Official Info MySejahtera; Semakan Ibu Ayah Yang 60 Tahun Ke Atas Yang Belum Dapat Vaksin
Sekiranya diri kita sendiri atau mak ayah kita yang belum mendapat temujanji vaksin COVID-19, sedangkan berusia 60 tahun dan ke atas, silakan buka MySejahtera di mana pendaftaran untuk vaksin dibuat, tak kira lah sendiri atau tanggungan.
Klik dekat Help Desk. Dan ikut arahan seterusnya untuk dapatkan tarikh temujanji yang terdekat.
Cara Buat Semakan Ibu Ayah & Pertanyaan Di Help Desk MySejahtera
Berikut dikongsikan langkah yang boleh dilakukan untuk membuat semakan di Help Desk MySejahtera.
- Buka aplikasi MySejahtera.
- Pergi ke menu HELPDESK.
- Anda akan dibawa ke paparan HelpDesk.
- Pilih isu yang dihadapi.
- Sila isikam maklumat jika diperlukan.
- Respon anda akan direkodkan dan akan dikemaskini.
Dengan trafik yang tinggi, harapnya kita bersabar kalau admin MySejahtera lambat memberikan maklum balas ya.
JKJAV masih melaksanakan fasa II sehingga bulan Ogos.
Baca Juga: MySejahtera; Pendaftaran Vaksin Anak Umur 12 tahun ke atas
Nampak gayanya dengan lebih 215,000 dos sehari, dan bekalan yang dijangka tiba dengan begitu banyak pada bulan depan, proses pemberian vaksin fasa III yang dah pun bermula di beberapa tempat, boleh diperluaskan dengan segera.
Sekarang ni, masing-masing resah gelisah menunggu giliran untuk menerima vaksin COVID-19 kan. Bersabar sikit lagi wahai kengkawan. Kita doakan semoga dengan kerjasama semua, kita dapat membentuk immuniti kelompok dengan lebih cepat.
Baca Juga: MySPR: Pendaftaran, Tukar Tempat Undi & Semakan Pengundi Baru