Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Opsyen SSPA: Tawaran, Tempoh, Kategori, Syarat & Pelaksanaan

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Opsyen SSPA yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada 13 September 2024.

Isi Kandungan

Pekeliling Perkhidmatan SSPA Berkuatkuasa 1 Disember 2024

Seperti yang kita sedia maklum, bermula 1 Disember 2024 Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan digantikan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Penjawat Awam boleh memilih sama ada untuk kekal di bawah SSM atau memilih opsyen SSPA dalam tempoh 40 hari bermula 21 Oktober 2024 sehingga 30 November 2024.

Justeru, semua Penjawat Awam boleh memuat turun dan rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 Pelaksanaan SSPA Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelarasan gajielaunpencen dan mengenai kemudahan-kemudahan dalam SSPA yang telah diperincikan.

Opsyen SSPA: Tawaran, Tempoh, Kategori, Syarat & Pelaksanaan 1

Tawaran & Tempoh Opsyen SSPA

Opsyen hanya akan diberikan kepada pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat pada 1 Disember 2024. Pegawai tetap adalah yang dilantik ke jawatan tetap termasuk pegawai dalam tempoh percubaan atau pegawai yang sedang dalam pertukaran sementara atau peminjaman. Opsyen hendaklah ditawarkan pada gred hakiki pegawai.

Bagi pegawai yang bersara, meletak jawatan, ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja berkuat kuasa sebelum atau pada 1 Disember 2024, opsyen tidak ditawarkan kerana pegawai tidak lagi berada dalam perkhidmatan pada 1 Disember 2024.

Pegawai yang menolak tawaran SSPA akan terus kekal di bawah skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada di bawah SSM secara KUP kecuali setelah dinaikkan pangkat dalam skim perkhidmatannya, penyelarasan kepada gred SSPA yang setara hendaklah dibuat dan pegawai adalah tertakluk kepada skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan di bawah SSPA.

Opsyen hendaklah dibuat dalam tempoh 40 hari mulai 21 Oktober 2024 sehingga 30 November 2024.

Tawaran opsyen kepada semua pegawai yang layak akan diuruskan oleh Pengurus Sumber Manusia Kementerian / Jabatan / Agensi masing-masing.

Pengurus Sumber Manusia Kementerian / Jabatan / Agensi hendaklah menyediakan borang opsyen yang berkenaan kepada pegawai mengikut kategori opsyen yang ditetapkan.

Pegawai adalah bertanggungjawab untuk membuat pilihan opsyen sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan tawaran opsyen yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan hendaklah mengembalikan borang opsyen berkenaan kepada Ketua Jabatan masing-masing sebelum atau pada 30 November 2024.

Opsyen SSPA: Tawaran, Tempoh, Kategori, Syarat & Pelaksanaan 2

Kategori Opsyen SSPA

Terdapat lima (5) kategori opsyen SSPA seperti berikut:

Kategori Opsyen
A. Opsyen Bagi Skim Perkhidmatan Yang Dikekalkan
B. Opsyen Bagi Skim Perkhidmatan Yang Dinaik Taraf Dengan Kelayakan Masuk Peringkat SPM
B1. Skim Perkhidmatan Yang Digabung Ke Skim Perkhidmatan Baharu;
B2. Skim Perkhidmatan Yang Dinaik Taraf Ke Skim Perkhidmatan Berkelayakan SPM; dan
B3. Skim Perkhidmatan Yang Dijumudkan Ke Skim Perkhidmatan Yang Berkuat Kuasa
C. Opsyen Bagi Skim Perkhidmatan Yang Dijumudkan Ke Skim Perkhidmatan Yang Berkuat Kuasa
D. Opsyen Bagi Skim Perkhidmatan Yang Dijumudkan Di Bawah SSM
E. Opsyen Bagi Pegawai Yang Kekal Dalam Skim Perkhidmatan Di Bawah Jawatankuasa Kabinet 1976 dan SSB Serta Jawatan Dihapuskan

Syarat Opsyen SSPA

Opsyen hendaklah dibuat tanpa syarat dan mengikut ketetapan sepertimana yang dinyatakan dalam borang opsyen.

Pegawai disifatkan sebagai tidak bersetuju menerima opsyen SSPA sekiranya:

  • tidak membuat pilihan;
  • membuat pilihan secara tidak jelas;
  • membuat pilihan dengan bersyarat;
  • membuat pilihan dengan bantahan;
  • membuat pilihan dengan pindaan; atau
  • tidak mengembalikan borang opsyen kepada Ketua Jabatan tanpa sebarang sebab yang munasabah sebelum atau pada 30 November 2024.

Opsyen yang ditawarkan kepada pegawai adalah berdasarkan kepada maklumat perkhidmatan dalam borang opsyen. Sekiranya maklumat yang dikemukakan tidak tepat dan menyebabkan tawaran yang salah diberikan, maka tawaran tersebut hendaklah dianggap tidak sah dan terbatal.

Ketua Jabatan boleh memberikan borang opsyen baharu kepada pegawai untuk membuat pilihan dan menandatanganinya dalam tempoh 40 hari mulai tarikh pegawai menerima borang opsyen baharu yang berkenaan. Tarikh kuat kuasa opsyen adalah kekal pada 1 Disember 2024.

Opsyen hendaklah dibuat oleh pegawai yang berkenaan. Sekiranya terbukti terdapat pegawai lain yang membuat pilihan dan menandatangani borang opsyen bagi pihak pegawai yang berkenaan, opsyen tersebut hendaklah dianggap tidak sah dan terbatal.

Ketua Jabatan boleh memberikan borang opsyen baharu kepada pegawai untuk membuat pilihan dan menandatanganinya dalam tempoh 40 hari mulai tarikh pegawai menerima borang opsyen baharu yang berkenaan. Tarikh kuat kuasa opsyen adalah kekal pada 1 Disember 2024.

Pelaksanaan Opsyen SSPA

Penetapan urusan perkhidmatan yang terlibat secara yang lebih terperinci boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 Pelaksanaan SSPA Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam.

Opsyen yang dibuat oleh pegawai adalah muktamad dan maklumat pemilihan opsyen pegawai hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan.

Pegawai yang tidak bersetuju menerima opsyen SSPA atau pegawai yang bersetuju menerima opsyen SSPA tetapi belum memenuhi syarat skim perkhidmatan yang berkuat kuasa di bawah SSPA adalah kekal dalam skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan di bawah SSM secara KUP serta tertakluk kepada perkara di bawah SSPA seperti yang berikut:

  • penjumudan skim perkhidmatan;
  • penetapan Ketua Perkhidmatan;
  • pegun kadar elaun;
  • kemudahan baharu dan yang ditambah baik;
  • penilaian prestasi;
  • kriteria kelayakan PGT;
  • pengiktirafan;
  • latihan; dan
  • Dasar Pemisah (Exit Policy).
Opsyen SSPA: Tawaran, Tempoh, Kategori, Syarat & Pelaksanaan 3

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai Opsyen SSPA ini, sila rujuk Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam atau laman-laman sosial rasmi seperti berikut:

Untuk makluman, Portal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam kini boleh diakses oleh pengguna.

Selain itu, Pegawai Awam juga boleh menggunakan Kalkulator Gaji SSPA untuk mengetahui pelarasan gaji SSPA anda yang lebih terperinci.

Opsyen SSPA: Tawaran, Tempoh, Kategori, Syarat & Pelaksanaan 4

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

      This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More