Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Peguam Tawar Khidmat Bantu Guru Dimalukan oleh Ibu Murid

Peguam Tawar Khidmat Bantu Guru Dimalukan oleh Ibu Murid. Berkenaan video tular memaparkan ustazah disuruh merangkak mengelilingi kelas oleh seorang wanita, dipercayai ibu kepada murid terbabit, telah mendapat perhatian seorang peguam.

sebelum itu, sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini dari semasa ke semasa.

peguam
peguam

Menerusi satu hantaran di Facebook peguam tersebut yang dikenali sebagai, Nurhidayaty Maidin, memaklumkan mahu membantu ustazah berkenaan mengambil tindakan undang-undang.

Isi Kandungan

Tolong saya cari ustazah ni

Dalam hantarannya, dia meminta agar para netizen membantu untuk mengesan ustazah terbabit, sehingga dapat berjumpa untuk memberikan nasihat mengikut undang-undang, berkenaan penghinaan yang berlaku terhadap guru itu.

Menerusi entrinya, peguam itu berpendapat bahawa tindakan ibu terbabit telah dianggap melampau, kerana menjatuhkan maruah guru, sedangkan ada saluran yang lebih baik digunakan untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Video itu nak dijadikan bukti”. PEGUAM

Difahamkan, sebelum ini peguam itu telah berkongsi video tular ustazah terbabit, namun terpaksa dipadam berikutan ada beberapa netizen yang kurang senang.

Bagaimana pun, mengulas tindakannya memuat naik video itu, adalah untuk dijadikan sebagai bukti bagi membawa kes ini ke muka pengadilan.

Justeru, bagi sesiapa yang ada maklumat mengenai ustazah itu, sila hubungi puan Nurhidayaty. Perkara seperti ini perlu dijadikan pengajaran buat para ibu bapa dan institusi pendidikan, supaya tidak sesuka hati menghukum tanpa mengikut saluran yang betul.

Berikut merupakan posting yang dihantar oleh peguam berkenaan:

BERKENAAN VIDEO SEORANG GURU MERANGKAK.

“Penting!!TOLONG TAG VIDEO PADA MAK BUDAK YANG REKOD NI

Tolong kenalkan saya dengan ustazah ini. Saya ingin bagi free legal advise dan mungkin servis sebagai peguam seterusnya.

Melampau mak bapak sekarang. Level tapir yang tak boleh diajar.

Seorang guru kau jatuhkan maruah begitu sekail. Apa jua alasan , guru ini tidak patut di perlakukan sedemikian. Ada saluran lebih baik.

Ustazah ini bawah Jabatan Agama Islam Negeri. Tolonglah penasihat undang undang Jabatan ambil berat kes begini dan lindungi guru guru.

PUU Jabatan Agama mana…
——————————————————————————-

Sebelumnya saya sudah upload video tetapi kerana pembaca facebook saya pohon delete mungkin terlampau sensitif , maka saya delete. Tepuk dahi….

Susah hampa ni. Video tu adalah bukti sebenarnya. Harap ada yang save. Sensitif tak bertempat.

Sekali lagi saya pohon tagkan saya atau kenalkan saya kepada ustazah yang telah di minta untuk merangkak oleh seorang ibu.

Bagi saya ini adalah tindakan yang melampau dari ibubapa murid hatta apa jua kesalahan guru tersebut. Ada saluran yang boleh diambil dengan cara betul dan sesuai.

Kepada penasihat undang-undang Jabatan Agama Islam Negeri, pohon ambil berat kes ni.

Ustazah tersebut boleh hubungi saya di:

Nurhidayaty Binti Maidin
Tetuan Nur Maidin & Co,
Peguambela & Peguamcara
03-55411129/03-55450171

Sumber : Nurhidayaty Maidin

Perkembangan Terkini

“Saya telah menghubungi guru yang berkenaan berserta penyelia sekolah dan telah memberikan nasihat undang-undang.

Saya hormati keputusan guru dan sekolah untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara baik dan tidak mahu berpanjangan. Namun sebagai pengajaran supaya insiden in tidak berulang, saya telah mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan beberapa dokumen penting yang perlu ditandatangani oleh si ibu. Jangan sekadar ucapan maaf seperti musim raya . Perlu disertakan dengan dokumen undang-undang. Saya telah hulurkan diri untuk pantau proses ini.

Apabila wartawan tanya saya apakah perasaan puan apabila melihat video tersebut , saya katakan ada dua perkara bermain di fikiran saya :

Pertama –

Betapa nilai seorang pendidik iaitu guru tidak dipandang tinggi oleh masyarakat yang semakin hari semakin hilang adab. Bahkan sikap ibu ini yang meminta guru merangkak adalah sangat tidak cerdik dan keanak-anakkan. Saluran yang betul untuk membuat aduan adalah dengan mengisi borang aduan disekolah dan laporkan kepada guru besar.

Kedua-

Ini bukan kes pertama guru guru sekolah diserang oleh ibu bapa yang tak faham-faham bahawa kawasan sekolah ada kawasan no zone. High time kepada Pihak Kementerian Pendidikan untuk mengedarkan pekeliling khas kepada ibu bapa . Untuk ajar ibu bapa bahawa kawasan sekolah terutama kelas dan bilik guru adalah NO ZONE kepada mereka.

Ketiga-
Keselamatan di sekolah agamaperlu diteliti oleh Jabatan Agama Islam dan juga Kementerian Pendidikan. Bukan sahaja keselamatan guru-guru terbabit dalam risiko. Lihat video bagaimana si ibu , orang luar , boleh masuk dengan sesuka hati di dalam kelas yang penuh dengan kanak-kanak sekolah. Kalaulah ibu tersebut seorang yang mengalami tekanan dan bawa senjata tajam? Saya tidak dapat bayangkan. Lihat betapa expressi muka kanak-kanak dalam kelas terbabit- confused dan takut pun ada. Sampai ada yang turun merangkak bersama.”

“Terima Kasih Netizen”

“Saya ucapkan terima kasih kepada netizen yang membantu saya mendapatkan no tel ustazah ini. Kami telah berhubung dan akan terus buerhubung sehingga isu in selesai.”

Nurhidayaty Maidin.
Tetuan Nur Maidin & Co
Peguambela dan Peguamcara
03-55411129/03-55450171

Respon daripada Cikgu Fadli Salleh:

“Ini biadab. Sangat!

Seorang ibu dipercayai ke sekolah anaknya dan memaksa ustazah merangkak dan merakam video ustazah itu merangkak kemudian menularkan dengan niat memalukan.

Konon dia telah menang. Konon dia berjaya melindungi anak dia. Konon dia berjaya membalas dendam kerana anak dia disuruh merangkak sehari sebelum itu.

Biadab gila!

Perangai macam ini, datang dengan niat buruk kepada ustazah yang mengajar ilmu agama. Memaksa ustazah tu merangkak sambil merakam dan memperlekehkan.

Kau tak suka anak didenda tak payah hantar anak ke sekolah la mak cik. Kau ajar sendiri. Masalahnya kau pun tak pandai nak ajar anak, orang tolong ajar bukan nak berterima kasih, tapi datang nak memalukan pula.

Ustazah tu agaknya panik dan ketakutan. Main ikut sahaja kehendak mak cik hiblis ni. Eh, panas betul hati aku tengok video ni.

Betapa orang tak ada akal datang merendah-rendahkan seorang ustazah yang mengajar mengenal kalam Tuhan. Diperlekeh dan dihina sebegini rupa.

Siapa tahu kes kat mana? Dan tolong mana-mana peguam wakilkan ustazah ini saman malu dan segala jenis saman yang boleh dikaitkan agar pelaku yang biadab ini dikenakan tindakan yang paling berat.

Jika ustazah tersebut tak mampu nak bayar kos guaman, aku sudi support. Kes guru/ustazah yang dihina begini secara terbuka tidak boleh lagi dibiarkan berleluasa.

Ini satu penghinaan yang amat pada adab menuntut ilmu!

P/s : Siapa tahu kes di mana dan kenal ustazah ini, bagitahu beliau saya akan menyokong penuh beliau. Jika perlukan bantuan kos guaman, saya rela keluarkan duit simpanan saya untuk bantu beliau.

Penghinaan sebegini terlalu aib untuk beliau dan beliau harus mengambil tindakan. Tolong sampaikan pesan saya ini kepada yang mengenali beliau.

Antara Respons daripada Netizen

Peguam Tawar Khidmat Bantu Guru Dimalukan oleh Ibu Murid 1
Peguam Tawar Khidmat Bantu Guru Dimalukan oleh Ibu Murid 2

Sekian, semoga perkongsian daripada admin pada kali ini iaitu Peguam Tawar Khidmat Bantu Guru Dimalukan oleh Ibu Murid. Sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More