Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Niat Zakat Fitrah Untuk Diri Sendiri, Isteri, Anak & Seluruh Keluarga

Ramadan semakin hampir ke penghujungnya, pasti ramai yang sudah mula ingin membayar zakat fitrah, tetapi lupa atau tidak tahu lafaz niat zakat fitrah bagaimana?

Jangan risau, disini admin kongsikan untuk anda semua.

Isi Kandungan [show]

Apa Itu Zakat Fitrah?

Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Niat Zakat Fitrah Untuk Diri Sendiri, Isteri, Anak & Seluruh Keluarga 1

Zakat fitrah merupakan zakat yang wajib dibayar pada bulan Ramadan. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW seperti berikut:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‌فَرَضَ ‌زَكَاةَ ‌الْفِطْرِ ‌مِنْ ‌رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ، صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ، ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى، مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Maksudnya: Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas manusia, satu sa’ (unit ukuran berat) daripada kurma, atau satu sa’ daripada gandum ke atas setiap orang yang merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan daripada kalangan orang Islam.

Riwayat Muslim

Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Zakat adalah antara rukun Islam yang paling penting.

Hukum zakat mempunyai dalil-dalil mu’tamad (القطع) dari sudut petunjuk (الدلالة) dan sabitnya dan ia menjadikan hukum zakat itu jelas dan mudah diketahui dari sudut agama.

Oleh itu, hukum orang yang menafikan wajib zakat adalah kafir. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ

Maksudnya: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat.

(Surah Al-Baqarah: 43)

Oleh kerana perintah mendirikan solat adalah wajib, begitu juga menunaikan zakat adalah wajib.

Ini kerana perintah dan arahan menunaikan zakat dengan sighah fi’il amar atau suruhan.

Lafaz Niat Zakat Fitrah

Berikut adalah merupakan lafaz niat zakat fitrah untuk diri sendiri:

ﻧَﻮَﻳْﺖُ أَﻥْ أُﺧْﺮِﺝَ ﺯَﻛَﺎﺓَ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِ ﻋَﻦْ ﻧَﻔْسيْ ﻓَﺮْﺿًﺎ ﻟﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

Maksudnya: “Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk diriku sendiri fardhu kerana Allah Taala.”

Berikut adalah merupakan lafaz niat zakat fitrah untuk isteri dari suami:

ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺃَﻥْ ﺃُﺧْﺮِﺝَ ﺯَﻛَﺎﺓَ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِﻋَﻦْ ﺯَﻭْﺟَﺘِﻲْ ﻓَﺮْﺿًﺎ ﻟﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

Maksudnya: “Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk isteriku fardhu kerana Allah Taala.”

Berikut adalah merupakan lafaz niat zakat fitrah untuk anak lelaki:

ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺃَﻥْ ﺃُﺧْﺮِﺝَ ﺯَﻛَﺎﺓَ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِ ﻋَﻦْ ﻭَﻟَﺪِﻱْ (..…) ﻓَﺮْﺿًﺎ ﻟﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

Maksudnya: “Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk anak lelakiku (sebutkan nama) fardhu kerana Allah Taala.”

Berikut adalah merupakan lafaz niat zakat fitrah untuk anak perempuan:

ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺃَﻥْ ﺃُﺧْﺮِﺝَ ﺯَﻛَﺎﺓَ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِﻋَﻦْ ﺑِﻨْﺘِﻲْ (..…) ﻓَﺮْﺿًﺎ ﻟﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

Maksudnya: “Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk anak perempuanku (sebutkan nama) fardhu kerana Allah Taala.”

Berikut adalah merupakan lafaz niat zakat fitrah untuk diri sendiri dan seluruh ahli keluarga:

ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺃَﻥْ ﺃُﺧْﺮِﺝَ ﺯَﻛَﺎﺓَ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِ ﻋَنِّيْ ﻭَﻋَﻦْ ﺟَﻤِﻴْﻊِ ﻣَﺎ ﻳَﻠْﺰَﻣُنِيْ ﻧَﻔَﻘَﺎﺗُﻬُﻢْ ﺷَﺮْﻋًﺎ ﻓَﺮْﺿًﺎ ﻟﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

Maksudnya: “Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk diriku dan seluruh orang yang nafkahnya menjadi tanggunganku fardhu kerana Allah Taala.”

Berikut adalah merupakan lafaz niat zakat fitrah untuk orang yang diwakilkan:

ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺃَﻥْ ﺃُﺧْﺮِﺝَ ﺯَﻛَﺎﺓَ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِ ﻋَﻦْ (..…) ﻓَﺮْﺿًﺎ ﻟﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَ

Maksudnya: “Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk (sebutkan nama spesifik) fardhu kerana Allah Taala.”

Waktu Bayar Zakat Fitrah

Terdapat lima (5) waktu dengan hukum yang berbeza untuk membayar zakat fitrah adalah seperti berikut:

HukumWaktu
HarusMasuknya 1 Ramadan sehingga berakhirnya bulan puasa.
WajibPada hari akhir Ramadan ketika waktu senja terbenamnya matahari pada hari berkenaan.
AfdalWaktu pagi hari raya sebelum solat sunat hari raya ditunaikan.
MakruhSetelah selesai solat sunat hari raya.
HaramWaktu setelah selesai terbenamnya matahari pada hari satu Syawal atau setelah luputnya hari pertama satu Syawal.

Hukum Bayar Zakat Fitrah Secara Dalam Talian (Online)

Pembayaran zakat tidak disyaratkan padanya akad ijab dan kabul.

Syarat sah pemberian zakat adalah mesti berniat, mempunyai hak pemilikan terhadap harta, serta berlaku penyerahan dan penerimaan barang.

Sah zakat fitrah yang dibayar secara dalam talian kerana akad yang berlaku dalam keadaan tersebut mempunyai gambaran akad secara tulisan yang dipersetujui para ulama tentang keabsahannya.

Justeru, marilah sama-sama kita menunaikan rukun Islam yang ke-4 ini agar harta kita sentiasa subur, bersih, suci dan berkat disamping kita selalu mendapat keredhaan daripada Allah SWT.

Selamat berpuasa dan semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua diluar sana! Jangan lupa bayar zakat!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More