Larangan Rentas Sempadan Guna Pangkalan Haram Sungai Golok
Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai larangan rentas sempadan menggunakan Pangkalan Haram Sungai Golok yang telah dikuatkuasakan mulai 1 Disember 2024.
Isi Kandungan
Penguatkuasaan Pangkalan Haram Sungai Golok
Polis Kelantan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang menyeberangi Sungai Golok melalui Pangkalan Haram mulai 1 Disember 2024.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihak polis akan melaksanakan penguatkuasaan bermula pada tarikh berkenaan mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155).
Sempadan Sungai Golok di Kelantan adalah bermula dari Pengkalan Kubor di Tumpat sehingga ke Jeli.
Suasana di Pangkalan Haram Sungai Golok kini kembali lengang dan sepi selepas larangan rentas sempadan menggunakan Pangkalan Haram ini dikuatkuasakan bermula 1 Disember baru-baru ini.
Situasi itu jauh berbeza dengan sebelum ini apabila beberapa Pangkalan Haram itu sangat meriah dengan pergerakan pelajar yang menggunakan bot dan tinggal di Golok, Thailand, namun bersekolah di Rantau Panjang.
Tinjauan bermula 6.45 pagi hingga 7.30 pagi di beberapa Pangkalan Haram yang menjadi laluan pelajar sebelum ini, mendapati telah tiada sebarang pergerakan berlaku.
Kebanyakan pelajar menggunakan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), selain ada dalam kalangan mereka yang tinggal di asrama.
Walaupun begitu, sehingga 9 Disember 2024, empat individu ditahan kerana telah melanggar larangan rentas sempadan dengan menggunakan Pangkalan Haram Sungai Golok ini.
Empat orang masing-masing adalah dua lelaki tempatan dan dua warga Thailand menjadi tangkapan pertama selepas larangan rentas sempadan menggunakan Pangkalan Haram ini dikuatkuasakan.
Suspek adalah berusia 33 hingga 50 tahun itu ditahan pada jam 12.00 tengah malam pada 7 Disember 2024, di dua lokasi berasingan selepas dikesan menggunakan Pangkalan Haram di Rantau Panjang.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata dua lelaki tempatan itu disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) manakala dua warga Thailand termasuk seorang wanita ditahan mengikut 6(1)(c) Akta Imigresen.
Mereka yang melakukan kesalahan itu akan ditahan mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 jika sabit kesalahan.
Dilema Rumah Di Thailand, Sekolah Di Kelantan
Hampir 400 orang pelajar yang mengulang-alik daripada Golok, Thailand ke Rantau Panjang, Kelantan untuk bersekolah.
Kebanyakan pelajar dari Thailand ini akan bersekolah di sembilan (9) sekolah sekitar Rantau Panjang, Kelantan termasuklah:
- SK Rantau Panjang
- SMK Rantau Panjang
- SK Tok Deh
- SK Gual Tinggi
- Sekolah Ugama Arab Lubok Gong
Alasan Popular Untuk Menyeberangi Sungai Golok
Antara alasan popular yang diberikan oleh penduduk untuk menyeberangi Pangkalan Haram Sungai Golok ini adalah:
- Ziarah ahli keluarga di kedua-dua negara.
- Berkunjung ke pasar malam di Golok pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.
- Pergi 7Eleven di Golok.
- Bersekolah di Rantau Panjang.
- Bekerja di Malaysia.
- Berniaga di Malaysia.
- Tambang bot murah yang hanya sekitar RM1 sehingga RM3.
- Cepat, cuma mengambil masa dua atau tiga minit.
- Pangkalan haram berdekatan dengan Pekan Rantau Panjang dan Pekan Golok.
- Makan-makanan serta berhibur di Golok.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Artikel Berkaitan: Prosedur Memohon Pas Sempadan Malaysia – Thailand.