Sumber Rujukan Globalisasi Anda

mySalam 2024: Semakan Kelayakan & Cara Membuat Tuntutan

Berikut dikongsikan mengenai semakan kelayakan mySalam 2024 yang boleh mula disemak bermula 7 Julai 2024.

Isi Kandungan

Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam

Skim Perlindungan B40 merupakan Skim Perlindungan Takaful PERCUMA yang disediakan oleh Kerajaan kepada komuniti B40 di Malaysia.

Skim ini bernaung di bawah kelolaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Tabung Amanah mySalam dan diuruskan sepenuhnya oleh Syarikat Great Eastern Takaful Berhad.

Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam ini dirangka untuk beroperasi selama 5 tahun, iaitu bermula dari tahun 2019 sehingga tahun 2023. Disebabkan maklum balas rakyat Malaysia yang memberansangkan terhadap skim mySalam, kini pihak Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan skim ini sehingga tahun 2025.

Skim ini menawarkan perlindungan Takaful asas yang merangkumi 2 jenis manfaat, iaitu:

  1. Manfaat Hospitalisasi.
  2. Manfaat Penyakit Kritikal.

Manfaat Hospitalisasi

Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital Kerajaan, hospital Universiti, atau hospital Angkatan Tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM 50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM 700 setahun.

Penerima mySalam perlu bermalam di wad untuk layak menuntut manfaat ini.

Dokumen Tuntutan Manfaat Hospitalisasi

Dokumen wajib yang diperlukan untuk membuat tuntutan manfaat ini adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan (hadapan dan belakang).
  2. Surat Discaj yang mengandungi maklumat-maklumat seperti berikut:
  • Nama Penuh Pesakit / Orang yang Dilindungi.
  • Nombor Kad Pengenalan Pesakit / Orang yang Dilindungi.
  • Tarikh Kemasukan Wad & Tarikh Keluar Wad.
  • Diagnosis.
  • Cop Rasmi yang lengkap dan jelas oleh doktor yang merawat beserta tandatangan.

Pengecualian Manfaat Hospitalisasi

Pengecualian untuk mendapatkan manfaat ini adalah seperti berikut:

Bunuh DiriBunuh diri, percubaan bunuh diri atau kecederaan yang dilakukan sendiri ketika waras atau tidak waras.
Peperangan / RusuhanPeperangan atau sebarang tindakan perang, sama ada diisytiharkan atau tidak, aktiviti jenayah atau pengganas, bertugas secara aktif dalam mana-mana angkatan bersenjata, penglibatan langsung dalam mogok, rusuhan dan kekacauan awam atau pemberontakan.
Keganasan / Perlanggaran Undang-UndangMelakukan, mencuba atau membangkitkan keganasan atau feloni, atau sebarang pelanggaran undang-undang atau percubaan melanggar undang-undang atau mengelak daripada ditangkap.
Ketagihan Alkohol, Dadah, Kehamilan, Perancangan Keluarga & Lain-LainKetagihan alkohol, pengambilan dadah haram, kemabukan, penyakit kelamin dan sekuelanya, kehamilan, kelahiran anak (temasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, pengguguran dan penjagaan serta pembedahan sebelum atau selepas kelahiran, kaedah pencegahan kehamilan kontraseptif mekanikal atau kimia atau rawatan berkaitan ketidaksuburan, ketidakfungsian erektil dan ujian atau rawatan berkaitan mati pucuk atau pensterilan.
mySalam 2024

Manfaat Penyakit Kritikal

Sekiranya penerima mySalam disahkan mengidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, ahli mySalam tersebut boleh menuntut manfaat bernilai RM 8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun ahli mySalam sekali seumur hidup.

45 penyakit kritikal terbahagi kepada 9 kumpulan seperti berikut:

Jenis KumpulanJenis Penyakit Kritikal
C1-01Kanser
C1-02Keadaan Berkaitan Jantung
C1-03Otak, Saraf dan Otot
C1-04Mata, Telinga dan Pertuturan
C1-05Keadaan Berkaitan Hati
C1-06Keadaan Berkaitan Buah Pinggang
C1-07Keadaan Berkaitan HIV
C1-08Lain-lain Jenis Penyakit Kritikal
C1-09Penyakit Terminal
mySalam 2024

Kelayakan untuk menjadi ahli mySalam ini adalah sepenuhnya berdasarkan kelayakan dalam Skim Bantuan Tunai Rakyat (BR1M, BSH, BPR, BKM, dan STR) yang dipohon dan diproses melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri pada setiap tahun. Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang menepati kriteria umur yang ditetapkan akan layak menjadi ahli mySalam secara automatik.

Kriteria umur adalah seperti kategori berikut:

Kategori BerkahwinIndividu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
Kategori BujangIndividu bujang yang berumur 21 hingga 65 tahun.
Kategori OKUIndividu berumur 18 hingga 65 tahun.

Dokumen Tuntutan Manfaat Penyakit Kritikal

Dokumen wajib yang diperlukan untuk membuat tuntutan manfaat ini adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan (hadapan dan belakang).
  2. Borang Penyakit Kritikal (CI). Sila pastikan maklumat berikut diisi oleh doktor yang merawat pada borang CI:
  • Nama Penuh Pesakit / Orang yang Dilindungi.
  • Nombor Kad Pengenalan Pesakit / Orang yang Dilindungi.
  • Cop Rasmi yang lengkap dan jelas oleh doktor yang merawat beserta tandatangan.
  • Butiran penyakit yang berkaitan.

Pengecualian Tuntutan Manfaat Penyakit Kritikal

Pengecualian untuk mendapatkan manfaat ini adalah seperti berikut:

Kecederaan Yang Dilakukan SendiriKecederaan yang dilakukan sendiri ketika waras atau tidak waras (kecuali dalam usaha untuk menyelamatkan nyawa manusia).
Peperangan / RusuhanPeperangan atau sebarang tindakan perang, sama ada diisytiharkan atau tidak.
Keganasan / Perlanggaran Undang-UndangOrang yang dilindungi melakukan, mencuba atau membangkitkan keganasan atau feloni, atau sebarang perlanggaran undang-undang atau percubaan melanggar undang-undang atau mengelak daripada ditangkap.
Peristiwa Berlaku Sebelum Tarikh Kuat KuasaPeristiwa Dilindungi yang berlaku sebelum dan masih wujud pada Tarikh Berkuatkuasa Perlindungan Takaful.
mySalam 2024

Semakan Kelayakan mySalam 2024

Semakan kelayakan mySalam bagi tahun 2024 kini sudah boleh dibuat bermula dari 7 Julai 2024 (Ahad) di portal mySalam atau melalui pautan berikut:

>>>Semak Kelayakan mySalam 2024<<<

mySalam 2024: Semakan Kelayakan & Cara Membuat Tuntutan 1

Cara Membuat Tuntutan mySalam 2024

Bagi anda yang layak mySalam 2024, sekiranya anda dimasukkan ke Hospital Kerajaan atau didiagnos dengan penyakit kritikal bermula dari 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024, anda boleh menghantar tuntutan anda di portal mySalam bermula 7 Julai 2024. Sila pastikan semua dokumen tuntutan dan maklumat akaun bank anda adalah lengkap dan tepat.

Langkah-langkah untuk membuat tuntutan pada portal mySalam adalah seperti berikut:

Langkah 1: Klik Pada ‘Log Masuk ke Portal mySalam 2024’

mySalam 2024: Semakan Kelayakan & Cara Membuat Tuntutan 2

Langkah 2: Masukkan No KP & Kata Laluan Akaun Anda

mySalam 2024: Semakan Kelayakan & Cara Membuat Tuntutan 3

Langkah 3: Klik Pada ‘Tuntutan’

mySalam 2024: Semakan Kelayakan & Cara Membuat Tuntutan 4

Langkah 4: Klik Pada ‘Status Tuntutan’

mySalam 2024: Semakan Kelayakan & Cara Membuat Tuntutan 5

Langkah 5: Klik Pada Nombor Tuntutan Yang Berstatus ‘Dokumen Sokongan Diperlukan’

mySalam 2024: Semakan Kelayakan & Cara Membuat Tuntutan 6

Langkah 6:Lihat Pada Ruang ‘Catatan’ Bagi Mengetahui Tentang Dokumen / Maklumat Tambahan Yang Diperlukan

mySalam 2024: Semakan Kelayakan & Cara Membuat Tuntutan 7

Langkah 7:Sila Muat Naik Dokumen / Maklumat Tambahan Yang Diperlukan & Klik Ikon ‘Choose File’ Untuk Memuat Naik Semula Dokumen

mySalam 2024: Semakan Kelayakan & Cara Membuat Tuntutan 8

Harap maklum bahawa kelulusan tuntutan mySalam 2024 adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan Hospitalisasi dan Penyakit Kritikal adalah selama sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.

Sekiranya dokumen atau maklumat yang diterima tidak lengkap, proses semakan akan mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah lengkap.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai mySalam 2024 ini, sila

  • Hubungi Pusat Panggilan mySalam di talian 1 300 88 8938; atau
  • E-mel ke [email protected]; atau
  • Lawat kios mySalam di Hospital Kerajaan terdekat.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More