Panduan Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah dan Teks Khutbah
Bulan Ramadhan yang mulia ini hampir sampai ke penghujungnya. Tidak lama lagi, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, ia adalah hari kemenangan bagi kita setelah berusaha menjadi versi diri kita yang terbaik secara rohani, jasmani dan sosial dengan ketekunan, harapan dan kesabaran.
Tahun ini, kita diberi peluang untuk mendirikan Solat Hari Raya di masjid walaupun slot yang diberikan adalah terhad. Yang tidak berkesempatan untuk ke masjid di pagi raya, kita tetap berpeluang untuk mendirikan Solat Hari Raya bersama keluarga di rumah.
Semangat Aidilfitri akan tetap bersama kita atas kemenangan kita pada bulan Ramadhan dan kerana kita masih dapat melaksanakan solat Aidilfitri di rumah!
Solat Sunat Aidilfitri adalah solat yang sangat digalakkan atau Sunnah Muakkadah. Menurut para ‘Ulama’, ia dianggap sebagai salah satu Sunnah yang paling diutamakan di antara Solat-solat Sunnah (nawafil) yang lain. Rasulullah s.a.w. tidak pernah terlepas untuk melaksanakannya sejak ia disyariatkan bagi umat Islam untuk menunaikannya.
Solat Sunat Aidilfitri sesuai dilaksanakan secara berjemaah. Namun, ia juga boleh dilaksanakan secara bersendirian. Sekiranya kita tidak berjaya mendapatkan slot Solat Sunat Aidilfitri di masjid, kita boleh terus menghidupkan Sunnah ini dengan melaksanakannya di rumah.
Waktu untuk melaksanakan Solat Sunat Aidilfitri adalah pada hari pertama bulan Syawal, apabila matahari telah terbit sekitar 30 minit selepas waktu Syuruq, iaitu sekitar jam 7:30 pagi, sehingga sebelum waktu Solat Zohor.
Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk melaksanakan Solat Sunat Aidilfitri:
Isi Kandungan
1) Baca niat untuk melaksanakan Solat Sunnah Aidilfitri.
Baca niat Solat Sunnah Aidilfitri.
أُصَلِّي سُنَّةَ عِيدِ الفِطْرِ رَكعَتَين لِلَّهِ تَعَالَى
Usolli sunnata ‘idil fitri rak’ataini lillah ta’ala
Maksud: Sahaja aku solat Sunat Aidilfitri dua raka’at kerana Allah ta’ala
Jika anda solat secara berjemaah, niat untuk Solat Aidilfitri adalah seperti berikut:
Imam yang memimpin solat membaca niat:
أُصَلِّي سُنَّةَ عِيدِ الفِطْرِ رَكعَتَينِ إِمَامًا لِلَّهِ تَعَالَى
Usolli sunnata ‘idil fitri rak’ataini imaamam lillah ta’ala
Maksud: Sahaja aku solat Sunat Aidilfitri dua raka’at sebagai Imam kerana Allah ta’ala
Ma’mum (pengikut Imam) membaca niat:
أُصَلِّي سُنَّةَ عِيدِ الفِطْرِ رَكعَتَينِ مَأمُومًا لِلَّهِ تَعَالَى
Usolli sunnata ‘idil fitri rak’ataini ma’muman lillah ta’ala
Maksud: Sahaja aku solat Sunat Aidilfitri dua raka’at sebagai ma’mum (pengikut Imam) kerana Allah ta’ala
2) Lakukan Takbiratul Ihram
Takbiratul Ihram adalah tindakan mengangkat kedua-dua belah tangan sehingga ibu jari berada searas dengan cuping telinga, dan telapak tangan setinggi di atas bahu.
Ucapkan ‘Allahu Akbar’ sambil mengingati niat anda.
3) Letakkan tangan kanan anda di atas tangan kiri dan baca Doa Iftitah
Apabila mengucapkan Takbir, letakkan kedua-dua belah tangan anda di atas bawah dada dan letakkan tangan kanan di atas tangan kiri.
Baca Doa Iftitah (doa pembukaan) dengan senyap dan hanya pada raka’at yang pertama.
اللهُ اَكْبَرُ كَبِرًا وَالْحَمْدُ لِلهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَاَصِيْلًا .وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَالسَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ . إِنَّ صَلَاتِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِيْ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ . لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ اُمِرْتُ وَأنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Allaahu Akbar Kabiraa,
Walhamdulillāhi Kathīrā
Wa Subhānallāhi Bukratan Wa aṣīlā
Wajjahtu Wajhi-allazi Fatra-Samawāti wal-Ardh
Hanīfan-Musliman Wamā ana minal-musyrikīn
Inna ṣalātī, wanusukī wamahyayā, wamamātī Lillāhi rabbil-‘ālamīn
Lā Syarīka lahu Wa Bidzālika Umirtu Wa Anā Minal Muslimīn
4) Lakukan 7x Takbir
Selepas membaca Doa Iftitah, angkat kedua-dua belah tangan anda untuk melakukan Takbir (Allahu Akbar) lagi sebanyak 7 kali. Letakkan semula kedua-dua belah tangan anda di atas dada selepas setiap Takbir seperti posisi berdiri biasa dalam solat.
Adalah sebahagian daripada Sunnah untuk membaca yang berikut di antara setiap Takbir dengan senyap, termasuk setelah Takbir yang ke-7:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللهُ أَكبَر
SubhanAllah Walhamdu-lillah Wa-La Ilaha Ilallahu Wallahu Akbar
Sekiranya anda tersilap dalam mengira jumlah Takbir yang telah dibacakan – misalnya, membaca 8 Takbir dan bukan 7 Takbir, maka tidak mengapa. Ia dianggap sebagai Makruh (tidak disukai), tetapi solatnya tetap sah.
Sekiranya anda tidak pasti akan jumlah Takbir yang telah dibacakan, sambung kiraan anda dari jumlah yang terkecil mengikut ingatan anda.
Dan sekiranya anda terlupa melakukan 7 Takbir tersebut dan terus membaca Surah Al-Fatihah sejurus selepas Takbiratul Ihram, maka anda boleh meneruskan solat anda kerana ia tidak membatalkan Solat Sunat anda. Sungguhpun begitu, meninggalkan 7 Takbir tersebut secara tidak sengaja adalah Makruh (tidak disukai).
Penting juga untuk kita jelaskan di sini bahawa 7 Takbir yang disebutkan tadi tidak termasuk Takbiratul Ihram (Takbir Pembukaan).
5) Baca Surah Al-Fatihah dan Surah lain dari Al-Quran
Apabila 7 Takbir telah dilakukan, baca Ta’awwudz (berlindung kepada Allah s.w.t.):
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
A`udhu billahi min ash-shaytan ar-rajim
Maksud: Aku berlindung kepada Allah s.w.t. daripada syaitan yang direjam
Kemudian baca Surah Al-Fatihah:
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ. الحَمدُ لِلَّهِ رَبِّ العالَمينَ
الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ. مالِكِ يَومِ الدّينِ
إِيّاكَ نَعبُدُ وَإِيّاكَ نَستَعينُ
اهدِنَا الصِّراطَ المُستَقيمَ
صِراطَ الَّذينَ أَنعَمتَ عَلَيهِم غَيرِ المَغضوبِ عَلَيهِم وَلَا الضّالّينَ
Bi-smi llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm.
Al-ḥamdu li-llāhi rabbi l-ʿālamīn.
Ar-raḥmāni r-raḥīm.
māliki yawmi d-dīn.
iyyāka naʿbudu wa-iyyāka nastaʿīn.
Ihdinā ṣ-ṣirāṭa l-mustaqīm.
ṣirāṭa lladhīna anʿamta ʿalayhim ghayri l-maghḍūbi ʿalayhim wa-lā ḍ-ḍāllīn.
Maksud:
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam
Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang
Pemilik Hari Pembalasan
Hanya kepadaMu kami menyembah dan hanya kepadaMu kami mohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat
Bukan jalan mereka yang telah Engkau murkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat
Amiin.
Setelah melengkapkan bacaan Surah Al-Fatihah, anda boleh membaca surah pilihan anda yang telah anda hafal. Pada rakaat yang kedua, anda disarankan untuk memilih ayat-ayat yang tidak mendahului yang pertama mengikut urutan Al-Quran. Contohnya, anda boleh membaca Surah Al-’Asr pada rakaat pertama dan membaca Surah Al-Ikhlas pada rakaat yang kedua.
6) Lengkapkan raka’at yang pertama
Bungkuk ke hadapan untuk Ruku’
Baca Takbiratul Intiqal (Allahu Akbar) semasa peralihan dari berdiri ke bungkuk untuk Ruku ’, sambil mengangkat kedua-dua belah tangan seperti yang dijelaskan sebelum ini sewaktu Takbiratul Ihram. Turunkan tangan anda ke lutut secara perlahan semasa beralih ke posisi Ruku’.
Baca tiga kali,
سبحان ربي العظيم وبحمده
Subhanna Rabbiya l-’azim wa bihamdih
Maksud: Maha Suci Tuhanku lagi Maha Agung dan segala puji bagi-Nya
Berdiri tegak – I’tidal
Selepas Ruku ’, kembali ke posisi berdiri sambil mengangkat kedua-dua belah tangan anda sama seperti sewaktu Takbiratul Ihram dan semasa beralih, baca:
سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
Sami’ Allahu liman hamidah
Maksud: Allah telah mendengar orang yang memuji-Nya
Turunkan tangan anda secara perlahan. Bila anda sedang berdiri tegak, baca:
رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ
Rabbana walaka-l-hamd
Ya Tuhan Kami, bagiMu segala puji
Lakukan Sujud yang pertama
Beralih ke posisi Sujud sambil membaca Takbiratul Intiqal (Allahu Akbar) tanpa mengangkat kedua-dua belah tangan. Biarkan lutut anda menyentuh tanah terlebih dahulu, diikuti oleh telapak tangan anda dan kemudian dahi anda. Semasa dalam Sujud yang pertama, baca tiga kali:
سبحان ربي الأعلى وبحمده
Subhānna Rabbiya l-a’lā wa bihamdih
Maksud: Maha Suci Tuhanku lagi Maha Tinggi dan segala puji bagi-Nya
Duduk di atas lutut
Di antara dua Sujud, bangun dari posisi sujud ke posisi duduk di atas lutut sambil membaca Takbiratul Intiqal tanpa mengangkat kedua-dua belah tangan. Semasa duduk di antara dua Sujud, baca:
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَافِنِيْ وَاعْفُ عَنِّيْ
Rabbighfirlī wa-rhamnī wa-jburnī wa-rfa’nī wa-rzuqnī wa-hdinī wa ‘afinī wa’fu ‘annī
Maksud: Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, tutuplah segala kekuranganku, angkatkanlah darjatku, berikanlah aku rezeki, berikanlah aku petunjuk, berikanlah aku kesihatan dan maafkanlah aku
Lakukan Sujud yang kedua
Setelah itu, kembali ke posisi Sujud untuk melengkapkan Sujud yang kedua dan ulangi bacaan seperti yang disebutkan tadi. Setelah melakukan kesemua rukun-rukun solat yang telah disebutkan tadi, kita telah melengkapkan raka’at yang pertama.
7) Kembali ke posisi berdiri – Lakukan 5 x Takbir
Kembali ke posisi berdiri sambil membaca Takbiratul Intiqal. Mulakan raka’at yang kedua dengan 5 lagi Takbir (Allahu Akbar) seperti yang dijelaskan dalam No.4. Di antara setiap Takbir, baca:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللهُ أَكبَر
SubhanAllah Walhamdu-lillah Wa-La Ilaha Ilallahu Wallahu Akbar
8) Baca Surah Al-Fatihah dan Surah lain dari Al-Quran
Ulangi langkah 5
9) Lengkapkan raka’at yang kedua
Baca Tasyahhud akhir
Setelah membaca Surah Al-Fatihah dan surah lain dari Al-Quran, ulangi langkah-langkah No.6 untuk melengkapkan raka’at yang kedua. Selesaikan solat anda dengan membaca Tasyahhud akhir:
اَلتَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ. اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. اَلسَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ
“At-tahiyyātul mubārakatuṣ-ṣalawātuth ṭayyibātu lillāh. Assalāmu ‘alaika ayyuhan-nabiyyu wa rahmatullāhi wa barakātuhu. Assalāmu ‘alainā wa ‘alā ‘ibādillāhiṣ-ṣālihīn.
Angkat jari telunjuk tangan kanan anda. Dan baca:
أَشْهدُ اَنْ لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
Asyhadu an lā ilāha illallāh, wa asyhadu anna Muhammadar Rasuulullāh
Teruskan dengan selawat:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ علَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Allahumma ṣalli ‘ala Muhammadin, wa ‘alā āli Muhammad, kamā ṣallaita ‘ala ‘āli Ibrāhīma, innaka Hamīdun Majīd. Allahumma bārik ‘alā Muhammadin, wa ‘alā āli Muhammad, kamā bārakta ‘alā āli Ibrāhīma, innaka Hamīdun Majīd
Maksud:
Ya Allah limpahkan rahmat kepada Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad sebagaimana pernah Engkau beri rahmat kepada keluarga Nabi Ibrahim. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah limpahkan keberkatan kepada Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad sebagaimana pernah Engkau beri keberkatan kepada keluarga Nabi Ibrahim. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
10) Akhiri dengan Salam
Pusingkan kepala anda ke kanan dan ke kiri, bermula dengan kanan. Pusing sehingga pipi anda dapat dilihat oleh sesiapa di belakang anda, dan baca:
السلام عليكم ورحمة الله
Assalamu alaykum wa-rahmatullah
Maksud: Kesejahteraan dan rahmat Allah ke atas kamu
11) Mendengar Khutbah
Khutbah selepas Solat Sunat Aidilfitri bukan sebahagian daripada rukun-rukun Solat Sunat tersebut sepertimana ia merupakan sebahagian daripada rukun-rukun Solat Jumaat. Ia dianggap sebagai sebahagian daripada Sunnah dalam melaksanakan Solat Aidilfitri secara berjemaah. Oleh itu, anda tidak perlu menyampaikan khutbah di rumah.
Setelah selesai melaksanakan Solat Sunat Aidilfitri, anda boleh mendengar khutbah di SalamSG TV YouTube dan Facebook pada jam 7.40 pagi untuk khutbah Melayu yang disertakan sari kata dalam bahasa Inggeris.
Dengan pahalanya yang bernilai tinggi di sisi Allah s.w.t. dan semangat Hari Raya, semoga Solat Sunat Aidilfitri tahun ini menjadi lebih bermakna. Marilah kita mulakan fasa baru perjalanan kita dengan melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t. yang merupakan sumber kemenangan buat kita semua.
Dan Allah Maha Mengetahui.
Panduan Solat Sunat Aidilfitri
Anda juga boleh dapatkan teks khutbah dibawah: