Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pelaksanaan Inisiatif Program Payung RAHMAH MADANI 2025

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Program Payung RAHMAH yang akan diteruskan pada tahun 2025.

Isi Kandungan

Pelaksanaan Program Payung RAHMAH

Kerajaan sebelum ini telah memperkenalkan Program Payung RAHMAH bagi membantu golongan B40 yang bersedia untuk mendepani isu kos sara hidup di dalam negara.

Inisiatif program ini merupakan cetusan idea daripada Mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, iaitu Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Konsep program ini adalah antara inisiatif sasaran jangka pendek dalam Ekonomi MADANI yang telah digerakkan bagi menangani isu-isu segera yang mengesankan kehidupan rakyat.

Program yang dilaksanakan ini akan terus diperkasakan susulan daripada hasil dapatan Kajian Impak Program Payung RAHMAH yang dilaksanakan oleh KPDN dari September hingga November 2023 tahun lalu.

Antara dapatan kajian adalah 81% daripada responden berpuas hati dengan pelaksanaan program ini, selain sebahagian daripadanya berpendapat bahawa program ini perlu ditambah baik.

Pada pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri telah mengumumkan Program Payung RAHMAH akan diteruskan untuk tahun 2025.

Pelaksanaan ini diharapkan dapat membantu golongan B40 dalam mendepani kenaikan kos sara hidup untuk membeli barangan keperluan harian dan sebagainya serta inisiatif ini juga akan diteruskan sebagai agenda nasional negara.

Pelaksanaan Inisiatif Program Payung RAHMAH MADANI 2025 1

Inisiatif Di Bawah Program Payung RAHMAH

Program ini melibatkan lima (5) inisiatif, iaitu:

  1. Jualan RAHMAH,
  2. Bakul RAHMAH,
  3. Pakej RAHMAH,
  4. Menu RAHMAH, dan
  5. Kafe RAHMAH.
Pelaksanaan Inisiatif Program Payung RAHMAH MADANI 2025 2

Berikut adalah penerangan lanjut mengenai semua insiatif yang terlibat di bawah Program Payung RAHMAH, iaitu:

Jualan RAHMAHJualan RAHMAH adalah sebuah program yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian sehingga 30% lebih murah daripada harga biasa pasaran setempat. Program ini menyasarkan potongan harga barang sebanyak 10% – 30% dengan keutamaan di lokasi-lokasi rakyat berpendapatan rendah dan dilaksanakan di setiap 222 kawasan parlimen di seluruh negara.
Bakul RAHMAHBakul RAHMAH merupakan inisiatif yang menyasarkan sumbangan berbentuk bakul makanan yang terdiri daripada barangan keperluan harian (barangan kering) seperti beras, gula, minyak masak, tepung gandum, susu pekat, mihun dan telur ayam. Program ini disumbangkan oleh rakan strategik kepada kumpulan sasar pada setiap bulan melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
Pakej RAHMAHPakej RAHMAH adalah program yang membolehkan golongan B40 membeli barangan keperluan pada harga yang lebih murah berbanding pasaran. Inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama pasar raya besar di seluruh negara, membabitkan 10 hingga 12 barangan keperluan asas. Pakej ini adalah satu lagi inisiatif khusus bagi rakyat termiskin, yang digerakkan melalui libat urus dengan pasar raya besar di negara ini.
Menu RAHMAHMenu RAHMAH adalah inisiatif baru KPDN bersama rakan strategik yang terdiri dari Pengusaha Kedai Makanan Dan Persatuan Pengusaha Restoran Dan Gerai Makanan dalam usaha Kerajaan membantu dan mengurangkan kos sara hidup terutama Golongan Miskin Tegar di kalangan B40. Pengusaha kedai makanan dan restoran yang menyertai Program Menu RAHMAH telah bersetuju menyediakan makanan harian (sama ada makanan tengahari atau makanan malam) pada kadar tidak melebihi RM5.00 bagi satu hidangan. Lazimnya, hidangan dalam Menu RAHMAH ini mengandungi satu sumber protein sama ada ayam atau ikan dan satu jenis sayur.
Kafe RAHMAHKafe RAHMAH merupakan kafe di dalam universiti awam dan swasta yang menawarkan Menu RAHMAH kepada pelajar di pusat pengajian berkenaan.

Program Payung RAHMAH MADANI 2025

Kerajaan telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk program ini menenerusi Belanjawan 2025.

Peruntukan tersebut meningkat RM100 juta berbanding RM200 juta pada tahun 2024.

Salah satu daripada inisiatif program ini, iaitu Jualan RAHMAH akan terus diperhebatkan dengan tawaran barangan keperluan asas pada harga yang berpatutan di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) pada setiap bulan.

Pelaksanaan Inisiatif Program Payung RAHMAH MADANI 2025 3

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai Program Payung RAHMAH ini dan untuk melihat senarai penuh intipati Belanjawan 2025, sila rujuk saluran berikut:

Diharapkan info ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana terutamanya untuk semua rakyat Malaysia.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More