Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PCOS MAKSUD DAN 6 KESAN

PCOS maksud yang sering menjadi perdebatan dalam kalangan wanita kerana sering disalah ertikan. Walhal pcos sering disebut dalam kalangan pakar perubatan dan juga wanita. Namun sebenarnya masih ramai yang tidak tahu secara menyeluruh tentang PCOS dan maksud nya.

Isi Kandungan

PCOS maksud dari KKM

Tahukah kita bahawa PCOS boleh melibatkan 5-10% wanita dalam usia reproduktif mereka dan kesannya sedikit sebanyak menganggu kesuburan wanita dalam proses mendapatkan kehamilan.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), PCOS atau nama sebenar merujuk pada Sindrom Ovari Polisistik PCOS maksud nya adalah satu sindrom yang boleh memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal seseorang wanita yang mengidapinya. Pesakit PCOS maksud nya akan menghadapi masalah kitaran haid yang tidak menentu disebabkan ketidak-seimbangan hormon dalam badan dan ini boleh menjejaskan kesuburan pesakit. 

pcos makna

Pengidap PCOS juga mempunyai level hormon lelaki (androgen) yang lebih tinggi, akan menghasilkan hirsutism (sila lihat hirsutism) iaitu rambut kepala nipis di bahagian ubun-ubun (botak) dan jerawat. Keadaan ini berlaku apabila keadaan kilang telur atau ovari seseorang wanita menjadi bengkak disebabkan benih terperangkap di dalamnya dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Ia menyebabkan kesan pada kitaran haid samada tidak datang bulan dalam tempoh jangka masa yang lama atau darah keluar berlebihan ketika sedang datang bulan.

Kesan PCOS

Kebanyakan wanita PCOS juga akan mempunyai berat badan yang berlebihan (obes) dan boleh mengidapi diabetes, obstructive sleep apnea dan banyak lagi masalah jangka masa panjang (lihat komplikasi).  Oleh itu, mereka perlu menjalani saringan diabetes (kencing manis), tekanan darah dan kolesterol.  PCOS juga boleh menyebabkan ketidaksuburan (infertility) disebabkan telur (ovum) yang tidak menetas keluar, akan tetapi ada ubat-ubatan kesuburan yang boleh membantu masalah ini.

Namun begitu, ada enam komplikasi yang dinyatakan KKM bagi seseorang yang menghadapi PCOS. Komplikasi itu adalah:

Pengidap PCOS terdedah dengan komplikasi-komplikasi jangka masa panjang seperti:

  1. Kencing manis (diabetes mellitus- DM) – 10-20% PCOS boleh mendapat DM pada usia lingkungan 40-an nanti, lebih-lebih lagi jika pesakit itu obes atau mempunyai sejarah keluarga DM.
  2. Tekanan darah tinggi (hypertension) – disebabkan DM dan obes
  3. Penyakit jantung koronari- disebabkan DM dan darah tinggi.
  4. Kanser – haid yang tidak teratur boleh mengakibatkan selaput endometrium menebal sehingga terhasilnya hyperplasia (see endometrial hyperplasia).  Ini boleh mengakibatkan kanser rahim.   Oleh itu mereka yang mempunyai masalah haid (haid datang kurang dari 4 kali dalam setahun) disarankan berjumpa doktor.  Risiko kanser buah dada, pangkal rahim (serviks) dan ovari adalah sama seperti wanita yang tidak mempunyai PCOS.
  5. Kemurungan: kurang jati diri kerana kegemukkan dan perasan tidak yakin.
  6. Berdengkur dan mamai di waktu pagi: oleh kerana Obstructive sleep apnea (see Obstructive sleep apnea)
pcos maksud

Penutup

Setelah mengetahui PCOS maksud dan kesannya, seharusnya setiap wanita menitikberatkan kesihatan dalam ini. Banyak yang boleh dilakukan untuk mengelakkan mengalami PCOS ini termasuk bersenam. PCOS ini sangat berkait rapat dengan masalah berat badan.

Kurangkan pengambilan gula putih dalam diet harian dan pastikan mengambil makanan yang berkhasiat. Selain itu, amalkan juga senaman harian dan boleh mulakan dengan senaman ringan seperti jogging, brisk walk, morning walk dan lari setempat sekadar 30-45 minit sehari.

Selain itu, PCOS ini sangat terkait rapat dengan masalah obesity atau lebihan berat badan. Justeru, amalkan diet yang seimbang dan segala aktiviti yang menjerumus ke arah penurunan berat badan. Pastikan sentiasa konsisten yang lakukan sehingga membuahkan hasil. Penurunan berat badan juga boleh menurunkan risiko kencing manis, koronari jantung dan semula kitaran haid dan mengurangkan risiko hyperplasia endometrium.

Antara lain yang boleh dilakukan adalah jalankan pemeriksaan secara berskala di klinik atau hospital. Pastikan berjumpa dan dapatkan nasihat dari pakar perubatan tentang masalah itu dan apa yang perlu langkah perlu diambil jika perlu kepada rawatan susulan.

Semoga setiap dari kita dihindari dari sebarang penyakit berbahaya seperti PCOS ini. Antara masalah lain untuk para wanita seperti cyst ovari. Jika inginkan info lanjut berkenaan Cyst Ovari, boleh rujuk artikel kami juga. Semoga bermanfaat.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More