MySPR: Pendaftaran, Tukar Tempat Undi dan Semakan Pengundi Baru
Kepada anak muda yang lahir pada tahun 1995, 1996, 1997, 1998 & Bulan Januari, Februari, Mac, April, Mei 1999 yang cukup umur 21 tahun, anda sudah boleh mendaftar sekarang. Jom Semak Daftar Pemilih Anda dengan menggunakan MySPR di https://pengundi.spr.gov.my/
Jika masih belum mendaftar boleh segerakan Mendaftar dengan Online
1) Di Pejabat SPR (ON)
2) Di Pejabat POS (ON)
3) Melalui On-Line (On) di https://mysprdaftar.spr.gov.my/
Jika anda pernah berdaftar atau membuat permohonan tukar tempat mengundi pada tarikh tersebut, anda bolehlah membuat semakan melalui kaedah berikut:
Isi Kandungan
Cara Semakan Pengundi Online Melalui MySPR
Untuk membuat semakan pengundi online melalui portal MySPR, anda boleh ikuti langkah berikut:
- Layari laman web rasmi SPR di pautan https://pengundi.spr.gov.my/pengundi/
- Sila masukkan nombor kad pengenalan yang lengkap tanpa sebarang tanda (-) atau space.
- Masukkan aksara Captcha yang dipaparkan.
- Tekan butang SEMAK.
- Maklumat pengundi dan tempat mengundi akan dipamerkan.
Cara Daftar Pengundi Baru Online Di MySPR
Jika anda belum berdaftar dan ingin mendaftar sebagai pengundi baru, sila ikuti langkah mudah berikut:
- Layari http://www.spr.gov.my.
- Tekan butang MYSPR DAFTAR.
- Tekan butang PERMOHONAN AKAUN BARU.
- Isikan maklumat lengkap dalam BORANG PERMOHONAN AKAUN PENGGUNA.
- MUATNAIK gambar kad pengenalan dan swafoto bersama kad pengenalan (rujuk gambar yang disediakan untuk contoh).
- Masukkan Captcha dan tekan butang HANTAR.
- Satu notifikasi e-mel Permohonan Akaun Pengguna akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan.
- Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam peti spam.
- Pegawai SPR akan membuat pengesahan dan satu emel pengaktifan akan dihantar ke e-mel yang didaftar mengikut waktu yang telah ditetapkan.
- Klik link pengaktifan yang diberikan. Skrin Pengaktifan Akaun akan dipaparkan.
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan Katalaluan yang didaftarkan sebelum ini dan tekan butang MOHON TAC.
- Masukkan No. TAC yang dihantar ke telefon bimbit dan tekan butang HANTAR.
- Sistem akan membuat verifikasi dan Skrin Log Masuk MySPR Daftar akan dipaparkan.
- Log masuk menggunakan maklumat yang telah anda daftarkan.
- Klik menu STATUS SAYA.
- Tekan butang BORANG A (PENDAFTARAN BARU / PERTUKARAN ALAMAT)
- Isikan maklumat dalam Borang A (Pendaftaran Baru)
- Setelah selesai, tekan butang HANTAR.
Baca Juga: Senarai Bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 3.0
Cara Tukar Alamat Pengundi
Untuk membuat permohonan tukar alamat pengundi, anda boleh mengikuti langkah berikut:
- Layari http://www.spr.gov.my.
- Klik menu STATUS SAYA.
- Tekan butang BORANG A (PENDAFTARAN BARU / PERTUKARAN ALAMAT)
- Skrin Borang A (Pertukaran Alamat) akan dipaparkan.
- Kemaskini / isikan alamat yang ingin ditukar.
- Buat pengesahan dan tekan butang HANTAR/CETAK BORANG A.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai pameran RDPT ST3/2020 boleh menghubungi talian hotline SPR di 03-8892 7018
atau
mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri (Rujuk senarai pejabat SPR Negeri di pautan INI)
atau
melalui sistem aduan di http://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.