Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Solat Tahajud Beserta Doa Selepas Solat Tahajud Dan Kelebihan Solat Tahajud

Solat sunat tahajud atau Sembahyang tahajud, ialah solat sunat yang dikerjakan diwaktu malam selepas tidur yakni ketika melakukan Qiamullail.

Cara solat tahajud berserta doa selepas solat tahajud ini sangat mudah diamalkan. Oleh itu, kami terpanggil untuk berkongsi panduan cara solat tahajud ringkas yang di ambil dari JAKIM dan kami sertakan juga doa selepas solat tahajud untuk anda semua.

Dalam hadis riwayat bukhari, baginda bersabda:

“Solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat malam (yakni solat tahajud)”

Sebelum kita belajar tentang solat sunat tahajud, kita perlu tahu apa itu qiamullail. Banyak ayat al-Quran dan hadith nabi yang menerangkan tentang kelebihan bagi mereka yang mengerjakan solat malam (Solat Sunat Tahajud) dan ibadah qiamullail.

Isi Kandungan

Apakah Itu Qiamullail?

Qiamullail ialah satu amalan sunat yang bererti ‘bangun malam’ iaitu bangun dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah

Antara amalan-amalan yang disunatkan semasa qiamullail ialah mengerjakan solat-solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan beristighfar memohon ampun ke hadrat Allah SWT. Tentang sedikit atau banyaknya mengerjakan amalan-amalan sunat bergantung kepada kemampuan seseorang.

Jika seseorang itu hanya mampu mengerjakan hanya dua rakaat sembahyang Tahajud sahaja umpamanya, maka ini juga dikira melakukan ibadah qiamullail.

Yang penting ialah keikhlasan seseorang dalam mengerjakan ibadah dan sentiasa melakukannya kerana keikhlasan dan selalu melakukannya itu akan lebih menghampirkan seseorang kepada Allah SWT.

Cara Solat Tahajud

Antaranya ialah firman Allah SWT:

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjalah sembahyang tahajud padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”
(Surah al-Isra’: 79)

Jika anda ingin dapatkan panduan qiamullail yang lengkap berbentuk PDF, anda boleh dapatkan disini iaitu ” Panduan Ringkas Qiamullai JAKIM “. Panduan ini sememangnya di perolehi dari JAKIM jadi anda semua boleh jadikannya sebagai rujukan.

Cara Solat Tahajud Ringkas

Sebelum kita pergi lebih lanjut, mari kita pelajari dahulu beberapa perkara utama di dalam melakukan solat tahajud.

Pengertian, Waktu dan Bilangan Rakaat Solat Tahajud

PENGERTIAN

Pengertian Tahajud ialah sembahyang sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun
tidur hanya sebentar. (Namun, boleh juga dikerjakan tanpa perlu tidur
terlebih dahulu).

WAKTU

Solat sunat Tahajud ini boleh
dilakukan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga
malam (kira-kira jam 3.00
pagi) hingga ke fajar.

BILANGAN RAKAAT

Sembahyang ini dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat secara bersendirian. Lakukanlah seberapa banyak yang termampu.

Cara Solat Tahajud Mudah Dan Ringkas

1. Lafaz niat

Maksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Tahajud dua rakaat kerana Allah taala.”

2. Bacaan Surah

  • Pada rakaat pertama dibaca surah alFatihah dan surah al-Kafirun
  • Pada rakaat kedua dibaca surah alFatihah dan surah al-Ikhlas
    (Boleh juga dibaca mana-mana surah lain)

3. Lakukan solat seperti solat-solat lain sehinggalah salam.

Doa Selepas Solat Tahajud

Berikut adalah doa yang boleh diamalkan selepas solat sunat Tahajud:

Doa Selepas Solat Tahajud

Doa Selepas Solat Tahajud

Doa Solat Tahajud Rumi

Allah swt sangat menyukai hambanya yang ingin mendekatkan diri mereka kepadaNya. Oleh kerana itu, Allah swt tidak menetapkan syarat untuk berdoa dan meminta kepadanya dalam bahasa Arab sahaja. Bahkan apa-apa bahasa sekalipun, dia tetap mendengar rintihan hambanya. Dibawah adalah terjemahan doa solat tahajud yang mudah untuk diamalkan.

“Ya Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian,Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar,
syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad
SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.

Ya Allah kepada-Mulah aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat
aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku
menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui.

Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.”

kelebihan solat tahajud

Apa Kelebihan Solat Tahajud?

Setiap amalan yang sukar untuk diamalkan, semestinya terdapat ganjaran yang amat besar bagi yang mengerjakannya, di antara kelebihan solat tahajud adalah:

  • Dimudahkan hisab ke atasnya.
  • Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang mahsyar.
  • Percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.
  • Mendapatkan pengawasan Allah SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaatan di wajahnya.
  • Senang melalui Titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar.
  • Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan.
  • Jauh daripada kebinasaan.
  • Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orang- orang mukmin.

Bacaan doa solat tahajud ini juga mungkin anda boleh baca bacaan doa ringkas selepas solat 5 waktu yang sudah anda amalkan. Jika mampu untuk hafal, anda boleh hafal dan baca bacaan doa yang kami kongsikan diatas.

Setelah selesai mengerjakan solat sunat Tahajud, boleh diikuti dengan solat sunat yang lain antaranya:

  • Solat Sunat Taubat
  • Solat Sunat Hajat
  • Solat Sunat Tasbih

Diharapkan perkongsian kami berkenaan Cara Solat Tahajud dan Doa Selepas Solat Tahajud ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Kami juga ada kongsikan Waktu Solat 2021 Bagi Seluruh Negeri Di Malaysia, untuk memudahkan urusan kita semua menunaikan waktu solat pada awal waktu. Kami sangat berbesar hati jika anda semua dapat berkongsi artikel-artikel kami ini kepada sahabat handai dan saudara-mara anda.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More