mySalam 2025: Semakan Kelayakan & Cara Membuat Tuntutan

Berikut dikongsikan mengenai semakan kelayakan mySalam 2025 yang boleh mula disemak bermula 8 Februari 2025.
Isi Kandungan
Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam
Skim Perlindungan B40 merupakan Skim Perlindungan Takaful PERCUMA yang disediakan oleh Kerajaan kepada komuniti B40 di Malaysia.
Skim ini bernaung di bawah kelolaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Tabung Amanah mySalam dan diuruskan sepenuhnya oleh Syarikat Great Eastern Takaful Berhad.
Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam ini dirangka untuk beroperasi selama 5 tahun, iaitu bermula dari tahun 2019 sehingga tahun 2023. Disebabkan maklum balas rakyat Malaysia yang memberansangkan terhadap skim mySalam, kini pihak Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan skim ini sehingga tahun 2025.
Dalam Belanjawan 2025, Kerajaan telah mengumumkan bahawa skim MySalam akan diteruskan untuk tahun 2025.
Skim ini menyediakan pembayaran tunai untuk mereka yang didiagnosis dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.

Semakan Kelayakan mySalam 2025
Semakan kelayakan mySalam bagi tahun 2025 kini sudah boleh dibuat bermula dari 8 Februari 2025 (Sabtu) di portal mySalam atau melalui pautan berikut:
>>>Semak Kelayakan mySalam 2025<<<
Harap maklum bahawa kelulusan tuntutan mySalam 2025 adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Cara Membuat Tuntutan mySalam 2025
Bagi anda yang layak mySalam 2025, sekiranya anda dimasukkan ke Hospital Kerajaan atau didiagnos dengan penyakit kritikal bermula dari 1 Januari 2025 sehingga 31 Disember 2025, anda boleh menghantar tuntutan anda di portal mySalam bermula 8 Februari 2025.
Sila pastikan semua dokumen tuntutan dan maklumat akaun bank anda adalah lengkap dan tepat.
Langkah-langkah untuk membuat tuntutan pada portal mySalam adalah seperti berikut:
Langkah 1 | Klik Pada ‘Log Masuk ke Portal’ |
Langkah 2 | Masukkan Nombor Kad Pengenalan & Kata Laluan Akaun Anda |
Langkah 3 | Klik Pada ‘Tuntutan’ |
Langkah 4 | Klik Pada ‘Status Tuntutan’ |
Langkah 5 | Klik Pada Nombor Tuntutan Yang Berstatus ‘Dokumen Sokongan Diperlukan’ |
Langkah 6 | Lihat Pada Ruang ‘Catatan’ Bagi Mengetahui Tentang Dokumen / Maklumat Tambahan Yang Diperlukan |
Langkah 7 | Sila Muat Naik Dokumen / Maklumat Tambahan Yang Diperlukan & Klik Ikon ‘Choose File’ Untuk Memuat Naik Semula Dokumen |
Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan Hospitalisasi dan Penyakit Kritikal adalah selama sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.
Sekiranya dokumen atau maklumat yang diterima tidak lengkap, proses semakan akan mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah lengkap.
Status tuntutan boleh diakses dan disemak melalui portal mySalam.
Mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak.
Jumlah bayaran tuntutan yang diterima bergantung kepada pengesahan dan jenis tuntutan anda.
Bayaran akan dikreditkan ke akaun yang anda isikan dalam borang permohonan.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai mySalam 2025 ini, sila
- Hubungi Pusat Panggilan mySalam di talian 1 300 888 938; atau
- E-mel ke [email protected]; atau
- Lawat kios mySalam di Hospital Kerajaan terdekat.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!