Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Nuzul Al-Quran: 10 kisah Inspirasi Dampingi Al-Quran

HARI ini 17 Ramadan, beberapa kisah penuh inspirasi ini dikongsikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman Twitter beliau.umat Islam meraikan Nuzul al-Quran. Kitab suci umat Islam itu diturunkan dari Loh Mahfuz di langit ketujuh menuju Baitul Izzah di langit dunia, sebelum diturunkan beransur-ansur kepada Nabi Muhammad SAW dalam tempoh 23 tahun.
Apa yang penting, sambutan hari ini perlu diraikan dengan cara menghargai peranan al-Quran sebagai panduan dan peneman hidup kita.
Semoga kisah-kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua untuk sama-sama mendampingi al-Quran bukan sahaja membaca, tetapi juga memahami isi kandungannya.
kisah

Isi Kandungan

10 Kisah Inspirasi Dampingi Al-Quran

1. Meliputi semua aspek kehidupan

Setiap kali saya membuka al-Quran, saya merasakan ayat-ayat itu berbicara dengan saya secara langsung dan ia sesuai dengan semua aspek kehidupan di dunia dan perjalanan saya menuju akhirat.
– Hafiza Abdullah

2. Sumber ketenangan

Dulu, bila overthink, tak dapat tidur saya banyak nangis je. Tapi sekarang bila rasa nak overthink terus ambil wuduk, baca Al-Quran sampai rasa tenang. Lepas tu mesti boleh tidur lena.
– Syaidatul Faraha

3. Mengingati Allah

Kadang, ada perasaan lain bila baca.The only thing stopping me from committing suicide is thinking of Allah, my parents, friend.
– @fxn_v

4. Penawar kesakitan

Empat tahun lepas saya mengalami lidah yang kaku akibat strok sehingga bila bercakap, orang tak faham. Lalu saya cuba baca al Quran setiap hari dan berdoa. Alhamdulillah penyakit saya telah sembuh sepenuhnya dengan izin Allah SWT. Sejak itu saya amalkannya sehingga sekarang.
– Nora Aziz

5. Kepuasan

Al-Quran kalau dah lama tak baca memang lidah akan keras tapi kalau dah selalu baca, rasa puas gila bila baca tu. Sometimes rasa addicted.
– Oliey Suhaily

6. Sumber ilmu pengetahuan

Dulu ada belajar tajwid, tapi bila sibuk dengan macam-macam hal sampai lupa tajwid semua, alhamdulillah Ramadhan ni saya dh mula belajar balik. Banyak benda rupanya kita tak tahu. Especially untuk student macam saya, banyak hikmah istiqamah belajar al-Quran.
– Tya Sazali

7. Pemujuk dan penguat hati

Setiap kali nak putus asa dalam menuntut ilmu, kerja atau perkara-perkara lain tapi bila baca ayat surah Al-Insyirah 5 dan 6 terasa terangkat segala beban hati.
– Nur Tasnim

8. Ubati kesedihan

Al-Quran adalah pengubat kesedihan. Bila baca al-Quran rasa seperti Allah sedang memujuk kita dengan kata-kata indahNya.
– @loneranger01

9. Rezeki tidak putus

Bila baca Al-quran, rezeki tak pernah putus. Banyak sangat rezeki yang datang daripada sumber yang tidak disangka-sangka. Yang sukar, semuanya menjadi mudah.
– Safiah Rahim

10. Peringatan dunia hanya sementara

Al Quran mengingatkan yang dunia ini hanyalah persinggahan. Hidup sebenar bermula hanya selepas mati. Ramai yang mahukan Syurga, namun sayang jalan yang dipilih terarah ke neraka. Aku pendosa yang ingin ke syurga tapi tiada usaha.
– Jabatan Netizen Malaysia

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Sambutan Nuzul Al-Quran ini akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More