Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Nafkah kepada isteri, ini kesilapan ramai suami!

Nafkah kepada isteri mungkin ramai yang menganggap ia adalah perkara remeh, simple dan asas sahaja. Walhal, tengok sahaja berapa banyak kes penceraian yang kerap berlaku baru-baru ini, hanya ada dua punca, pertama curang dan tak kurang popular adalah alasan pengabaian nafkah kepada isteri.

Itu side sebelah isteri, namun si suami pula mendakwa sebaliknya. “Nafkah sudah diberi, tak cukupkah!”

nafkah kepada isteri

Jadi jom kita kongsikan berkenaan nafkah kepada isteri dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi setiap pasangan yang berkahwin jelas mengenai isu ini.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, kewajipan seorang suami memberi nafkah kepada isteri dengan menyediakan nafkah asas secara umum seperti makanan, alat kebersihan diri dan seumpamanya mengikut kemampuannya tanpa perlu menyatakan secara khusus. Suami juga tidak wajib untuk memberi wang, ini kerana nafkah yang wajib hanyalah nafkah keperluan asas yang disenaraikan oleh ulama iaitu makanan, lauk -pauk, pakaian, alat mandian, perkakas rumah, tempat tinggal dan pembantu rumah bagi isteri yang biasa memiliki pembantu.

Isi Kandungan

Maksud nafkah

Nafkah menurut syarak adalah mengeluarkan harta untuk perbelanjaan keperluan manusia seperti makanan dan minuman, pakaian dan tempat tinggal serta selainnya. Antara sebab kewajipan memberi nafkah ke atas seseorang adalah kerana hubungan perkahwinan, kekeluargaan dan pemilikan. Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri merupakan perkara yang telah disepakati para ulama setelah isteri memenuhi syarat-syarat tertentu.

nafkah kepada isteri

Firman Allah dari surah An Nisa’ ayat 34 yang bermaksud:

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.

Kadar nafkah kepada isteri

Perihal penetapan kadar nafkah suami kepada isteri, para ulama menyatakan tanggungjawab nafkah yang wajib diberi adalah keperluan asas iaitu makanan, pakaian, tempat tinggal, perkakas dapur dan rumah, alat kebersihan diri dan juga pembantu rumah (bagi suami yang mampu).

Imam Khatib Al Syirbini dalam kitabnya menyebut:

Hal ini menunjukkan bahawa ulama tidak pernah menetapkan kewajipan suami untuk memberi wang poket kepada isteri apabila suami telah memberi nafkah keperluan asas yang cukup kepada isteri. Selain itu juga, pemberian nafkah merujuk kepada kemampuan suami sama ada kaya dan berkemampuan, sederhana atau fakir dengan mengikut kadar ketentuan uruf masyarakat setempat.

Menurut Ibnu Kathir

Menurut Imam Ibn Kathir, (بِالْمَعْرُوفِ) dalam ayat di atas menunjukkan adat kebiasaan yang dilakukan oleh mereka (isteri) mengikut negerinya dengan tidak berlebih-lebihan dan tidak membebankan suami. Hal ini berdasarkan kemampuan suami sama ada kaya, sederhana atau miskin.

Menurut al-Fiqh al-Manhaji, kadar nafkah makanan asasi adalah dua cupak bagi mereka yang kaya, satu setengah cupak bagi mereka yang sederhana dan satu cupak bagi mereka yang fakir. Begitu juga, lauk-pauk, pakaian dan selainnya ditentukan berlandaskan adat setempat dengan syarat tidak bertentangan dengan hukum syarak. Seorang isteri yang tinggal serumah dan makan bersama suaminya sepertimana kebiasaan yang dilakukan pada setiap hari tanpa menetapkan kadar makanan dan lauk-pauk tertentu, maka ia sudah dikira sebagai nafkah dan disebut sebagai nafkah tamkin.

nafkah kepada isteri

Kesimpulan

Oleh yang demikian itu, kewajipan seorang suami memberi nafkah kepada isteri dengan menyediakan nafkah asas secara umum seperti makanan, alat kebersihan diri dan seumpamanya mengikut kemampuannya tanpa perlu menyatakan secara khusus. Suami juga tidak wajib untuk memberi wang, ini kerana nafkah yang wajib hanyalah nafkah keperluan asas yang disenaraikan oleh ulama iaitu makanan, lauk -pauk, pakaian, alat mandian, perkakas rumah, tempat tinggal dan pembantu rumah bagi isteri yang biasa memiliki pembantu.

Di samping itu, suami juga boleh menukar keperluan nafkah tersebut dengan memberi wang kepada isteri untuk membeli sendiri nafkah keperluannya. Dalam hal yang lain, sekiranya terdapat perjanjian di antara suami dan isteri atau ditentukan oleh hakim tentang ketetapan kadar nafkah secara khusus, maka suami wajib memberi mengikut kadar yang telah ditetapkan tersebut, dan ini disebut sebagai nafkah tamlik.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More