan Anggota
- Penyakit Parkinson – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan Tertentu
- Penyakit Arteri Koronari Serius
- Strok/Angin Ahmar – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
- Pembedahan Aorta
- Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
- Kelecuran Tahap Ketiga – Keterukan Tertentu
- Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan
- Penyakit Terminal (Membawa Maut)
- Penyakit Sistik Medular
- Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)
- Poliomielitis
- Skleroderma Progresif
- Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
- Elefantiasis (Penyakit Untut)
- Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan sila hubungi :
- Portal MySalam
- Hotline : 1 300 888 938
- Email : [email protected]
Semoga perkongsian info tentang MySalam ini dapat membantu memudahkan urusan anda terutamanya jika anda ingin membuat tuntutan MySalam 2022. Sebarkan untuk manfaat bersama.