Panduan Pembahagian Daging Korban
Panduan Pembahagian Daging Korban sangat penting kerana ibadah korban ini akan dilakukan pada setiap tahun.
Namun tidak mustahil masih ada antara kita yang tertanya-tanya apakah cara pembahagian daging korban yang sebenar dan tepat.
Isi Kandungan
Apakah erti sebenar korban yang disyariatkan oleh Allah?
- Sebenarnya korban adalah penyembelihan haiwan tertentu iaitu An’am pada tarikh tertentu untuk mendekatkan diri dan mendapatkan redha Allah SWT.
- Tarikh-tarikh tertentu untuk melakukan ibadah korban adalah pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
- Secara ringkasnya haiwan yang boleh dikorbankan adalah an’am iaitu haiwan ternakan yang boleh dizakatkan. Haiwan yang boleh dizakatkan tersebut adalah:
- Kambing
- Biri-biri
- Lembu
- Kerbau
- Unta
Ciri-ciri Haiwan Korban Yang Sempurna
Ciri-ciri haiwan korban yang sempurna adalah seperti yang berikut:
- Kibas: 1 tahun atau telah gugur gigi hadapannya setelah ia berumur 6 bulan.
- Biri-biri, domba dan kambing: melebihi 1 tahun apabila gugur gigi susuan atau hadapannya
- Lembu dan kerbau: melebihi 2 tahun
- Unta: melebihi lima tahun
Haiwan tersebut haruslah tidak:
- Cacat telinganya walau terpotong sedikit
- Terpotong lidah atau ekor
- Kurus dan kurang daging
- Berkudis
- Buta
- Tempang
- Bunting
Perintah korban telah disyariatkan pada tahun kedua Hijrah bersamaan dengan perintah untuk mendirikan solat Aidil Adha dan membayar zakat.
Firman Allah SWT membawa maksud:
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah.”
Surah al-Kautsar, ayat 2
Menurut pendapat ahli agama, solat yang disebutkan adalah solat sunat Aidil Adha dan korban yang dimaksudkan adalah menyembelih haiwan korban.
Nabi SAW juga telah bersabda:
“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Aidil Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.”
(Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)
Ternyata ibadah korban adalah ibadah yang dituntut oleh orang yang berkemampuan untuk memberi semula kepada golongan yang memerlukan.
Panduan Pembahagian Daging Korban
Daging korban terbahagi kepada dua jenis, iaitu
- Sembelihan korban wajib (nazar)
- Sembelihan sunat
Panduan Pembahagian Daging Korban boleh dirujuk dengan lebih terperinci di bawah.
Sekiranya daging korban tersebut disembelih dengan niat sunat muakkad, adalah sunat bagi yang berniat untuk memakan sebahagian daripada daging haiwan korban tersebut.
Secara ringkasnya pembahagian tersebut adalah seperti berikut:
- 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berkorban dan ahli keluarganya;
- 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin;
- 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran.
Namun ini cumalah pembahagian yang biasanya diikuti masyarakat di Malaysia. Ada juga yang menyedekahkan kesemua daging korban dan mengambil sedikit sahaja bahagian untuk dirinya.
Cara paling afdhal adalah dengan menyedekahkan keseluruhan daripada daging korban tersebut dan mengambil sedikit sahaja daripadanya sekadar mengambil berkat.
Harus diingati pembahagian ini hanya untuk korban sunat sahaja.
Berbeza pula sekiranya yang berkorban itu berniat nazar korban. Selain daripada wajib dilaksanakan, pembahagiannya juga berbeza.
Individu yang telah bernazar korban wajib menyedekahkan kesemua daging korban tersebut kepada golongan fakir miskin dan tidak harus untuk dia memakan sebahagian daripadanya.
Sekiranya seseorang itu telah memakan daging tersebut walaupun sebahagian, dia perlu mengeluarkan sejumlah wang mengikut kadar yang telah dimakan.
Tidak perlu lagi untuk dia untuk menyembelih haiwan yang lain sebagai ganti kepada bahagian yang telah dimakan tersebut.
(Boleh dirujuk pada al-Mu’tamad fi Mazhab al-Syafie, 2:485)
Sumber Infografik: Sinar Harian
Begitulah Panduan Pembahagian Daging Korban untuk dijadikan panduan kepada anda. Semoga anda mendapat sedikit info tambahan untuk Panduan Pembahagian Daging Korban dan melaksanakan ibadah korban yang lebih bermakna.
Diharapkan dengan perkongsian Panduan Pembahagian Daging Korban ini dapat memudahkan urusan semua umat Islam untuk melaksanakan ibadah korban pada Hari Raya Aidil Adha yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Semoga perkongsian Panduan Pembahagian Daging Korban ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.