Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Seperti Kenduri

Berikut admin ingin kongsikan resepi nasi tomato ayam masak merah yang boleh dihidangkan tidak kira masa dan biasanya didapati ketika majlis keramaian seperti kenduri kahwin, open house Hari Raya, potluck pejabat, jamuan kejiranan dan sebagainya.
Nasi tomato adalah beras yang dimasak dengan sos atau pes tomato, susu, rempah kering, bawang putih, bawang merah dan halia. Nasi tomato sering dipadankan dengan ayam masak merah.
Ayam masak merah pula adalah hidangan tradisional Malaysia yang dimasak dengan cili kisar, bawang putih dan bawang merah dan potongan ayam yang terlebih dahulu digoreng sehingga keemasan.
Isi Kandungan [show]
Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah
Resepi nasi tomato ayam masak merah yang admin ingin kongsikan ini sangat mudah untuk dibuat dan resepi ini adalah perkongsian daripada Khairulaming.
Rasanya sangat sedap dimakan pula bersama ayam masak merah yang sangat creamy sama seperti nasi tomato ayam masak merah ala-ala kenduri tu!

Khairulaming adalah seorang pencipta kandungan digital (content creator), personaliti media sosial dan ahli perniagaan Malaysia yang sangat terkenal di Malaysia dengan tagline “Hey, what’s up guys?” pada permulaan setiap videonya.
Follow akaun TikTok dan Instagram Khairulaming untuk dapatkan resepi terkini, menarik dan viral yang dikongsikan olehnya.
Bahan-Bahan
Bahan-bahan untuk membuat nasi tomato ayam masak merah ini terbahagi kepada 2 bahagian seperti berikut:
Bahan Untuk Nasi Tomato | – 3 Sudu Minyak Sapi – Rempah 4 Sekawan – 3 Biji Bawang Merah – 3 Ulas Bawang Putih – 1 Kiub Pati Ayam – Halia Sebesar Ibu Jari – 4 Sudu Tomato Puree – 1 – 2 Helai Daun Pandan – 1 Sudu Gula – 1/3 Sudu Garam – ½ Cawan Susu Cair – 4 Cawan Beras Basmati – 5 Cawan Air |
Bahan Untuk Ayam Masak Merah | – Ayam – Kunyit – 2 Biji Bawang Holland – 4 Biji Bawang Merah – 8 Ulas Bawang Putih – Sedikit Air – 1 Batang Serai – 1 Helai Daun Pandan – Cili Kisar – 1 Tin Kecil Tomato Puree – 2 Sudu Sos Tiram – 2 Sudu Sos Cili – Garam, Gula, Serbuk Perasa – Hirisan Bawang Holland, Cili & Tomato (Untuk Hiasan) – 1/3 Cawan Susu Cair |
Cara Penyediaan
Pertama sekali, kita perlu memasak nasi terlebih dahulu. Langkah-langkah untuk memasak nasi tomato adalah seperti berikut:
- Masukkan minyak sapi, rempah 4 sekawan, bawang merah dan bawang putih ke dalam kuali. Goreng sekejap semua bahan.
- Masukkan kiub pati ayam, halia, tomato puree dan daun pandan.
- Kemudian, tambahkan gula, garam dan susu cair. Ketepikan.
- Rendam beras basmati di dalam air lebih kurang setengah jam, selepas itu baru masukkan 5 cawan air.
- Kemudian, masukkan bahan tumisan tadi ke dalam periuk bersama beras basmati yang telah dimasukkan dengan 5 cawan air tadi dan masak nasi seperti biasa.
Kemudian, barulah kita akan membuat ayam masak merah untuk dimakan bersama-sama nasi tomato tadi dan langkah-langkah untuk memasaknya adalah seperti berikut:
- Gaulkan ayam dengan kunyit.
- Goreng ayam yang telah digaul dengan kunyit tadi di dalam minyak yang panas sehingga kelihatan warna ayam berubah kepada “golden brown” dan garing. Ketepikan dahulu.
- Masukkan bawang holland, bawang merah dan bawang putih serta sedikit air ke dalam pengisar. Kisar semua bahan. Ketepikan dahulu.
- Kemudian, di dalam minyak yang panas, masukkan serai dan daun pandan.
- Masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan masukkan sedikit cili kisar. Jika ingin pedas, boleh masukkan banyak cili kisar.Tumis sehingga pecah minyak dan hilang pahit bawang.
- Masukkan tomato puree, sos tiram, sos cili, garam, gula dan serbuk perasa.
- Apabila sudah pecah minyak, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi dan tambahkan hirisan bawang holland, hirisan cili dan tomato.
- Akhir sekali, masukkan susu cair untuk dapatkan rasa kuah yang lebih creamy dan sedap.
- Kacau rata.
- Sedia untuk dihidang bersama nasi tomato.
Selain itu, nasi tomato ayam masak merah ini lagi lengkap jika dihidangkan bersama Kek Pisang Chocolate Chip sebagai menu wajib pada majlis anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba!