Sumber Rujukan Globalisasi Anda

OKU Smile: Pas Perjalanan Percuma Mulai 1 Februari 2024

Berikut dikongsikan info terkini berkaitan pas tambang percuma OKU Smile untuk golongan Orang Kurang Upaya di Malaysia.

Isi Kandungan

Apa Itu OKU Smile?

OKU Smile ialah pas konsesi OKU yang diaktifkan pada Kad Konsesi OKU oleh PRASARANA yang menyediakan perjalanan percuma untuk individu Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia yang berdaftar pada semua jenis kereta api dan bas kendalian PRASARANA mulai 1 Februari 2024.

Inisiatif ini telah diumumkan secara rasmi pada 21 Disember 2023 oleh Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke dan ia adalah sejajar dengan agenda tanggungjawab sosial korporat PRASARANA dan dijangka akan memberi manfaat kepada Orang Kurang Upaya (OKU) di

  • Lembah Klang.
  • Pulau Pinang.
  • Kuantan, Pahang.

Untuk makluman, PRASARANA merupakan pemilik dan pengendali perkhidmatan rel negara, termasuk rangkaian LRT, KL Monorel dan laluan MRT.

PRASARANA juga merupakan pemilik-pengendali perkhidmatan bas henti-henti di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Pahang.

Pas perjalanan percuma ini juga adalah bukti keperihatinan Kerajaan Malaysia dan tanggungjawab korporat sosial PRASARANA yang cakna terhadap kebajikan masyarakat.

Selain itu, pengenalan pas perjalanan percuma OKU Smile ini adalah sebagai galakan kepada komuniti OKU untuk menggunakan pengangkutan awam serta meluaskan kesalinghubungan kepada golongan tersebut.

Pas ini adalah untuk semua pemegang kad konsesi OKU PRASARANA yang sedia ada dan pemohon baharu.

Manfaat ini boleh dinikmati oleh kesemua pemegang kad konsesi OKU PRASARANA sedia ada dan pemohon baharu.

OKU Smile: Pas Perjalanan Percuma Mulai 1 Februari 2024 1
OKU Smile

Cara Pendaftaran & Pengaktifan Pas OKU Smile

Anda boleh terus melanggan atau mengaktifkan pas OKU Smile bermula 15 Januari 2024 di mana-mana kaunter Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT dan hab bas terpilih seperti berikut:

Hab Bas Rapid KLPasar Seni, Chow Kit, KLCC, Sri Nilam, Puchong Utama, Pearl Point, Sunway Pyramid, Greenwood dan Seksyen 2 Shah Alam
Hab Bas Rapid PenangIbu Pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit), Terminal Bas Weld Quay, Komtar, Bukit Jambul, Balik Pulau, Bukit Mertajam, Kompleks Dato Kailan Kepala Batas dan Penang Sentral
Hab Bas Rapid KuantanHentikan Bandar Kuantan
OKU Smile

Pastikan kad anda mempunyai baki minima RM5 untuk menggunakan pas ini.

Bagi pemegang kad yang telah tamat tempoh, anda perlu memohon untuk mendapatkan kad baharu.

Permohonan Kad Konsesi OKU Prasarana boleh dibuat di kaunter pendaftaran konsesi seperti berikut:

  • Rapid KL – Hab Pasar Seni atau Stesen MRT Conlay (MRT Laluan Putrajaya).
  • Rapid Penang – Ibu Pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit), Terminal Bas Weld Quay, Komtar, Bukit Jambul, Balik Pulau, Bukit Mertajam, Kompleks Dato Kailan Kepala Batas dan Penang Sentral.
  • Rapid Kuantan – Terminal Hentian Bandar.

Sila bawa bersama kad pengenalan dan kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan verifikasi. Proses pengeluaran kad di kaunter mengambil masa 10 hingga 15 minit.

Permohonan kad konsensi ini juga boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal www.rapid.com.my dan pemohon perlu memuat naik

  1. Salinan Kad Pengenalan.
  2. Salinan Kad OKU JKM.
  3. Gambar Berukuran Passport Berlatar Belakang Warna Putih / Biru.

Permohonan yang lengkap dokumen, kad anda akan diproses dalam jangka masa tiga hari waktu bekerja.

Bayaran RM5 akan dikenakan bagi kos pengeluaran kad tersebut. Nilai RM5 akan dikreditkan ke dalam kad anda hanya satu kali transaksi sahaja. Sila pastikan baki minima RM5 kekal di dalam kad bagi membolehkan anda menggunakan pas ini.

OKU Smile: Pas Perjalanan Percuma Mulai 1 Februari 2024 2
OKU Smile
OKU Smile: Pas Perjalanan Percuma Mulai 1 Februari 2024 3
OKU Smile

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan OKU Smile ini, sila berhubung dengan pegawai yang bertugas mengikut e-mel Rapid kawasan masing-masing seperti di bawah.

  • Untuk Rapid KL, sila e-mel kepada [email protected] atau hubungi di 03 – 7885 2585.
  • Untuk Rapid Penang, sila e-mel kepada di [email protected] atau hubungi talian hotline 04 – 255 8000.
  • Untuk Rapid Kuantan, sila e-mel kepada [email protected] atau hubungi talian hotline 09 – 566 3686 atau 019 – 385 8607.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More