Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Amazing – Nanas Manfaat atau Mudarat?

Adakah nanas manfaat atau mudarat? Ikuti perkongsian Dr Hafiz Sulaiman yang menerangkan manfaat dan khasiat nanas untuk kesihatan.

Selain itu, beliau turut berkongsi tentang sesetengah orang yang tidak digalakkan memakan nanas atas sebab-sebab tertentu.  Mari sama-sama kita fahami apakah sebabnya.

Isi Kandungan

Nanas Manfaat atau Mudarat

Nanas ni, setengah orang kata tajam dan sesetengah orang guna untuk masalah batuk dan sakit sendi.

nanas manfaat atau mudarat
Nanas Manfaat atau Mudarat

Apa manfaat nanas untuk kesihatan?

Nanas kaya dengan antioksida, polifenol dan antiradang dinamakan bromelin.

1) Bromelin nanas ni antiradang kuat. ia dikatakan mampu kurangkan sakit sendi, otot dan mencepatkan pemulihan kecederaan.

2) Bromelin membantu pencernaan terutamanya protein. Daging steak biasa guna bromelin nanas untuk lembutkan daging. Saya selalu ambil bromelin masa rajin buat diet keto dulu-dulu..Jadi kurang stres berdiet hehe. Teknik rahsia.

3) Bromelin bantu tingkatkan imuniti dan mengurangkan alahan. Macam mana? Banyak kajian mengaitkan dengan ciri antiradang.. Tapi saya lebih cenderung berpendapat kerana kesannya menstabilkan histamin, punca badan sensitif dan mudah radang.

4) Bromelin lambatkan pembekuan darah. Saya tengok sendiri wallahi.. darah dalam tabung uji lambat membeku bila ambil dos tinggi bromelin. Kagum ma sha Allah.

5) Bromelain ni antikanser. Tapi kajian tabung uji saja ya. Saya juga percaya bromelin saja tak cukup lawan kanser. Kanser ialah sel genius yang perlu strategi holistik dan komprehensif. Apa pun bromelin boleh masuk list terapi antikanser sebab selamat 😁

Tapi AWAS…! kita kena perhatikan 3 tanda-tanda nanas tak sesuai untuk kita.

1) Ada masalah gastrik, GERD atau sistem pencernaan sensitif.

– Nanas ini bersifat asid. pH 3-4. pH neutral ialah 7. Jadi, nanas boleh sebabkan iritasi perut, esophagus dan sistem pencernaan. Lidah pun boleh pedih juga.

Jika ada masalah di atas, elakkan nanas terutamanya sewaktu perut kosong.

2) Jika ada masalah alahan dan angin sensitif.

Nanas juga berpotensi sebabkan badan jadi lebih sensitif bagi orang ada masalah angin dan alahan. Ini kerana nanas ialah makanan TINGGI HISTAMIN..Bahan saraf penyebab sensitif, terukkan alahan dan angin.

3) Mengalami sakit lidah, sakit tekak, ekzema meradang kulit merah dan batuk teruk

Ada yang mengalami sakit lidah, sakit tekak, ekzema meradang kulit merah dan batuk jadi lebih teruk bila ambil nanas. Ini ialah kerana.reaksi tak toleran terhadap histamin tinggi dalam nanas.

KESIMPULANNYA

1) Iya, nanas membantu pencernaan. Nanas juga berpotensi rosakkan lagi sistem pencernaan – Pedang dua mata!

2) Bila nanas diambil dengan makanan, ia bantu sistem pemghadaman. Nanas diambil perut kosong PALING KUAT kesan antiradang.

Namun, jika ada masalah sensitif angin dan masalah kerosakan sistem pencernaan, sebaliknya berlaku. Perut jadi rosak. Radang dan sensitif jadi lebih teruk.

3) Manfaat nanas lebih kepada jangka masa panjang. Mudarat nanas dapat dilihat terus pada yang tidak toleran histamin (ada masalah angin lah).

Jika sakit sendi kronik, batuk kronik, alahan kronik..Tak semua orang ambil nanas 2-3 minggu pulih terus. Beri masa 2-3 bulan untuk lihat kesannya.

Makanan asli ini fitrahnya baik. Nanas jadi bermasalah sebenarnya bila perut kita rosak dan badan kita jadi sensitif.

Bukan saja tak dapat manfaat nanas. Malah, jadi mudarat pula.

Hafiz Sulaiman,
-Pejuang Kesihatan.

Semoga dengan perkongsian nanas manfaat atau mudarat ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua.

SUMBER : FB Dr Hafiz Sulaiman

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More