Panduan Solat Jamak dan Qasar
Solat jamak dan qasar adalah salah satu kelebihan yang Allah berikan kepada mereka yang bermusafir musafir untuk tujuan kebaikan. Jadi pada hari ini, saya terpanggil untuk dapatkan ulasan daripada pakar berkaitan cara solat jamak dan qasar bagi panduan kita semua.
Isi Kandungan
Panduan Lengkap Cara Solat Jamak Dan Qasar Beserta Syarat & Contoh Niat
Berikut dikongsikan panduan syarat sah solat dan cara melakukan solat jamak dan qasar dengan mudah buat rujukan semua
Hukum mengerjakan solat secara qasar dan jamak adalah harus dan ia membuktikan bahawa umat Islam boleh mengerjakan solat dalam apa jua keadaan dan agama Islam adalah agama yang tidak menyusahkan penganutnya
Seseorang Islam itu dianggap bermusafir setelah keluar dari kawasan, sama ada melepasi kota sempadan, sungai, parit atau melalui kawasan yang tidak mempunyai bangunan lagi. Setelah seseorang itu tiba di kawasan permulaan dia bertolak tadi yang menandakan bahawa musafirnya telah berakhir, maka dia tidak lagi boleh menunaikan solat secara jamak dan qasar
Dalil Solat Jamak Dan Qasar
Nabi S.A.W. telah menggambarkan bahawa solat musafir seperti jamak dan qasar adalah dibenarkan menerusi hadis yang bermaksud;
“Nabi SAW menjama’kan solat dalam perjalanan yang kami lakukan ketika peperangan Tabuk. Baginda menjama’kan solat Zuhur dengan solat Asar dan solat Maghrib dengan Isyak. Said bin Jubair berkata: Aku bertanya kepada Ibn Abbas: Apakah yang mendorong Baginda berbuat begitu? Jawabnya: Baginda tidak mahu menyusahkan umatnya.” [Hadis riwayat Muslim (705)]
Syarat-Syarat Musafir Yang Dibolehkan Solat Jamak Dan Qasar
- Destinasi yang dituju melebihi dua marhalah iaitu dianggarkan sejauh 85 km hingga 90 km atau bersamaan 56 batu
- Mengetahui destinasi yang dituju
- Musafir bukan untuk tujuan maksiat
Syarat-Syarat Solat Qasar
- Mestilah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal
- Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan Solat Qasar
- Hendaklah solat fardu yang empat rakaat
- Hendaklah berniat qasar ketika takbiratulihram
- Tidak berniat untuk bermukim melebihi 4 hari (tidak termasuk perjalanan pergi dan balik). Tempoh boleh qasar & jamak untuk musafir ialah 3 hari 3 malam, tidak termasuk hari datang dan pulang. Jika niat untuk tinggal di satu tempat empat hari / lebih, tak boleh qasar & jamak ketika sampai di tempat itu kerana dikira bermukim. Dalam perjalanan sebelum sampai destinasi, boleh
- Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya
Syarat-Syarat Solat Jamak
Solat ini terbahagi kepada dua iaitu solat jamak taqdim/ takdim dan jamak takhir:
- Jamak Takdim, Menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu pertama (Zohor dan Maghrib)
- Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib
- Niat jamak pada waktu solat yang pertama
- Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat (kecuali iqamah dan berwuduk)
- Berkekalan musafirnya sehingga mengangkat takbir solat kedua
- Jamak Takhir, Menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu solat kedua (Asar dan Isyak)
- Berniat mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama
- Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat
Tatacara Menunaikan Solat Jamak dan Qasar
Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Contohnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor
Sunat atau afdhal untuk melakukan solat waktu pertama dahulu (Zohor/ Maghrib) kemudian diikuti
oleh Solat Waktu kedua (Asar/ Isya’). Selepas salam solat pertama, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua
Niat Solat Jamak dan Qasar Takdim (Zohor & Asar)
- Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram):
- Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas
- Kerjakan solat fardhu zohor tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain
Nota: Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardhu yang dijamakkan - Teruskan dengan lafaz niat untuk sembahyang jamak fardhu Asar:
- Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas
- Kerjakan solat fardhu asar tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain
Niat Solat Jamak dan Qasar Takdim (Maghrib & Isyak)
- Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram):
- Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas
- Kerjakan solat fardhu maghrib tersebut sebanyak tiga rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain
Nota: Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardhu yang dijamakkan - Teruskan dengan lafaz niat untuk jamak fardhu Isyak
- Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas
- Kerjakan solat fardhu Isyak tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain
Tatacara Menunaikan Solat Jamak dan Qasar Takhir
Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Contohnya : Menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar. Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:-
“Aku nak jamakkan solat zuhur dalam waktu Asar”
Sunat atau afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/ Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama (Zohor/ Maghrib). Selepas salam solat waktu kedua, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama
Solat Qasar Jamak Takhir (Zohor & Asar)
Nota: Sebelum mendirikan solat, seseorang musafir itu hendaklah telah berniat untuk mengerjakan solat fardhu zohor dalam waktu Asar. Niat tersebut hendaklah dilakukan semasa berada dalam waktu zohor lagi
- Mulakan dengan solat fardhu Asar. Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram):
- Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas
- Kerjakan solat fardhu zohor tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain
Nota: Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardhu yang dijamakkan - Teruskan dengan lafaz niat untuk solat jamak fardhu zohor:
- Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas
- Kerjakan solat fardhu zohor tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain
Solat Qasar Jamak Takhir (Maghrib & Isyak)
Nota: Sebelum mendirikan solat, seseorang musafir itu hendaklah telah berniat untuk mengerjakan solat fardhu maghrib dalam waktu isyak. Niat tersebut hendaklah dilakukan semasa berada dalam waktu maghrib lagi
- Mulakan dengan solat fardhu isyak. Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram):
- Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas
- Kerjakan solat fardhu isyak tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain
Nota: Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardhu yang dijamakkan - Teruskan dengan lafaz niat untuk solat fardhu maghrib
- Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas
- Kerjakan solat fardhu maghrib tersebut sebanyak iga rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain
Sumber Mufti Wilayah Persekutuan 1 dan 2
Artikel lain: Permohonan Bantuan Skim Pembiayaan Khas Bazaar Ramadhan