Resepi Pajeri Nenas Versi Orang Dulu-Dulu
Berikut admin akan kongsikan beberapa Resepi Pajeri Nenas yang menarik dan boleh cuba kerana ianya hanya menggunakan bahan utama, iaitu nenas.
Isi Kandungan
Resepi Pajeri Nenas
Resepi Pajeri Nenas yang admin akan kongsikan ini adalah versi daripada Che Nom.
Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.
Bahan-Bahan
Bahan-bahan untuk membuat Pajeri Nenas versi Che Nom ini adalah seperti berikut:
- 1 biji nenas
- 1/2 cawan minyak masak
- 4 biji bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 batang kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang (boleh juga tambah bunga cengkih dan buah pelaga)
- 1 tangkai daun kari
- 3 sudu besar serbuk kari daging
- Sedikit air
- 50g ikan bilis (anggaran 1/2 cawan)
- 1 sudu besar udang kering (boleh juga guna ikan bilis sahaja atau udang kering sahaja)
- 1/2 cawan santan (atau 1/2 kotak santan)
- 2 – 3 sudu besar kerisik
- Anggaran 2 sudu besar gula
- Garam secukup rasa
Cara Penyediaan
Cara-cara untuk memasaknya pula adalah seperti yang berikut:
- Hiris nipis bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
- Potong nenas sedikit tebal, jangan terlalu nipis.
- Bancuhkan rempah kari daging dengan sedikit air.
- Tumbuk halus ikan bilis dan udang kering.
- Panaskan air dan celur nenas yang dipotong dalam air panas mendidih selama 2 hingga 3 minit.
- Kemudian, toskan air.
- Panaskan minyak.
- Masukkan bahan-bahan hiris nipis, 1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang dan sedikit halba campur serta setangkai daun kari. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan bancuhan rempah, bahan tumbuk dan air. Masakkan sehingga pecah minyak.
- Masak sehingga kering dan berulang serta tambah sedikit air. Ulang langkah yang sama 3 hingga 4 kali.
- Masukkan nenas dan gaul rata.
- Taburkan gula dan masak nenas sehingga sebati dengan rempah-rempah tumis iaitu dalam anggaran 10 hingga 15 minit.
- Boleh tambahkan air jika mahukan lebih kuah.
- Bila nenas sudah masak lembut, masukkan 1/2 cawan santan dan 3 sudu besar kerisik.
- Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa.
- Sambung masak sehingga mendidih dan gaul kesemua bahan sehingga sekata. Boleh ditambah jika ada rasa yang kurang.
- Pajeri nenas siap untuk dihidang.
Tips Rahsia Daripada Che Nom
Untuk menghilangkan masam nenas, nenas boleh dicelur terlebih dahulu sebelum dimasak bersama kuah pajeri.
Tidak perlu letak terlalu banyak santan. Jika menggunakan santan kotak, anggaran setengah kotak kecil sudah mencukupi.
Bagi mendapatkan kuah yang pekat dan wangi, masukkan lebih kerisik kedalam masakan. Pilihan kerisik juga penting iaitu memilih yang elok dan tidak berbau hapak kerana ia dapat mempengaruhi rasa pajeri nenas tersebut.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua diluar sana! Selamat mencuba!
Artikel Berkaitan: Resepi Bubur Asyura Versi Mak-Mak Zaman Dulu.