Pakej Auto Rahmah 2023 Diskaun Sehingga 30%
Pakej Auto Rahmah 2023 telah diperkenalkan oleh Syarikat kenderaan jenama Malaysia Perodua sempena Hari Raya Aidilfitri. Diskaun servis khas Pakej Auto Rahmah 2023 ini hanya kepada semua pemilik kereta jenis Bezza dan Axia sempena Aidilfitri kali ini.
Kenyataan yang dikeluarkan pada 12 April yang lalu berkata, pakej servis khas ini dilakukan bagi mengurangkan impak kenaikan harga barangan. Namun dalam masa yang sama ia juga dilakukan bagi mempromosikan perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan dan keselamatan yang terbaik dari Perodua.
Isi Kandungan
Pakej Auto Rahmah 2023
Kempen servis khas yang dikenali sebagai Pakej Auto Rahmah 2023 ini, akan memberikan diskaun sebanyak 30% bagi jumlah keseluruhan dalam satu invois. Ia juga termasuk dalam kos bagi alat ganti dan kos buruh yang dikenakan kepada semua pemilik kenderaan Axia dan Bezza.
Bagi pemilik dua jenis kenderaan tersebut, anda dikehendaki membuat janji temu terlebih dahulu di pusat servis Perodua yang berhampiran dengan tempat anda.
Tambah kenyataan itu lagi, kempen Perodua Auto Rahmah 2023 ini akan berlangsung mulai 12 April 2023 sehingga 15 Mei 2023.
Pakej servis khas ini adalah sebagai maklum balas daripada inisiatif terbaru Kementerian Perdagangan dan Industri (MITI) yang baru sahaja melancarkan Pakej Auto Rahmah 2023.
Terdahulu, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang juga merupakan menteri MITI telah melancarkan program Payung Rahmah. Sebuah program yang bertujuan untuk mengurangkan beban kos hidup yang ditanggung oleh rakyat.
Tengku Zafrul juga menyatakan bahawa beliau berbesar hati kerana Perodua kerana telah menyahut saranan daripada kerajaan tersebut.
“Hari ini, pemilikan kenderaan telah menjadi satu keperluan kepada kebanyakan orang. Sehubungan itu, kos pemilikan kenderaan seperti pinjaman, perbelanjaan bahan api dan tol. Serta penyelenggaraan juga menjadi antara komponen utama perbelanjaan isi rumah rakyat Malaysia. Justeru, MITI amat berbesar hati kerana Perodua telah menyahut saranan kerajaan Menerusi Pakej Auto Rahmah 2023 ini. Ia akan menawarkan diskaun bagi penyelenggaraan kenderaan di pusat servis rasminya,” kata Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.
“Kami berharap jenama kenderaan lain juga akan turut mengikuti langkah Perodua bagi membantu memastikan keselamatan pemilik kenderaan dan mereka yang tersayang semasa berada di jalanraya. Terutamanya menjelang musim perayaan Aidilfitri yang bakal tiba. Adalah menjadi keutamaan kerajaan untuk mencari kaedah yang terbaik dalam mengurangkan kesan kenaikan harga. MITI sedang memanfaatkan peranannya untuk mencapai objektif itu,” kata Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz lagi.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, pakej servis ini adalah khusus buat pelanggan Axia dan Bezza. Ia dilakukan bagi membantu mengurangkan kos sara hidup pemilik kenderaan tersebut.
“Axia dan Bezza adalah model kami yang paling popular dan digunakan secara meluas sebagai mod pengangkutan utama oleh para pelanggan kami. Oleh itu, kami ingin memastikan usaha yang dibuat dapat dinikmati oleh golongan sasar. Seterusnya memberikan ketenangan semasa memandu,” kata Dato’ Sri Zainal Abidin.
Tambahnya, MITI merupakan penyokong terbesar bagi Perodua dan kerjasama ini akhirnya dapat merealisasikan diskaun servis khas tersebut.
“Ini lebih penting dengan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Kerana kebanyakan pemilik kenderaan merancang untuk melakukan perjalanan jauh untuk bersama keluarga tersayang. Kami mengucapkan selamat menyambut Ramadan yang penuh keberkatan dan Hari Raya yang indah,” kata Dato Sri’ Zainal akhiri ucapan.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkaitan pakej servis perodua ini, anda boleh layari Website Rasmi Perodua untuk dapatkan info terkini tentang semua pakej-pakej yang diperkenalkan oleh Perodua.
Semoga perkongsian tentang Pakej Auto Rahmah 2023 ini bermanfaat untuk anda di luar sana. Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.