Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pakej Rahmah Prabayar Siswa, Langganan Bermula 16 Ogos 2024

Berikut dikongsikan mengenai berita baik yang telah diwarwarkan oleh Kementerian Komunikasi baru-baru ini berkaitan dengan Pakej Rahmah Prabayar Siswa bagi tahun 2024.

Isi Kandungan

Apa Itu Pakej Rahmah Prabayar Siswa?

Pakej Rahmah Prabayar Siswa adalah tawaran pakej prabayar (prepaid) untuk golongan pelajar lepasan menengah yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang terpilih.

Pakej ini bertujuan untuk menangani peningkatan kos sara hidup menerusi penyediaan perkhidmatan komunikasi asas yang penting dengan kos ketersambungan (connectivity) yang lebih rendah dan tempoh sah laku (validity) yang lebih panjang.

Pakej ini tertakluk kepada Terma dan Syarat oleh setiap telco yang mengambil bahagian dalam tawaran ini iaitu

  • CelcomDigi,
  • Maxis,
  • U Mobile,
  • TM Tech (Unifi Mobile), dan
  • YTL Communications (YES).

Kerjasama strategik dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi terlibat ini sejajar dengan hasrat Kerajaan Madani untuk menangani peningkatan kos sara hidup, khususnya bagi membantu golongan pelajar mendapatkan liputan komunikasi dan internet lebih baik semasa sesi pengajian dan pembelajaran.

Inisiatif ini dimulakan untuk semua pelajar IPTA dan ILKA terlebih dahulu, dan kemudian akan berbincang dengan syarikat telekomunikasi untuk menyebar luaskan pakej.

Pakej Rahmah Prabayar Siswa, Langganan Bermula 16 Ogos 2024 1

Pakej Rahmah Prabayar Siswa Tidak Lebih RM30

Pengguna boleh menikmati Pakej Rahmah Prabayar Siswa dengan tawaran harga tidak melebihi RM30, data permulaan Internet minimum 30GB dan tempoh sah laku selama 180 hari.

Seperti mana kad prabayar yang lain, pengguna aktif boleh melanggan mana-mana pas Internet tambahan yang ditawarkan jika data sedia ada (30GB) telah habis diguna pakai sebelum tamat tempoh 180 hari.

Pakej ini akan ditawarkan bermula pada 16 Ogos 2024 sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

Pakej Rahmah Prabayar Siswa boleh dibeli dengan hadir secara bersemuka di pusat / kios penyedia perkhidmatan (telco) yang terlibat ataupun secara dalam talian (online) melalui laman sesawang telco yang terlibat.

Pakej Rahmah Prabayar Siswa, Langganan Bermula 16 Ogos 2024 2
Pakej Rahmah Prabayar Siswa, Langganan Bermula 16 Ogos 2024 3

Senarai IPTA & ILKA Yang Terlibat

Berikut adalah senarai IPTA dan ILKA yang terlibat dengan penawaran Pakej Rahmah Prabayar Siswa ini, iaitu:

Nama KementerianSenarai IPTA / ILKA
Kementerian Belia & Sukan (KBS)1. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Seluruh Negara.
2. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seluruh Negara.
3. Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG).
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)1. Malaysia-Japan Industrial Institute (MJII).
2. Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) Seluruh Negara.
3. German Malaysian Institute (GMI).
4. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Seluruh Negara.
5. Akademi Kemahiran Kemas.
6. Kolej Keda.
7. PERDA-TECH.
8. Institut Kemahiran MARA (IKM) Seluruh Negara.
9. Universiti College Agroscience Malaysia (UCAM).
10. Kolej RISDA.
11. Kolej KETENGAH.
12. Kolej FELCRA.
13. Pusat Latihan JAKOA.
14. GiatMARA Seluruh Negara.
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK)1. Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC).
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)1. Kolej Vokasional Seluruh Negara.
2. Kolej Pra-Universiti (Tingkatan Enam) Seluruh Negara.
3. Kolej Matrikulasi Seluruh Negara.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)1. Pusat Latihan Perindustrian Pemulihan.
2. Bengkel Daya.
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)1. Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Seluruh Negara.
2. Advanced Technology Training Centre (ADTEC).
3. Japan Malaysia Technical Institute (JMTI).
4. Centre for Instructor and Advanced Skills Training (CIAST) Seluruh Negara.
Kementerian Kerja Raya (KKR)1. Akademi Binaan Malaysia.
2. CIDB Technologies.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)1. Akademi Perikanan Malaysia (APM) Terengganu.
2. Kolej Perikanan Sultan Nazrin Shah (KPSN) Perak.
3. Institut Veterinar Malaysia (IVM) Johor.
4. Institut / Kolej Pertanian Seluruh Negara.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)1. Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA).
2. Institut Kraf Negara.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)1. IPTA Seluruh Negara.
2. Politeknik Seluruh Negara.
3. Kolej Komuniti Seluruh Negara.
Senarai IPTA / ILKA Pakej Rahmah Prabayar Siswa

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau persoalan mengenai Pakej Rahmah Prabayar Siswa ini, sila rujuk FAQ pada Portal Rasmi Kementerian Komunikasi.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More