Hari Nuzul Al-Quran 2025, Tarikh Cuti Umum 10 Negeri Di Malaysia
Berikut dikongsikan mengenai Hari Nuzul Al-Quran 2025 yang akan tiba tidak lama lagi. Sepuluh negeri yang akan bercuti pada hari tersebut adalah seperti dibawah.
Isi Kandungan
Tarikh Nuzul Al-Quran 2025
Tarikh sambutan Hari Nuzul Al-Quran 2025 adalah pada 18 Mac 2025 (Selasa), iaitu bersamaan dengan 17 Ramadan 1446H.
Perkara ini telah dinyatakan dalam Takwim 2025 Miladiah / 1446-1447 Hijriah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), berdasarkan Panel Pakar Falak.
Menurut Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, berikut merupakan tarikh-tarikh penting dalam Islam bagi perayaan atau hari kebesaran Islam untuk tahun 2025, iaitu:
Boleh rujuk jadual berikut untuk mengetahui tarikh mula puasa atau Ramadan 2025.
Tarikh Hijri (H) | Tarikh Miladi (M) | Hari Perayaan / Kebesaran Islam |
---|---|---|
27 Rejab 1446 | 27 Januari 2025 | Israk Dan Mikraj |
*1 Ramadan 1446 | 2 Mac 2025 | Awal Ramadan / Berpuasa |
17 Ramadan 1446 | 18 Mac 2025 | Nuzul Al-Quran |
*1 Syawal 1446 | 31 Mac 2025 | Hari Raya Puasa / Aidilfitri |
*1 Zulhijjah 1446 | 29 Mei 2025 | Awal Zulhijjah |
*10 Zulhijjah 1446 | 7 Jun 2025 | Hari Raya Korban / Aidiladha |
1 Muharam 1447 | 27 Jun 2025 | Awal Muharam / Maal Hijrah |
12 Rabiulawal 1447 | 5 September 2025 | Maulidur Rasul |
Cuti Umum Negeri Sempena Hari Nuzul Al-Quran 2025
Hari Nuzul Al-Quran termasuk dalam Hari Kelepasan Am Negeri iaitu hanya sesetengah negeri sahaja yang mengambil cuti pada hari tersebut.
Negeri-negeri yang mengambil cuti sempena Hari Nuzul Al-Quran 2025 adalah:
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Wilayah Persekutuan Labuan
- Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Kelantan
- Pahang
- Perak
- Perlis
- Pulau Pinang
- Selangor
- Terengganu
Peristiwa Hari Nuzul Al-Quran
Hari Nuzul Al-Quran merupakan hari dimana seluruh Umat Islam memperingati peristiwa di mana Allah telah menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.
Penurunan Al-Quran ini merupakan proses yang berterusan dan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun sehingga menjadi sebuah kitab Al-Quran yang lengkap.
Peristiwa Nuzul Al-Quran ini berlaku pada malam Jumaat 17 Ramadan, berdasarkan pandangan sesetengah ahli sejarah Islam.
Ketika berlakunya peristiwa agung ini, junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW berusia 41 tahun dan sedang beribadat di dalam Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.
Ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril adalah lima (5) ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat memperingati peristiwa dan menyambut Hari Nuzul Al-Quran 2025/1446H.