Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Panduan Pengisian Sasaran Keberhasilan PBPPP 2020

Panduan Pengisian Sasaran Keberhasilan PBPPP 2020 ini khas buat para guru seluruh Malaysia. Penilaian komponen keberhasilan adalah merupakan sebahagian daripada Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). Keberhasilan menyumbang wajaran sebanyak 10%. Tetapi sayangnya, masih ramai yang tidak mahir menulis keberhasilan dengan betul. Jom saya kongsikan sket cara penulisan yang betul untuk tulis keberhasilan.

Secara ringkasnya, penilaian keberhasilan adalah penilaian hasil kerja utama yang memberi impak berdasarkan tugas dan tempat bertugas. Asas penilaian berfokuskan kepada peningkatan atau pencapaian, dan perlu dipertimbangkan secara profesional berdasarkan usaha, kesungguhan dan keberkesanan.

Sasaran Keberhasilan PBPPP
Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP

Setiap sasaran keberhasilan haruslah mempunyai maklumat berikut:

1. Penggunaan kata kerja – guna perkataan seperti memastikan, mencapai, melaksanakan, menguruskan, merancang dan seumpamanya.

2. Penyataan ukuran – nilai yang digunakan untuk ukur sasaran seperti kuantiti, atau kualiti atau kos atau masa.

3. Tujuan sasaran – memperlihatkan hasrat / matlamat / penerangan terhadap hasil kerja.

4. Peringkat sasaran – tahap / peringkat penglibatan yang akan dicapai.Berikut adalah contoh penulisasan sasaran keberhasilan yang tak sesuai. Antaranya adalah disebabkan tiada penyataan yang boleh diukur, kerja rutin berbentuk proses, tiada memberi impak kepada klien dan organisasi serta bukan hasil kerja utama. Tengok contoh di bawah:

Sasaran Keberhasilan PBPPP
Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP

Untuk memudahkan cikgu-cikgu boleh downoad contoh FORMAT SASARAN KEBERHASILAN di link ini : PANDUAN PENGISIAN KEBERHASILAN

 

Berikut adalah contoh penulisasan sasaran keberhasilan yang tak sesuai. Antaranya adalah disebabkan tiada penyataan yang boleh diukur, kerja rutin berbentuk proses, tiada memberi impak kepada klien dan organisasi serta bukan hasil kerja utama. Tengok contoh di bawah:

keberhasilan PBPPP
Cara Penulisan Yang Salah Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP

Kredit : Cikgu Hailmi

Isi Kandungan

Dapatkan “Garis Panduan Penulisan Komponen Keberhasilan PBPPP” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

 

Penutup

Semoga perkongsian ini membantu rakan guru supaya menulis sasaran keberhasilan PBPPP dengan lebih baik. Nanti semua pun hati senang. Selamat maju jaya!

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Panduan Pengisian Sasaran Keberhasilan PBPPP 2020 ini membantu anda..

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More