Niat Puasa Ganti Dan Hukum Gabung Dengan Puasa Sunat
Puasa ganti dah ke belum tu? Kita dah tak lama nak menyambut Ramadan kembali, kurang 3 bulan sahaja lagi. Kalau masih belum berganti puasa terutama kaum wanita, eloklah berbuat demikian (puasa ganti) sebelum terlambat.
Isi Kandungan
Maksud Puasa Ganti
Puasa ganti secara zahirnya dapat kita definisikan sebagai mengantikan puasa yang di tinggalkan khusus pada bulan Ramadan. Ia melibatkan setiap individu Muslim lelaki dan perempuan yang mukallaf. Wajib bagi setiap individu yang meninggalkan puasa Ramadan untuk mengantikan nya sama ada dengan keuzuran atau tanpa keuzuran.
Lafaz Niat Puasa Ganti
Menurut laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah, Tuntutan berniat ialah dengan berniat di dalam hati. Adapun hukum melafazkan niat dengan lisan adalah sunat supaya dapat membantu untuk menetapkan niat di dalam hati.
Manakala bagi lafaz niat puasa ganti pula hendaklah ditukarkan lafaz أَدَاءِ (tunai) dengan lafaz قَضَاءِ (ganti). Oleh yang demikian, lafaz niat bagi puasa ganti ialah seperti berikut:
Syarat Sah Ganti Puasa
- Niat
- Menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa dari fajar hinggan matahari terbenam.
Amalan Sunah Puasa
- Bersahur
- Memperbanyak amal ibadah sunah
- Berbuka di awal waktu
Waktu yang dibenarkan Puasa Ganti
Apabila seseorang individu itu mengetahui bahawa puasa wajib mereka pada bulan Ramadan tidak lengkap. Mereka perlu berusaha untuk melaksanakan puasa ganti seperti yang dituntut oleh agama.
Puasa ganti ini boleh dilaksanakan sepanjang tahun selepas bulan Ramadan hingga sebelum sampai bulan Ramadan tahun seterusnya kecuali pada hari- hari yang diharamkan untuk berpuasa seperti pada hari pertama bulan Syawal, hari raya Aidiladha dan juga pada hari Tasyriq (11,12 & 13 Zulhijjah).
Puasa ganti secara zahirnya dapat kita definisikan sebagai mengantikan puasa yang di tinggalkan khusus pada bulan Ramadan. Ia melibatkan setiap individu Muslim lelaki dan perempuan yang mukallaf. Wajib bagi setiap individu yang meninggalkan puasa Ramadan untuk mengantikan nya sama ada dengan keuzuran atau tanpa keuzuran.
Firman Allah dalam Surah Al- Baqarah ayat 184.
“(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain…
Walaupun begitu, terdapat beberapa kategori bagi orang yang meninggalkan puasa untuk tidak mengantikan puasa mereka tetapi wajib untuk membayar fidyah.
….dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”.
Hukum Puasa Ganti Gabung Dengan Puasa Sunat
Menerusi perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, telah dibahaskan hukum menggabungkan qada’ puasa dengan puasa sunat. Perjelasan ini dibuat berdasarkan puasa sunat selepas Syawal, iaitu puasa sunat 6.
Hukum Puasa Qada’ Beserta Dengan Puasa Sunat Syawal
Dalam hal ini, para ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat:.
PERTAMA: SAH
Hukumnya sah dan terjadi kepada kedua-duanya, iaitu qada’ dan sunat. Inilah pendapat:
- Imam Ibn Hajar al-Haitami
- Syeikh Muhammad Ramli. (Lihat al-Nihayah (1/162) dan juga Fatawa al-Ramli (2/339)
- Imam al-Barizi. (Lihat al-Asybah wa al-Nazhair, 1/161)
- Syeikhul Islam Syeikh Zakaria al-Ansari dalam Haasyiah al-Syarqawi ala al-Tahrir (1/427)
- Inilah juga pendapat kebanyakan ulama mutakhirin
KEDUA: TIDAK SAH
Tidak sah tetapi terhasil yang fardhu sahaja iaitu puasa qada’ tidak kepada puasa sunat Syawal. Inilah pendapat:
- Imam al-Asnawi
- Syeikh Ibn al-Solah
- Abu Makhramah
(Lihat Bughiah al-Mustarsyidin, 3/95-96)
Hujah mereka tidak boleh tasyrik atau sekutukan dua jenis ibadah dalam satu ibadah.
Tarjih
Setelah meneliti dua hujah, kami lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya. Ini kerana ia merupakan jenis ibadah yang sama tetapi dengan dua niat. Ini juga pendapat sebahagian ulama berdasarkan pengamatan kepada beberapa nas. Walaupun begitu, yang terbaiknya adalah memisahkan antara qada’ puasa dengan puasa enam Syawal untuk keluar daripada khilaf.
Imam Ibn Hajar menggunakan bahasa dengan katanya terhasil asal pahala tetapi bukan dalam bentuk sempurnanya jika ia berniat untuk kedua-duanya (niat qada Ramadan dan sunat Syawal). Lihat al-Tuhfah (3/390).
Semoga dengan penjelasan ini, akan memberi kefahaman kepada kita berkenaan dengan isu puasa qada’ dan puasa enam Syawal. Sekian.
Penutup
Perlu difahami bahawa puasa merupakan ibadah wajib yang hanya boleh ditinggalkan sekiranya menghadapi keuzuran semasa bulan ramadan. Bagi mereka yang telah meninggalkan puasa tanpa apa-apa sebab keuzuran seperti masalah kesihatan yang memudaratkan maka diwajibkan menggantikan puasa dengan puasa ganti (qada’).
Manakalah mereka yang telah meninggalkan puasa kerana keuzuran (jika puasa maka akan mendatangkan mudarat kesihatan) maka hendaklah menggantikannya dengan bayaran fidyah. Untuk mengetahui kiraan fidyah bagi yang tak sempat menggantikan puasa, boleh rujuk artikel di SINI.