MyWIRA: Aplikasi Bantuan Kerjaya Bagi Pesara Tentera Tahun 2024
Berikut dikongsikan info terkini berkaitan aplikasi MyWIRA untuk pesara-pesara tentera di Malaysia.
Isi Kandungan
Apa Itu MyWIRA?
Kerajaan telah memperkenalkan program padanan kerjaya yang dikenali sebagai MyWIRA bagi membantu pesara tentera untuk mencari peluang pekerjaan yang baharu selepas bersara atau berhenti dari perkhidmatan.
Usaha ini dilakukan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui TalentCorp Malaysia bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan menerusi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (PERHEBAT).
Inisiatif ini menandakan kali pertama Kementerian Sumber Manusia melalui agensinya, TalentCorp menjalinkan kerjasama dengan PERHEBAT di bawah Kementerian Pertahanan.
Pada tahun pertama program rintis ini dijalankan, sebanyak 500 padanan pekerjaan yang sesuai telah ditawarkan kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) oleh rakan-rakan industri yang menyertai inisiatif tersebut.
Inisiatif ini akan memberi tumpuan kepada kemahiran dan pekerjaan yang dipacu oleh industri dalam sektor swasta.
Selain itu, inisiatif ini akan dirintis dengan kerjasama Micron Memory Malaysia Sdn. Bhd. (Micron), peneraju ekosistem semikonduktor Malaysia dan akan memanfaatkan set kemahiran unik veteran ATM untuk mengisi kekosongan jawatan dipasaran.
Menteri Sumber Manusia, YB Steven Sim Chee Keong berkata, inisiatif ini adalah konsisten dengan prinsip kerja yang baik dalam rangka ekonomi MADANI.
Selain itu, ia selaras dengan tiga (3) tunjang asas yang telah beliau tentukan untuk kementerian, iaitu
- Memperkukuh kebajikan pekerja.
- Meningkatkan kemahiran.
- Meningkatkan produktiviti tenaga kerja.
Aplikasi MyWIRA
Selari dengan kemajuan teknologi dan keperluan semasa, aplikasi MyWira turut dibangunkan untuk memudahkan veteran tentera menggunakan segala kemudahan yang disediakan melalui laman web MyWira.
Aplikasi mudah alih ini boleh dimuat turun dengan mengklik salah satu pautan di bawah:
Pengguna i-Wira sedia ada boleh menggunakan akaun dan kata laluan yang sama untuk mengakses aplikasi mudah alih MyWIRA.
Melalui aplikasi ini, pengguna boleh melihat dan menggunakan fungsi-fungsi berikut yang dimuatkan dalam aplikasi ini, antaranya ialah
- Penyata caruman i-Wira’.
- Pengeluaran – periksa status permohonan pengeluaran anda, sejarah transaksi pengeluaran, Senarai Semak dokumen pengeluaran caruman dan maklumat kontak kecemasan anda.
- Informasi Unit Amanah.
- Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) – Tawaran dermasiswa dan status permohonan anak-anak.
- MyWira Chatbox.
- Pengumuman dan informasi terkini LTAT.
- Tawaran dan proomsi ekslusif dari anak syarikat dan rakan kongsi LTAT.
Tatacara Pendaftaran Aplikasi
Setelah memuat turun aplikasi mudah alih tersebut, anda boleh mendaftarkan akaun dengan mengikuti langkah-langkah yang dipaparkan pada jadual dan infografik di bawah.
Untuk makluman pengguna i-Wira sedia ada, anda boleh menggunakan Nombor Tentera dan Kata Laluan yang sama untuk Log Masuk ke aplikasi MyWIRA.
Muat Turun | Muat turun aplikasi ke peranti mudah alih anda. |
Daftar | Tekan DAFTAR untuk mendaftar sebagai pengguna. |
Isi Butiran | Isikan butiran diri yang tepat (pastikan nombor telefon dan e-mel yang digunakan adalah aktif). |
Kod Pengesahan | Isikan KOD PENGESAHAN yang telah dihantar ke nombor telefon pintar atau e-mel yang telah anda daftarkan di dalam kotak berkenaan. |
Tahniah | Pendaftaran berjaya. Tekan “Selesai” dan anda boleh Log Masuk untuk mengakses akaun LTAT anda dan lain-lain menu. |
Semoga perkongsian info ini bermanfaat untuk anda semua diluar sana!